Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 2



Ini dia gambar pembaca yang sudi datang join party ulangtahun ke-2 Budiey.com pada hari Sabtu lalu. Hari tu, Budiey ada siar part 1 dan ada yang komen mana gambar pembaca. Sabar, itu baru part 1. Dan yang ni lak part 2. Lepas ni ada part 3 lak.

Kalau nak ikut senarai, seramai lebih 40 orang pembaca yang dah janji nak datang. Siap hantar email. Tapi macam biasalah, Budiey dah tahu lama dah. Korang yang hantar email tu, bukan lagi kompem nak datang. Dan bilang punya bilang, seramai 27 orang pembaca yang meluangkan masa untuk join party ulangtahun ke-2 budiey.com.

Dikesempatan ini, Budiey ingin mengucapkan terima kasih banyak kepada semua yang sudi hadir. Ikut pada perancangan, kaunter pendaftaran dibuka pada jam 2 petang. Tetapi sebab ramai yang dah datang seawal jam 12 tengahari, jadi Budiey buka pada jam 1.30 petang sebab tak nak korang tunggu dan berdiri lama sangat kat luar Cafe Rasa Utara.

Antara pembaca yang sudi hadir ialah Nurul Huda, Abby, Ogy, Hilal, Nur Azizah, Hazrah, Faidhi, Roslina, Siti Julizah, Nurazhar,  Darwina, Nur Rabiatul Adawiyah, Nurfarrahani, Roziyahanim, Rosmalawati, Roseallina, Shahrulhikmi, Erni, Nurul Asyikin, Nurhazirah, Khairul Azhar, Romi Junaidi, Joe, Siti Noraishah, Intan, Syahroinie dan Muhammad Redzuan.

Yang untungnya, semua pembaca yang datang dihadiahkan dengan sehelai T-shirt eksklusif Budiey.com yang bernilai RM35 setiap satu! Tidak termasuk lagi goodie bag dan juga hadiah untuk cabutan bertuah. Semua pembaca yang datang memang menang hadiah cabutan bertuah. hehe… harap korang berpuas hati la ya.

Ada pembaca yang datang dari Kuantan. Tq kat Redzuan yang sudi datang dari jauh. Hari tu, ada sorang pembaca dari Johor Bahru, tapi takde datang pun. Kesian Budiey tunggu korang. Sampai hati main-main dengan Budiey ek. Takpe, Budiey dah faham.

Sekali sekala belanja korang makan. Kali ini Budiey menjamu korang dengan nasi goreng, mee hun, ayam goreng berempah, dua jenis kuih muih malaysia, buah tembikai dan air sirap merah selasih. Ramai pembaca yang puas hati dengan makanan. Kata mereka, semua sedap-sedap. Banyak juga makanan yang tak habis sebab Budiey ingat yang datang 40 orang lebih… tapi nasib baik Budiey jemput juga VIP dan tetamu yang terdiri daripada artis, PR manager dan deejay radio.

Nurul Huda yang tiba seawal jam 1.30 petang.

Diikuti dengan Abby.

Memang Abby dan Huda selalu join setiap event yang Budiey anjurkan. Tq sebab sudi support. Budiey.com! 

Senarai pembaca yang datang. Tangan sape ni?

Bersama Hilal. Ini kali kedua Hilal datang join.

Peace!

Nasi goreng menjadi menu utama untuk pembaca.

Juga mee hun

Ada ayam goreng berempah. Yummy! Sedap!

Dua jenis kuih muih

Sekali sekala belanja korang…

Bersama pasangan bahagia, Hilal dan Ogy.

Julia dari penerbit di radio Suria FM pun ada datang.

Cool… harap korang pakai T-shirt yang Budiey hadiahkan.

Ini adik kepada Ija Zain (geng Hongeh)

Tengah tunggu giliran register

Darwina, excited gile kali pertama jumpa pembaca nih… ceria sungguh dia!

Darwina & the geng. Tq sebab sudi bagi sokongan ya.

Geng paling glamour. Ingat artis mana yang datang… hehehe ramai yang ingat gadis manis tiga orang ni selebriti sebab pakaian mereka malatop habis!

Kalau ada anugerah pakaian paling malatop, diorang leh menang nih.

Tq sebab sudi pakai baju warna oren walaupun warna oren cair hehehe

Ini Erni… geng masa gi Bali… huhu… tq sebab sudi datang!

Romi & Joe

Budiey & geng Hongeh. Tak sabar nak gi Colmar Tropicale Bukit Tinggi dengan korang semua.

Gadis yang sungguh berani sebab datang sorang… hehehe… TQ TQ 

Sedang mengambil makanan untuk menjamu selera

Yea, sila-sila

Jumpa korang semua di Parti Ulangtahun ke-3 tahun depan. Insyaallah.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com Ke-4 – Pendaftaran Part 2
  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 3
  • Gambar Sekitar Party Ulangtahun Budiey.com ke-4: Part 1
  • Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 1
  • Ucapan Adam Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Nas Adila Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com Kembali Lagi!
  • Sekitar Parti Ulangtahun Ke-3 Budiey.com: Part 1
  • Ucapan Ikhwan Bong Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com
  • Ucapan Mila Jirin Sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com



  • 7 Komen untuk entri “Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 2”

    1. romi_flizz kata:

      mcm2 ada…thanks budiey…nxt year wat lg eh…hihi

    2. abby kata:

      ahhhhhhhhhh, tidakkkk, buruk nak mampos diriku

      sonok la party tu budiey
      dah la dpt cd imran ajmain, dpt mkn sekali ngan dia lak

      pastu IZ OIAM pon sporting, manager dia pon gempakk :)

    3. darwina kata:

      budiey..knp tak letak skali pic kite ramai2 masa potong kek?
      gamat~~

    4. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      bestnya nampak ayam goreng berempah budiey nihhh.. ngam lah makan dengan nasi goreng & bihun goreng tuh.. nape la yang korang yang dah janji tu tak pergi ye.. cian kat budiey.. kalo i dekat konpom dah ajak member2 i..

    5. shidee kata:

      Lawanye cewek2 yg datang nih….
      ari tu ingat nak join gak tp segan la pulak………

    6. orenchew kata:

      I memang nak datang, tapi budiey kata tunggu orang call, so tak da sapa yang call pun i rasa tak dijemputlah. Tu la budiey orang yg betul2 nak datang tak ajak……………Yang ke 3 misti jemput tau….

    7. ecahz kata:

      Besh Taw Party Budiey.com ke-2 ni..

      saya sanggup datang sorang2 demi party ni.=)
      Thanks Budiey for the great party!.
      Thanks for Food+hadiah&Goodies Bag+T-shirt+free Movie(Yes Man).

      Enjoy habes..!Rugi sape tak datang..=)

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK