in ,

Sinopsis Filem Sifu & Tongga Lakonan Fouziah Gous, Saiful Apek & Nabil Raja Lawak

Hari ini, Budiey akan menghadiri majlis pra tonton filem Sifu & Tongga yang diadakan di Mid Valley. Dikatakan filem Sifu & Tongga adalah filem pertama untuk Nabil Raja Lawak. Sebuah filem yang menampilkan komedi yang segar. Budiey teruja untuk menonton lakonan Fouziah Gous yang membawa watak Mila. Fouziah Ghous begitu excited giler sebab diberi peluang melakonkan watak utama. Difahamkan, ini adalah filem pertama untuk bekas pramugari Malaysia Airline System (MAS) ini.

Memaparkan kehidupan seharian rakyat Malaysia. Elemen komedinya diperbaiki dengan baik untuk menjadikan ia lebih spontan. Apa yang menariknya, filem ini menggunakan banyak efek khas CGI dan beberapa babak telah dibuat melalui ‘heli-cam’ untuk efek yang lebih realistik. Untuk penggambaran di Dataran Shah Alam sendiri, sebanyak 20 buah motosikal mat rempit telah digunakan untuk babak tersebut, di mana kedua-dua karakter Sifu (Saiful Apek) dan Tongga (Nabil Raja Lawak), yang kononnya tidak pernah melihat rupa motosikal, percaya bahawa ia adalah sejenis binatang.

Kos pengambaran filem ini RM2 juta. Apakah filem ini benar-benar memaparkan lawak spontan atau lawak slapstik? Tunggu aje lah.

 

Pengarah:
Prof Madya A. Razak Mohaideen  

Penulis
Shukor Mohaideen : (Scriptwriter)
Prof Madya A. Razak Mohaideen : (Lakon layar)

Pelakon
Saiful Apek : Sifu (Pelakon Utama)
Nabil : Tongga (Pelakon Utama)
Fouziah Ghous : Mila (Pelakon Utama)
Erra Fazira : Tammy (Pelakon Utama)
Azad : Izzaq (Pelakon Utama)
Piee : Chief (Pelakon Pembantu)
Datuk Jalaluddin Hasan : Director Of Human Rights Association (Pelakon Pembantu)
Rozita Che Wan : Pegawai Polis (Pelakon Pembantu)
Azwan Ali : Mak Nyah ATM Machine (Artis Jemputan)
Shamsul Ghau Ghau : Jurujual Kedai Elektrikal (Artis Jemputan)
Jaafar Onn : Pelayan Kedai Makan (Artis Jemputan)
Adrea Abdullah : Wartawan (Artis Jemputan)
Din Beramboi : Jurujual butik (Artis Jemputan)
Ruminah Sidek :  Makcik Tua (Artis Jemputan)
Iqram Dinzly : Ketua Mat Rempit (Artis Jemputan)

Krew
Mohd Erman  : (Pengarah Fotografi)
Faizul A. Rashid : (Penyunting)
Ady Putra : (Creative Director)
Mohd Ridzuan : (Pembantu Pengarah)
Azlan Syah : (Pembantu Pengarah)
Amandus : (Wardrobe)
Adzrey : (Juruteknik Bunyi)

Penerbit
Latiff Mohaideen : (Penerbit)
Puad Onah : (Penerbit Eksekutif)
Shukor Mohaideen : (Penyelaras Penerbitan)

Sinopsis SIFU & TONGGA

Filem ini menceritakan rintangan-rintangan yang dihadapi Sifu dan Tongga sepanjang perjalanan mereka untuk menyelamatkan Mila seperti perjalanan mereka ke Bandar, lari daripada penjara, kelaparan dan akhirnya berjaya menyelamatkan Mila.

Filem ini bermula dengan pemburuan Mama Tammy dan Izaq untuk mencari orang-orang Watson yang masih hidup. Izaq telah menculik Mila dengan menggunakan helikopter dan telah membawanya ke Bandar. Chief iaitu ketua kepada keturunan Watson berasa sangat sedih apabila mengetahui yang Mila telah diculik. Kerana terlalu bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh chief, Sifu dan kawan baiknya, Tongga berjanji akan menyelamatkan Mila. Sifu memiliki keistimewaan untuk berkomunikasi dengan dunia ghaib untuk mendapat panduan. Ini telah membantunya untuk meninggalkan hutan yang selamat untuk pergi tempat yang penuh dengan cabaran dan moden di Kuala Lumpur. Kerana tidak pernah keluar dari hutan,Sifu dan Tongga tidak pernah melihat kerusi, kereta, komputer, motor, tandas dan pelbagai alatan canggih yang telah tercipta pada zaman ini.

SIFU & TONGGA adalah sebuah filem yang sangat menarik yang akan menarik minat semua lapisan masyarakat.

Nantikan di pawagam berdekatan mulai 29 Januari 2009.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai Pelakon Kasut Tumit Tinggi

Gambar Sekitar Parti Ulangtahun Ke-2 Budiey.com Part 2