Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran



Erra Fazira telah selamat melangsungkan pertunangan dengan Engku Emran Dato Engku Zainal Abidin, 32, Ketua Pegawai Operasi (COO) Suria.FM di kediaman Erra, yang terletak di Damansara pada hari Jumaat 7 September 2007.

Pertunangan yang berlangsung secara sederhana tetapi tetap diselubungi dengan kemeriahan dan secalit glamor, turut dihadiri oleh para wartawan, ibu saudara Engku Emran, penulis lirik tersohor Habsah Hassan dan rakan karibnya, aktres Rubiah Suparman, sebilangan artis seperti Umie Aida, Zahida Rafik, Zaibo, penerbit filem Raja Alawiyah, beberapa kenalan dan keluarga terdekat.

Engku Emran yang kelihatan segak kacak dalam pakaian kemeja putih berseluar ‘slack’ hitam rasa sungguh gembira dan bersyukur.

(Foto The Star Ricky Lai)

Apa kata Erra Fazira?
“Alhamdulillah, sudah tentu saya gembira kerana majlis berjalan lancar serta mendapat persetujuan kedua belah pihak. Sekarang, saya hanya mahu pandang kehadapan. “Erra rasa bersyukur kerana dah lari dari tohmahan.” Ini merupakan pertunangan ketiga Erra. Sebelum ini, Erra pernah mengikat tali pertunangan dengan penyanyi rock Awie dan bekas suaminya, Yusry KRU. Erra mendirikan rumahtangga dengan Yusry pada tahun 2003 tetapi  berpisah secara rasminya pada 26 April tahun lepas.

Majlis pertunangan Erra-Emran bermula pada jam 3.45 petang dan dihadiri oleh lebih kurang 100 orang tetamu yang membanjiri rumah teres dua tingkat Erra itu. Sebelum itu, rombongan pihak lelaki seramai 30 orang, diketuai oleh bapa saudara Emran, Engku Abu Bakar Engku Ngah yang datang dari Terengganu dan Pahang telah membawa lima buah hantaran terdiri dari sebentuk cincin tunang berupa emas putih bertatah berlian dan sebentuk cincin risik yang juga emas putih, tepak sirih, sepasang persalinan, sepasang kasut serta sebiji kek.

Rombongan dari pihak Engku Emran telah mengenakan pakaian bertemakan biru kehijauan. Tema majlis pertunangan petang tadi berupa warna krim dan putih, malah rona krim dan putih juga menjadi pilihan pengiring hantaran dan keluarga kedua pihak.

Sementara pihak perempuan yang terdiri dari 50 orang pula diwakili oleh suami Habsah Hassan, Mohamed Jusoh (ayah saudara kepada Engku Emran) yang berpakaian krim coklat. Rombongan pihak perempuan membalas dengan tujuh dulang bekas hantaran yang berisi tepak sirih, sepasang sampin songket berwarna hitam, sepersalinan kemeja, songkok, butang baju melayu, sepasang kasut, buah-buahan dan coklat. Wang hantaran pula, tidak seperti lazimnya, kerana pihak perempuan hanya meminta senaskah Al-Quran. Difahamkan, pihak perempuan tidak menetapkan berapa wang hantaran kerana Erra inginkan kelainan pada kali ini. 

Bonda Engku Emran, Toh Puan Salmah Hj Abdullah telah menyarungkan cincin ke jari manis Erra yang duduk persis seorang ‘Puteri’ di atas pelamin ciptaan Pak Abu. Pelamin indah yang bertemakan warna krim dan putih itu tampak menarik dengan hiasan jambangan bunga mawar merah di kiri dan kanan berlatarkan kain sutera berombak serta dipenuhi dengan taburan kelopak bunga mawar. Erra kelihatan jelita dalam busana krim, putih hasil rekaan pereka muda Jovian Mandage. Wajah bekas ratu itu kelihatan sungguh ayu, setelah didandan oleh Nurul Syukur, siap dengan selendang renda warna putih suci.

-kredit artikel: MstarOnline.com

[tags]erra fazira, engku emran, pelakon berkahwin, wedding erra fazira, gambar pertunangan erra fazira, tunang erra fazira, gambar tunang erra fazira, foto erra fazira bertunang, gossip erra fazira, majlis perkahwinan erra fazira, gambar erra fazira tunang, gambar erra fazira kahwin, majlis pertunangan selebriti, yusri kru, awie gossip fasha sandha, erra fazira, engku emran, pelakon berkahwin, wedding erra fazira, gambar pertunangan erra fazira, tunang erra fazira, gambar tunang erra fazira, foto erra fazira bertunang, majlis pertunangan selebriti, yusri kru, awie gossip fasha sandha[/tags]

gambar hantaran

Tags: , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Erra Fazira Selamat Melahirkan Engku Aleesya Engku Emran
  • Gambar Anak Erra Fazira Engku Aleesya Dah Makin Besar
  • Erra Fazira dan Engku Emran Bertunang Jumaat Ini
  • Gambar Anak Erra Fazira dan Engku Emran
  • Erra Fazira Keguguran Sebab Urut Kaki
  • Erra Fazira Hamil Anak Pertama?
  • Gambar Erra Fazira Diraikan Erra Arts Club
  • Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Pra Tonton Sifu & Tongga
  • Jawapan Trivia: Erra Fazira & Engku Emran
  • Gambar Erra Fazira & Engku Emran di Festival Filem Malaysia 21



    • ain yus

      ntah ape2 ntah..kwin da 2 kli..ank 1 bende pon x de…sape yg mandol n berpenyakit nie?cian yusriii!!!!!

    • http://www.e-rafa.com Honeybee

      Belum ada rezeki lgi la tuu ..

    • NUR

      Ain Yus ni ketinggalan LRT ke @ Soyuz ni?? Baru je si Erra tu ‘KEGUGURAN’..Zaman sekarang tak ada istilah siapa yang ‘mandul’…Orang dulu – dulu je yang fikir macam tu kalau lambat dapat anak..Zaman dah berubah..dunia makin maju…Tak boleh cara normal….IVF @ bayi tabung uji ada…Asalkan ada sperma & ovum bersenyawa.Paling penting usaha.Semuanya terpulang kepada Allah yg memberi rezeki…fikir positif la…Sekurang2 nya tak sampai setahun Erra & Emran kahwin ada juga ‘tanda positif’….daripada yg dulu???Lu fikirla sendiri !!!

    • ikin

      sy hrp erra dan engku akn hdp b’bhgia till de last breath…………..n smoga kndungan erre akn baek slalu………dan akn lhr sbgi insn yg soleh dan b’gn pd nusa dan bgnsa dan akn b’jaya d dunia dan d akhirat………..

    • http://k.kinabaku comel

      sma cntk sma hensom..erra mmg pndi pilih jodoh.jan mcm ct,krna harta n pngkt,urg tua pn dia hantam.

    • SPORTY

      Memilih jodoh bukan sekadar luaran..bukan kerana sepadan rupa paras, tetapi nawaitu dan ikhlas semata – mata kerana Allah swt…Alhamdulillah….Allah telah berikan jodoh terbaik untuk Erra insya – allah….

    • http://k.kinabaku comel

      c kilan ni hensom ke wr club sinisian.kilan mksd ko org die hitam,gmuk bsr prut n plg kuat mnum tapai menteku 2 ker..ada ka muka hodoh mcm c kilan ko bg kat erra..ishh,len ko ni..erra bgtu cntk jelita ko bg urg cm c kilan yg da la hodo,hitam,kuat mabuk lg..kiamat dunia err klo dpt llki cm c kilan..pmpuan yg nma die labi2@laab je yg plg lyk utk llki cm c kilan ni..sma hitam,sma gmk,bsr perut pn sma n mulut pn sma2 jht..kuat mngta org.sdh la kuat mngta org,xsdr diri lg.blm kwin dah tgl sma2..gerenti stiap mlm urg yg ko blg c kilan ni bt projk bkin ank kn…haiya…brtambah la lg ank luar nikah d muka bumi ni.kcian ar bpa c labi2 ni.biarpn tau ank dara die ni tgl sma2 llki yg bkn suami die,tp xprnh tgr..heran2.nsb bek bkn islam…

    • tempoyak

      Berkahwinlah dengan perempuan/lelaki yang buta, pekak, bisu & cacat
      1. BUTA kerana tidak melihat perkara2 yang x berfaedah
      2. PEKAK tidak mendengar perkara 2 yang melalaikan
      3. BISU tidak bercakap tentang perkara yang tidak berfaedah
      4. CACAT tidak membuat perkara yang dilarang oleh agama

      dlm pengertian..
      jadilah diri tu BUTA supaya x tamak. PEKAK lah telinga supaya x dengar sebarang fitnah & mengundang perceraian lagi. Jadi lah BISU semua x terlebih & sombong bercakap & akhirnya juga buat perangai yang buruk. Buatlah diri tu CACAT supaya tidak melakukan perbuatan yg dilarang oleh agama termasuklah berkahwin dgn org & mempunyai niat yang jahat

    • http://www.budiey.com noriealiesya

      tahniah,semoga berkekalan

    • NUR

      WANITA

      “Kau digelar sebagai penyeri dunia,Hadirmu melengkap hubungan manusia,Bukan sahaja dirindui yang biasa,Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa..Akalmu senipis bilahan rambut,Tebalkanlah ia dengan limpahan ilmu,Jua hatimu bak kaca yang rapuh,Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh..Tercipta engkau dari rusuk lelaki,Bukan dari kaki untuk dialasi,Bukan dari kepala untuk dijunjung,Tapi dekat dibahu untuk dilindung,Dekat jua di hati untuk dikasihi,Engkaulah wanita hiasan duniawi..Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok,Jika datangnya dari kayu yang bengkok,Begitulah peribadi yang dibentuk..Didiklah wanita dengan keimanan,Bukannya harta ataupun pujian,Kelak tidak derita berharap pada yang binasa..Engkaulah wanita istimewa..Sedarilah insan istimewa,Bahawa kelembutan bukan kelemahan,Bukan jua penghinaan dari Tuhan,Bahkan sebagai hiasan kecantikan…”

    • NUR

      SELAMAT HARI WANITA ;-)

    • in

      lesernyeerrr..mulut korg

    • zul

      insyaAllah semoga berkekalan hingga akhir hayat.. manusia x boleh lari drp dugaan..kita hanya merancang ALLAH yang tentukan.amin……..

    • amer aniq

      erra dn engku saya ucapkan semoga k anak cucu

    • http://ain ain

      askm kak era n engku imran.baby shat ke?saya ucapkn selamat berpuasa
      n smoga bhagia dgn tersayang

    • http://www.yahoo.com.my ain

      hai kak era n engku imran

    • Rabania b. chichu

      kak erra bolehkah kami dtg umah akak? alamat ape? kak n engku imran memang sangat padan…. semoga kak d kurniakan rezeki yg melimpa amin ya rabbalalamin…….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK