in

Anugerah Era 2007 Pemenang, Keputusan & Teaser

Berat jari Budiey nak buat analisa panjang-panjang. Secara ringkas, keputusan Anugerah Era 07 seperti boleh dijangka corak dan bentuknya. Apabila pemilihan dibuat secara undian, populariti seseorang artis itu menjadi sandaran utama. Terbukti Raja Kontroversi & Raja SMS, Mawi masih lagi berada di trek yang betul dengan menyapu tiga anugerah iaitu kategori Lagu Nasyid Pilihan (Al-Jannah), Vokal Duo atau Berkumpulan Pilihan bersama Jamal Abdillah dan Video Muzik Pilihan (Langit Biru). Walaupun tidak tersenarai dalam kategori Vokal Lelaki Pilihan, Mawi masih mampu tersenyum kerana nama Mawi terus melakar populariti saban tahun.

Mila Jirin menang dua anugerah kategori Artis Harapan Pilihan dan Lagu Pop Pilihan (Persis Mutiara). Tahniah Mila! Satu permulaan yang baik untuk gadis genit kelahiran Pulau Pinang ini. Hah! Kalau Siti Nurhaliza boleh, kenapa tidak dengan Mila. Dan siapa kata populariti Siti Nurhaliza merudum jatuh selepas kahwin dengan Datuk K. Andaian skeptikal yang ternyata salah kerana Datuk Siti Nurhaliza mempertahankan gelaran Vokal Wanita Pilihan mengusir jauh nama yang semuanya datang dari prgram realiti tv iaitu Farhan AF4, Jaclyn Victor, Mila AF5 dan Velvet AF4.

Kemenangan M. Nasir untuk Vokal Lelaki Pilihan seakan sudah dapat dijangkakan memandangkan dia sifoo dari segala sifoo. Hahaha. Tahniah buat M. Nasir yang dapat menepis pesaing yang semuanya masih lagi mentah iaitu Akhil Hayy, Diddy, Faizal AF4, dan Yazer AF3.

Pass Media

Saya tidak melepaskan peluang untuk turut sama hadir di majlis tahunan Radio Era ini. Banyak gambar yang ingin dikongsikan bersama pembaca. Saya akan publish mengikut turutan acara. Bermula dengan Showcase Pra Anugerah Era yang berlangsung di perkarangan Times Square, Hotel First World, Genting, acara Red Carpet (green carpet sebenarnya), Anugerah Era 07 di Arena of Stars, kemudian Post PartyAE 07 yang diadakan di Coffee Terrace, Hotel Genting. Tidak kurang juga, sedikit corat coret yang mahu saya lampirkan bersama. Jadi, tunggu sahaja buah tangan Budiey dari Genting ya.

Anugerah Era 

Berikut adalah senarai pemenang Anugerah Era 07:

Kategori Artis Harapan Pilihan
Pemenang: Mila AF5

Kategori Vokal Wanita Pilihan
Pemenang: Datuk Siti Nurhaliza

Kategori Vokal Lelaki Pilihan
Pemenang: M.Nasir

Kategori Vokal Duo/Berkumpulan Pilihan
Pemenang: Jamal Abdillah/Mawi

Kategori Band Pilihan
Pemenang: Spider

Kategori Irama Global Pilihan
Pemenang: Nafas Cahaya – Misha Omar

Kategori Lagu Nasyid Pilihan
Pemenang: Al-Jannah – Mawi

Kategori Artis Inggeris Tempatan Pilihan
Pemenang: Point Blanc/Jaclyn Victor

Kategori Lagu Rock Pilihan
Pemenang: Mahakarya Cinta – Faizal OIAM

Kategori Lagu Pop Pilihan
Pemenang: Persis Mutiara – Mila AF5

Kategori Pilihan Kaki Wayang
Pemenang: Jangan Pandang Belakang – Metrowealth Movies Production

Kategori Video Muzik Pilihan
Pemenang: Kian – Mawi

Anugerah Seni Era
Pemenang: Alleycats

Anugerah Carta Era
Pemenang: Kenangan Terindah (Samsons)

Anugerah Nada Dering Pilihan Hotlink
Pemenang: Farhana (Puteri Bumi Kenyalang) Jinbara

Sensasi Selebriti ingin mengucapkan sekalung tahniah kepada semua pemenang! Tahniah Era FM atas penganjuran yang meriah dan segalanya ‘mengalir’ agak lancar. Jumpa lagi di Anugerah Era 08!

1349097362 19509997D0 O | 4

Teaser untuk entri yang seterusnya…

Dafi Af5

Dafi AF5 di Showcase Pra Anugerah Era 07.

1348206453 3Ed7A59887 O | 5

Mawi yang baru pulang dari London. Jet leg… letih ya amat kata dia!

Ella

Acara karpet hijau Anugerah Era… fesyen trend & tradisi?

Siti Nurhaliza Dan Ning Baizura

1349095124 F692302878 O | 6

Datuk Siti Nurhaliza dan Ning Baizura di Arena of Stars…

Adam Band

Majlis malantak dan dilantak… ops! Post Party AE 07 tanpa kehadiran ramai artis…

Masih tak cukup? Jom belek-belek blog IzhamMr. Manager, SultanMuzaffar, KlubbKidd, Badrul dan Faidhi yang turut berada di AE 07.

[tags]anugerah era 07, anugerah era 2007, keputusan anugerah era 07, pemenang anugerah era 07, artis melaram anugerah era, fesyen terbaru artis, datuk siti nurhaliza menang, senarai pemenang, pencalonan anugerah era 2008, anugerah era 08, ulasan persembahan anugerah era, komen anugerah era, kritik anugerah era, youtube anugerah era persembahan artis, video klip lagu anugerah era, lelaki ini anuar zain youtube, mila menang, al-jannah, syurga, anugerah era 07, anugerah era 2007, keputusan anugerah era 07, pemenang anugerah era 07, artis melaram anugerah era, fesyen terbaru artis, datuk siti nurhaliza menang, ulasan persembahan anugerah era[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran

Gambar Dafi AF5 di Anugerah Era 07