in

LOST, Siri TV Amerika Popular Kini Kembali di 8 TV

Selepas kejayaan musim pertama dan musim keduanya yang penuh dengan aksi-aksi mendebarkan serta misteri yang sukar dirungkaikan, siri television yang mendapat sambutan hangat ‘LOST’ kini kembali untuk musim ketiga. Saksikan tayangan perdananya secara eksklusif pada 10 September 2007, hari Isnin pada jam 10.30 malam hanya di 8TV. Musim ini lebih tertumpu kepada watak-watak yang dipegang oleh Josh Holloway sebagai Sawyer, Evangeline Lily sebagai Kate, dan Mathew Fox  sebagai Jack yang pasti lebih mencabar apabila mereka ditangkap dan ditahan oleh sebuah puak misteri yang digelar ‘Others’.

Namun begitu, paparan kisah silam, pembongkaran rahsia dan misteri oleh watak-watak lain seperti Locke lakonan Terry O’Quinn, Charlie lakonan Domini Monaghan dan ramai lagi watak-watak lain juga akan menjadi salah satu tarikan ‘LOST’ bagi musim ketiga ini. ‘LOST’ merupakan drama siri television America yang mengisahkan tentang kehidupan mangsa-mangsa nahas kapal terbang yang terselamat dan terkandas di sebuah pulau misteri yang tidak diketahui kewujudannya di Lautan Pacific.

Setiap episod akan menumpukan kepada jalan cerita utamanya iaitu kehidupan mereka di pulau tersebut di samping jalan cerita lain dari sudut pandangan dan kehidupan setiap watak-wataknya. Melalui 23 buah episod yang penuh dengan aksi dan saat-saat yang menggetarkan, penonton akan dibawa ke sebuah perkampungan kuno yang dihuni oleh ‘Others’, dan menyaksikan bagaimana Jack, Kate dan Sawyer telah ditangkap dan berusaha mencari jalan untuk melepaskan diri. Dalam waktu yang sama, Locke kembali menyerlahkan dirinya di dalam komuniti pulau misteri tersebut dan secara tidak langsung menjeratnya ke permasalahan yang dimulakannya.

Skrip yang ditulis oleh Damon Lindelofon, J.J Abrams dan Jeffrey, ‘LOST’ telah mendapat sambutan lebih daripada 15.5 juta penonton setiap episod di ABC semasa musim pertama dan telah memenangi banyak anugerah. Di antaranya ialah dari Emmy Award untuk Most Outstanding Drama Series (2005), Outstanding Director of a Television Series: Drama-“ Pilot” Parts 1 & 2: J.J Abrams (2005), Outstanding Casting for a Drama Series-April Webster, Mandy Sherman, Alyssa Weisberg, Veronica Collins (2005), Outstanding Single-Camera Picture Editting for a Drama Series-Mary Jo Markey (2005), Outstanding Music Composition for a series –Michael Giacchino (200) dan Outstanding Special Visual Effects for a Series-“Pilot”: Kevin Blank, Mitch Suskin, et al (2005).

Kepada peminat-peminat lama dan baru drama siri ‘LOST’ yang terlepas peluang menyaksikan siri ini pada musim lalu, jangan lupa saksikan aksi-aksi terbaru mangsa-mangsa nahas kapal terbang ini berjuang untuk terus hidup dan adakah mereka hanya mampu bermimpi untuk diselamatkan. Adakah Jack, Kate, dan Sawyer berjaya mencari jalan keluar? Mampukah Locke berhadapan dengan kisah silamnya? Jangan lupa saksikan ‘LOST’ musim ketiga pada setiap hari Isnin, jam 10.30 malam bermula pada 10 September 2007 hanya di 8TV yang juga boleh ditonton menerusi saluran 18 di Astro.

[tags]tv america, lost drama, spoiler drama tv lost, pelakon drama lost, youtube lost, trailer lost, film imdb portal, Emmy Award, Outstanding Music Composition,  Terry O’Quinn, Charlie lakonan Domini Monaghan, Damon Lindelofon, J.J Abrams, Jeffrey, tv america, lost drama, spoiler drama tv lost, pelakon drama lost, youtube lost, trailer lost, film imdb portal[/tags]

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lagu Tak Bisa Memilihmu di Carta Era & Opening Act Konsert Samsons

Gambar Pertunangan Erra Fazira dan Engku Emran