Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Nasha Aziz di Sidang Media Teater Muzikal ANTARA



Pada 11 Februari 2010 yang lalu telah berlangsung Sidang Media Majlis ANTARA di Dewan Sri Nilam, Istana Budaya yang turut dihadiri oleh pelakon utama teater ini iaitu Nasha Aziz. Sudah agak lama Nasha Aziz atau nama sebenarnya Noraishah Abdul Aziz ini menyepikan diri.

Kini pastinya rindu peminat terubat kerana Nasha Aziz akan melakonkan watak Hawa, isteri kepada Adam yang akan bergandingan bersama Fahrin Ahmad (Adam)

Teater Muzikal karya Eirma Fatima dan arahan Ellie Suriaty ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya pada 26, 27 dan 28 Februari ini. Selain Nasha Aziz, teater ini turut menampilkan beberapa orang penyanyi seperti Jamal Abdillah, Hattan, Ziana Zain, Lan Typewriter, Iqwal dan Wana.

Sebelum ini, pelakon yang berasal dari Kampung Pandan, Kuala Lumpur ini dilanda pelbagai musibah dan kontroversi termasuklah masalah keluarga, aksi ‘skodeng’ hingga menjadi kes mahkamah ditambah lagi dengan cerita putus tunang, membuatkan Nasha seakan ‘malas’ berbicara isu berkenaan secara terbuka kerana mungkin ia bakal mengundang pelbagai perspektif serta spekulasi negatif orang ramai.

Walaupun seakan menyepikan diri dari industri seni, nama Nasha Aziz tak pernah tenggelam. Populariti tetap ada malah nama artis yang lahir pada 14 Mei 1971 ini berada di kelasnya yang tersendiri.

Jelas terpancar dari gerak geri lemah lembut beliau satu kekuatan terbenam dalam dirinya. Kalau tidak kuat, pasti keyakinan akan goyah. Tujuan Nasha cuma satu iaitu mencapai satu tahap kepuasan dalam bekerja dan membuatkan semua orang happy. Beliau memilih seni lakonan kerana seni ini ada kecantikannya tersendiri. Belajar untuk mengenal erti kehidupan.

Dalam pada itu, masih hangat diperkatakan tentang kisah cintanya bersama pemuda dikenali sebagai Nur Iman Tang dan hala tuju pengakhiran perhubungan mereka apabila baru-baru ini Nasha mengakui sudah menerima cincin tanda daripada saudara baru itu.

Okay, pasal itu, Nasha cuma kata: “No comment”.

Jangan lupa untuk menyaksikan teater ANTARA dengan mendapatkan tiket-tiket di kaunter Istana Budaya. Hanya tinggal beberapa hari saje lagi. Cepat sebelum kehabisan!

Lihat pada beberapa gaya pose Nasha Aziz ni… mmm… ada ekspressi tersendiri. Mungkin beginilah cara Nasha menghayati watak Hawa. Yang jelas, Nasha tak suka pandang kamera. Kenapa ya?

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Nasha Aziz di Green Cheongsam The Weld
  • Gambar Nasha Aziz di Majlis Bersama Anak Yatim
  • Nasha Aziz Bercerai Lalu Bercinta Dengan Ahli Perniagaan?
  • Profil Nasha Aziz
  • Gambar Nasha Aziz Majlis Sambutan Tahun Baru Cina Rafflesia
  • Pemenang Peraduan Mari Menonton Teater Muzikal Kanak-Kanak Aladdin
  • Ning Baizura Dalam The Mod Musical SHOUT!
  • Senarai Pelakon Teater Muzikal Terima Kasih Cinta
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Ujibakat Teater Muzikal The Secret Life of Nora



  • 14 Komen untuk entri “Gambar Nasha Aziz di Sidang Media Teater Muzikal ANTARA”

    1. JutawanGlamour kata:

      Haha bestnyerr tgk muka nasha cun siot

    2. balqis kata:

      muka nasha nampak lain sikit lah……

    3. wardah kata:

      Cute tul la Nasha,manja2 lgi!….muahhh…

    4. NONA kata:

      suka tul tgk nasha…muka dia cute n nampak mulus jer…mudah2an bertemu jodoh, jodoh dipanjangkan dan bila kahwin nanti berkekalan hingga hujung nyawa (bak kata david teo ) sihat, dimurahkan rezeki, di jauhkan dr hasad dengki dan paling penting buatla amal…

    5. matt kata:

      muka dia mmg mulus tp hidung dia nampak kembang tak mcm dulu… naper erk.. aku perasan sejak dia muncul kat awan dania.

    6. NONA kata:

      laaaa betul ke matt ? tk pasan lak saya…mungkin faktor umur kot..tu yg nak dia kahwin cepat tu…sama2 la kita doakan ye…dapat gak pahala..hu hu..

    7. Reena Shah kata:

      eh dia ni dah buat apa-2 kat hidung dia ke. nampak lain je. dulu kembang skrg kempis

    8. Hamba Allah kata:

      Comei aa Nasha ni…
      Semoga bertemu jodoh cpt…

    9. aku ni kata:

      aku perasan ader beza bahagian hidung ngan mata la…budiey, aper kata budiey tolong carik gambar2 lama nasha n then kiter compare kan….bukan nak busy body tp aku nak tau gak kemungkinan biler aku tua nanti, ader beza gak ke kat hidung ngan mata..hihihihi….to nasha, teruskan berkarya…

    10. wati kata:

      Memang betul apa “aku ni kata”. Mcm lain sikit pd bahgian mata dan hidung.Buat ke?

    11. meme kata:

      huhhh..cantiknyer dia!!kagum melihat kecantikan wajah nasha:-
      anugerah illahi

    12. apeapeaje kata:

      kelakar la kamu “aku ni” . Betol gak tu cuba compare kan gan gambo yg sebelum ni budiey ….mungkin make-up kot yg buat jdi gitu.

    13. muliana kata:

      salam semua..
      saya berminat nak tengok teater antara tapi jauh sangat le…buat le kat jb jugak…

    14. manpunyer kata:

      saya kurang faham tentang teater antara….knp dilakonkan watak Nabi ? bukan kah diharamkan utk melakonkan sebarang watak Nabi ? tp masa sidang media ada pulak mufti perak…jgn mufti dipergunakan sudah lah…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK