in , ,

Filem Seram Talbis Iblis Gandingan Pertama Azira Shafinaz & Nasha Aziz

Filem Seram Terbaru Kabir Bhatia, ‘Talbis Iblis’ Bakal Menggugat Jiwa Anda, Gandingan Pertama Azira Shafinaz & Nasha Aziz. Filem ini bakal menemui penonton di layar perak seluruh Malaysia dan Singapura bermula 20 Oktober ini.

Tahun ini bukan sahaja menyaksikan industri perfileman tempatan kembali rancak, malah lebih mengejutkan sambutan daripada penonton sehingga meletakkan karya tempatan mampu berdiri setanding dengan filem antarabangsa dari sudut kutipan tempatan. Selepas genre komedi aksi, biografi epik dan aksi, aksi ketenteraan, drama dokumentari telah dipersembahkan kepada penonton, kini giliran genre seram arahan Pengarah Terbaik Festival Filem Malaysia ke-31, Kabir Bhatia iaitu Talbis Iblis temui penonton di layar perak seluruh Malaysia dan Singapura bermula 20 Oktober ini.

TALBIS OFFICIAL IG

Talbis Iblis, terbitan oleh gabungan penerbit hebat tanah air, Infinitus Gold, Astro Shaw, Jazzy Pictures (M), A Next Start Production dan MM2 Entertainment menyaksikan kemunculan semula primadona Nasha Aziz selaku tunggak utama di dalam filem selepas lebih sedekad.  

Selain Nasha Aziz, filem ini dibintangi oleh Azira Shafinaz, Zul Ariffin, Amir Nafis, Jay Iswazir, Sherie Merlis, Izzy Reef, Daniella Sya, Zaftfarrel Mikhael Felton dan Putri Syahadah Nurjannah.

Sepanjang durasi 97 minit, penonton dihidangkan dengan jalan cerita, konflik serta drama yang mendebarkan dan akan membuat penonton tidak senang duduk. 

AIPX8237

Meskipun membawa subjek yang amat dekat dengan masyarakat Malaysia iaitu ilmu hitam, ibu mengandung, masalah sosial, namun garapan dan cara naskhah ini dipersembahkan dengan gaya berbeza dan struktur sinematik yang terkini.  

Selain itu, Talbis Iblis bukan filem seram semata-mata, tetapi turut menyelitkan babak-babak yang mungkin golongan masa kini kurang didedahkan seperti adegan adat melenggang perut.   

Penerbit Eksekutif Filem _ Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-lin Pillai

Penerbit Eksekutif Filem & Wakil Infinitus Gold Sdn Bhd, Gayatri Su-lin Pillai berkata, “Talbis Iblis dihasilkan untuk tayangan di layar perak, oleh itu pihak kami meletakkan fokus utama  pada visual, audio dan memastikan nilai hiburan yang tinggi yang mampu memberikan pengalaman sinematik hebat. Malah, dengan gabungan kemunculan berkarisma pelakon Nasha Aziz, pelakon berbakat besar Azira Shafinaz, pelakon serba boleh Zul Ariffin dan pelakon yang mampu memberikan kejutan dengan sisi berbeza seperti Amir Nafis, Puteri dan Jay Iswazir, serta dimantapkan lagi dengan garapan oleh Kabir Bhatia, saya percaya ia mampu membawa penonton menyelami dan menghayati tentang betapa halusnya hasutan makhluk halus dalam menyesatkan manusia. Kami harap setiap filem yang kami hasilkan mampu memberikan kelainan yang bukan bergantung pada tipikal jump scares semata-mata, tetapi mengetengahkan subjek utama iaitu ajaran sesat atau makhluk halus yang amat dekat dengan budaya dan kepercayaan masyarakat Asian.”

AIPX7083

Menurut Pengarah Talbis Iblis, Kabir Bhatia berkata, “Selain dibarisi pelakon berbakat besar dan menampilkan sinematografi yang memukau, saya cuba mengekalkan elemen-elemen seram sebagai penguat cerita seperti elemen ‘jump scares’, plot twist yang tidak dijangka dan teknik kamera. Cabaran utama mengarahkan filem ini adalah untuk memberikan penonton  rasa emosi berbeza atau pun mood ‘roller coaster’, jadi kami telah melalui proses suntingan selama selama setahun dan tahun berikutnya bagi sesi pasca akhir. Talbis Iblis juga merupakan projek yang paling mencabar buat saya kerana saya perlu memastikan pasukan mahupun kru serta barisan pelakon dapat tampilkan sesuatu yang di luar zon selesa mereka. Saya harap penonton dapat melihat hasil usaha keras kami dalam menghasilkan filem ini.” 

Creator, penulis skrip, idea asal - Ajami Hashim

Cerita Asal dan Skrip, Ajami Hashim berkata, “Idea Talbis Iblis ini tercetus daripada kes-kes pembuangan bayi di negara kita dan saya percaya konflik ini amat dekat dengan masyarakat. Jadi saya cuba angkat isu tersebut dan diiringi dengan mesej serta nilai pengajaran yang boleh diambil sebagai iktibar oleh ramai pihak. Di samping itu, Talbis Iblis turut menonjolkan  keunikan latar tradisi masyarakat kita, yang saya percaya ia jarang dipersembahkan kepada umum melalui layar skrin. Saya mengharapkan penonton seronok menonton Talbis Iblis yang mampu memberi pengalaman berbeza kepada mereka, serta naskhah ini dapat menyemarakkan lagi penghasilan penulisan skrip filem seram Malaysia dengan mengutamakan pengisian dan bukan bergantung pada ‘jump-scare’ semata-mata.”

Barisan pelakon Talbis Iblis bersama penerbit-penerbit filem

OST bagi filem Talbis Iblis bertajuk ‘Harapan Penyambung Mimpi’ nyanyian Indah Ruhaila, hasil lirik oleh Habsah Hassan dan komposer Heidi Moru dan Lo Shi Seng.

‘Talbis Iblis’ yang membawa maksud tipu daya serta perangkap yang di buat oleh iblis untuk menyesatkan manusia, cukup tepat menggambarkan tentang subjek utama yang diangkat dalam filem ini. Ia mengisahkan tentang seorang gadis, Hajar yang dihantar ke satu tempat jauh dari ibu kota bagi melahirkan bayinya secara rahsia. Seorang bidan, Mak Ju telah menjaga Hajar sebelum dan selepas bersalin, namun hakikatnya mempunyai agenda tersendiri. 

AIPX2948

Terdahulu, karya ini menjadi filem kedua dari Malaysia yang mengadakan Tayangan Perdana Dunia dan di senarai pendek di Far East Film Festival Ke-24 di Udine, Itali pada April lalu. Selain itu, filem ini turut mengadakan tayangan perdana di Bucheon International Fantastic Film Festival 2022 ke-26 dan Neuchâtel International Fantastic Film Festival 2022 ke-21. 

Nantikan filem seram Talbis Iblis di pawagam seluruh tanah air bermula 20 Oktober depan. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw, Astro Gempak, Infinitus Films MY. 

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

RUSDI RAMLI

Rusdi Ramli Akui Bimbang, Tga Bulan Tidak Dapat Tawaran Berlakon 

IJAB KABUT

Drama Siri IJAB KABUT Lakonan Azira Shafinaz, Fadlan Hazim & Iedil Putra