Gambar Majlis Nikah Lisa Surihani & Yusry KRU
0Yusry KRU mendedahkan dia sebenarnya tidak lagi percaya kepada cinta selepas gagal dalam perkahwinan pertamanya dengan Erra Fazira enam tahun lalu. Perasaan itu berubah selepas bertemu dengan Lisa Surihani yang telah berjaya membuka semula hatinya untuk menerima kehadiran seorang wanita dalam hidupnya. Yusry jatuh cinta dengan Lisa kerana kebolehan wanita berusia 26 tahun itu bergaul dengan orang tua, pandai melayan karenah kanak-kanak dan kesempurnaan Lisa pada pandangan matanya.
Pasangan ini berharap akan dikurniakan anak secepat mungkin.
VIDEO SEKITAR MAJLIS AKAD NIKAH LISA & YUSRY
Bagi Lisa, Yusry telah melengkapkan kehidupan beliau sebagai seorang wanita dan selesa bersamanya. Yusry telah mengajarnya untuk menjadi seorang insan yang lebih baik dan sempurna selain tertawan dengan sifat rendah diri lelaki tersebut.
“Daripada awal hubungan kami bukan main-main dan pada ketika itu juga saya tahu dia adalah lelaki yang tepat untuk saya,” ujarnya.
Lisa & Yusry akan berbulan madu di benua Eropah pada hari Isnin depan sejurus selepas selesai majlis resepsi perkahwinan yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad ini. Destinasi pertama mereka ialah Switzerland terlebih dahulu sebelum menjelajah ke tempat lain dengan menaiki kereta. Yusry & Lisa memilih negara Eropah kerana sukakan cuaca sejuk dan akan berbulan madu selama dua minggu. Selepas berbulan madu, mereka akan kembali sibuk dengan kerjaya masing-masing.
Selamat pengantin baru & selamat melangkah ke fasa baru, alam rumahtangga buat Lisa.
kredit: DZMS Events
website : http://blisscandid.blog.com
facebook : http://facebook.com/blisscandid.photography
fb photographer : http://facebook.com/aizatrush
Assigned by DZMS to shoot Lisa+Yusry’s wedding.
Wedding Planner : DZMS Events
Location : Marriott Putrajaya
Theme : Winter Garden
Deco n Pelamin : KS Entourage
Lisa’s Dress : Cosry
Yusry’s Baju Melayu : Taufik Taylor
Hantaran : Cosry & ElizaElies Wedding
Official Photographer : Pretty Peektures
Official Videographer : Motion Peektures














































