Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert Satu Suara
Pada jam 3 petang tadi, Budiey sempat menghadiri Majlis Sidang Media Konsert Satu Suara Aizat & Faizal Tahir di Salasar Pualam, Tingkat 2, Istana Budaya. Konsert yang akan diadakan pada 12, 13 dan 14 Februari ini akan menampilkan Dato’ Siti Nurhaliza.
Ucapan Dato’ Siti Nurhaliza kepada semua pembaca Sensasi Selebriti sempena Ulangtahun Ke-3 Budiey.com:
Kali ini, Siti Nurhaliza dah jadi ‘tauke pentas’ di mana syarikat miliknya Siti Nurhaliza Productions selaku penerbit. Namun, konsep dan idea pementasan diserahkan kepada Aizat dan Faizal Tahir sendiri untuk menentukannya.
Konsert ini berdurasi 2 jam setengah ini akan diarahkan oleh Jennifer Thompson dan menggunakan 7 orang pemuzik profesional di bawah pimpinan Pengarah Muzik Sze Wan serta 20 orang pemain strings (Orkestra Simfoni Kebangsaan).
Selaras dengan matlamat untuk meremajakan Istana Budaya, maka konsert ini mampu mengajak generasi muda menonton sambil menyuntik inspirasi dalam diri mereka.
Ramai pembaca yang tanya, boleh ke Faizal Tahir perform dalam keadaan dirinya tak berapa sihat tu? Yea, memang doktor Faizal tak berapa galakkan dia buat show dengan showmanship yang terlalu bebas ke sana sini. Kalau duk keras kejung atas pentas tu kira okay lagi. Macam AJL hari tu pun, doktor mengeleng kepala tengok. Tapi itulah Faizal Tahir, dia cuba mahu memberikan yang terbaik untuk kepuasan peminat.
Faizal Tahir kata, dia dalam proses pemulihan. Makan masa yang agak lama jugak, dalam 6 bulan cam tu untuk sembuh. Menurut Faizal Tahir, penyakit yang dihidapinya satu penyakit yang agak serius. Darah beku. Bahaya wooooo! Doktor larang Faizal Tahir driving tapi selama jek dia driving setiap hari.
Yang penting, Faizal Tahir tak leh perform secara agresif sangat. Pergerakan pun sangat terbatas, dah tentu dia takkan puas punya. Tapi risiko sangat besar, kalau ada-ada apa berlaku, proses pemulihan tu akan jadi terbantut.
Kemenangan Faizal Tahir dan Aizat menjadikan konsert ini bertambah ada POWER. Orang kata, aura AJL tu masih berbisa. Sehingga Pengarah Istana Budaya ada berkata, macam Siti guna bomoh Siam, tak semena-mena offer Faizal Tahir dan Aizat, terus diorang menang AJL. Kebetulan je kot, diorang kan hebat. Mana ada Siti nak guna bomoh Siam.
Dalam poster konsert ini, ketiga-tiga ikon ini memakai pakaian ala military hasil rekaan Rizman Ruzaini.
Bagi Budiey, rasa sangat teruja untuk tonton konsert ini sebab dilatari dengan muzik orkestra, Memang best giler la jadiknya.
Lagi pula, sambil berhibur korang boleh beramal kerana dari sebahagian dari kutipan tiket akan dihulurkan kepada Yayasan AEON Malaysia.







Tags: Siti Nurhaliza
Tags: Siti NurhalizaClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





January 22nd, 2010 at 11:25 pm
hee.heee…kita tunggu komen (rasanya dah blh agak)………….
January 23rd, 2010 at 12:31 am
aah tunggu je la komen nak bantai tok ti… alah bisa tegal biasa dah… kalau entri tok ti mesti mendapat sambutan komen yg sangat menggalakkan… ramai memuji… ramai lagi yg akan mengeji… tapi kita hanya mampu ungkapkan Alhamdulillah ajelah… cayok tok ti… undi tok ti untuk Penyanyi Wanita Popular dan Bintang Popular ABPBH 2009!
January 23rd, 2010 at 1:31 am
semoga konsert ini berjalan dgn lancar amin! suka baju DCT!
budiey siarkanlah gamba Aizat & Faizal. kalau ada la ya. terima kasih!
oh ya selamat ulang tahun budiey yg ke 3 tahun
January 23rd, 2010 at 2:22 am
mmg dah sah tok t menang
January 23rd, 2010 at 8:42 am
Kak CT, buang ajerlah tudung tu…siyesly u r better that way than u wear tudung cam nak tak nak jerk…i’m one of the biggest fan of u, so rasa upset la kalo u main2 cenggini…i nasihatkan u xyah pakai tdg jer la kalo rasa x bersedia, it’s ok…peminat bleh terima jugak…percayalah!
January 23rd, 2010 at 8:58 am
mesti best konsert faizal ngan aizat…mintak2 faizal sihat n bole perform dgn jayanya..dah biasa tgk faizal agresif atas pentas, tp la ni tk bole la ye..takpe janji suara dia power cam kt ajl hari tuh..go go superman faizal..
January 23rd, 2010 at 10:00 am
ehhh ehh tudung dia makin melorot kebawah la..nak terjatuh tu..budiey tolong kutipkan ye…hu hu..
January 23rd, 2010 at 10:16 am
siti..siti..
January 23rd, 2010 at 10:42 am
cantiknya dato ct, dah vote dah kat abp… hope leh menang lagi..
January 23rd, 2010 at 10:51 am
makin kurus pulak tok ti ni…
ape rahsia nye…azam tahun baru ke..?
January 23rd, 2010 at 10:52 am
apasal aku tgok kat gmbr last sekali tok ti punya tut mcm beso ye…..
January 23rd, 2010 at 3:44 pm
TQ busiey… wah best ni! tapi mana gambar FT & aizat? frust la… takkan satu pun tak ambik? kesian dorang.
January 23rd, 2010 at 10:27 pm
same old same old
January 24th, 2010 at 12:59 am
makin ke blkg tudung tuh.da mcm jadi sarung nangka da…
January 24th, 2010 at 12:42 pm
Cantik, tpi jujur aq tak suka baju yg dpkai siti trlebih rambut dia yg mcm konde pmpuan jawa, siti pkai kudung aja ya lebi cantik, benaraan! Klu mcm tu siti kelihatan mcm pmpuan umur 50-an
January 24th, 2010 at 1:15 pm
Dato Ct tetap menawan…mesti menang lagi kategori Penyanyi Wanita Popular ABPBH nanti…
Faizal Tahir…bebaik masa wat konsert tu…kepuasan untuk peminat iye jugak tp jgn abaikan nasihat doktor ye…
Aizat….best….
January 24th, 2010 at 9:57 pm
hehehehe…aku ingat aku sorg yg perasan serkup kepala tu dah nak jatuh….mula2 nampak jambul..pastu tinga ngan leher…skrg??…susah gak klu diri tak sedia bertudung ni…jd umpatan org kan?…
January 24th, 2010 at 11:29 pm
ct x pkai tudung tp skarf… cantiklh.
January 24th, 2010 at 11:33 pm
Biarlah ct nk pkai tudung ke skarf ke, x pyahlh kita nk sibuk2. Dosa dia sndiri yg tanggung. Kang klu kita wat fitnah dose plak kita kang. Dunia Akhir Zaman.
January 25th, 2010 at 11:03 am
xsuka la dia mcm nii..wake up la ct..mkin lame mkin jelik plak tgk style tudung tuh..
January 25th, 2010 at 11:33 am
x seri dunia hiburan Malaysia tanpa CT, kat mana2 CT, blog,tv, media cetak semua CT. CT masih relevan n popular. tp betulke thn ni last CT masuk ABPBH??
January 25th, 2010 at 5:32 pm
dah memang jelas bukan tudung kan.. i wonder lah pehal lah sebuk2 bangkitkan isu tudung. chill boleh tak masing2.. macam budak2
January 26th, 2010 at 3:21 pm
skop tu mcm skop sanggul aku dulu je. Harap dititikberatkan pd make-up, gambar 1 nmpk make-up dimuka x lekat n di bland rata.
February 5th, 2010 at 12:12 pm
Siti..siti sama aje macam tak pakai tuding…walaupun ia seolah macam net for sure nampak rambut jugakan….Itu net macam dulu kita pakai time masok NPCC(anggota polis kerajaan)..heheeh
I ni sebenarnya fan siti yang setia tapi makin hari I naik jelik tengok penampilan dia yang tak shiok di pandang….Memakai scaf seolah seperti accessories dia buat ..then might as well buka sekali…jadikan scaf itu sebagai accessories ajelah tak payahlah nak cakap tak pakai tudung tapi pakai scaf……….
February 5th, 2010 at 10:51 pm
sy mmg respect suara siti,tp…..honestly rs xsesuai siti pakai g2….rasa kcewa gak.
February 6th, 2010 at 3:30 pm
mm.. as fan, kte mnat siti sbb pe? siti xbleh nk puaskn ati sume org.. mmg salah siti gak kot ckp ready nk pkai tudung or scarf, tp last2 cm kain sangkut jek.. pape pon, as fan, kalu kte ckp x suke siti sbb cra pmakaian die, kte think back, kte suke siti sbb attire ke, or talent die? so.. mmg x slah tegur, tp ckp kt cni, siti x dgr pon.. bg sy, siti is siti.. xlbeh, x kurang.. ttap adore die smpi biler2… =)
February 17th, 2010 at 1:47 pm
serkup makin ke belakang….
lengan baju dah makin naik ke siku? camno ni? huhuhu