Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Gambar Cover Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza



Haa… ini dia gambar kulit album Dato’ Siti Nurhaliza yang berjudul Tahajjud Cinta yang akan berada di pasaran esok – 9 September 2009. jangan ketinggalan untuk mendapatkan album ini ya~

Lihat seketika pada cover album CT ni… Dengan mengenakan sepasang gaun berwarna putih kapas, Siti Nurhaliza berdiri sambil berdoa menadah tangan ke langit, berbelakangkan pemandangan sebuah padang hijau yang luas, penuh dengan rumput rampai berwarna hijau dengan sepohon pokok yang membawa maksud sebuah kehidupan dalam sebuah ketenangan. Dilembayungi awan gemawan yang memutih salju dan langit yang membiru.

Yea, Budiey rasa tema yang elok diletakkan kat sini ialah SESUCI SALJU… (bukan sesuci lebaran… hehehe). Jika kita meminta keampunan dari Tuhan, pasti hati kita akan suci semula. Itulah yang Budiey boleh interpretasi melalui gambaran awal cover album ini. Yang pastinya semua situasi tampak tenang semula. Mungkin ini yang Siti Nurhaliza mahukan kerana sedikit sebanyak ketenangan dapat memberikan satu sinar bahagia walaupun terlalu banyak dugaan yang diterima.

Budiey ingin kongsikan juga… poster yang bakal ditampal di kedai-kedai CD… Sungguh indah~! Suka tengok busana putih kapas nih~ Agak-agak siapa designer nya. Ya.. you know who~

Budiey suka dengan poster ni. Suka dengan gaya posing Siti yang melihat ke arah lain dengan memegang tali buaian di bawah sebatang pokok. Sekadar tempat berteduh… mmm… Sesungguhnya, hidup kita kat dunia ni hanya sementara sahaja. Tempat untuk menumpang teduh seketika sementara menunggu damai abadi.

Kepada peminat Dato’ Siti Nurhaliza, jangan lupa beli yang original ~ Sebab apa? Sebabnya, semua pengisian lagu-lagu indah syahdu syahdan dalam album ini membuat kita rasa lebih mengenali siapa kita di dunia ini. Yea, betul~ ! Kita cuma seorang HAMBA.

Tahajjud CInta… mmm… pernahkah anda bertahajjud?

Tags:

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Video Ucapan Siti Nurhaliza di Pelancaran Tahajjud Cinta
  • Dato’ Siti Nurhaliza Jadi Cover Girl Majalah VOGUE
  • Video Dato’ Siti Nurhaliza Nyanyi Lagu Asma Ul Husna di Studio
  • Dato’ Siti Nurhaliza Cover Majalah EH! Bulan Mei 2010
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Majlis Berbuka Puasa Yayasan JUSCO Malaysia
  • Gambar Siti Nurhaliza di Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta
  • Gambar Siti Nurhaliza di Pelancaran Album ALL YOUR LOVE
  • Video Sekitar Majlis Pelancaran Album Tahajjud Cinta Siti Nurhaliza
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE
  • Gambar Siti Nurhaliza Tema Madonna



    • mawiii

      i dah beli album tahajjud cinta ni! mmg best lah! tak rugi sgt beli.. berbaloi cari merata2 tempat. dpt gak akhirnye!
      hehehe..
      tahniah siti dan sume penerbit TC ni…

    • ikhwan

      kepada fiza..
      anda siape nk tentukan siapa yang layak nyanyikan lagu nasyid..
      siti kata lagu kerohanian…
      bukannya lagu nasyid..
      so jangan nak pandai2 komen k..

      akhirnya kluar jgak album nie…
      lagunya semua best2..
      suka sngat lagu “tahajjud cinta”

    • kiamat semakin dekat

      bAjU NiCe, bUT Ct paKAi LA tUdUnG eLok2,MaCAm sisTER GerEJA.teNgOk BtL2,BanYAk LAgi FeSYEn BertUdUNg BolEH dIgayAkAN.taK BERertI PAkAi tuDung XbOleH berfEsYEn…

    • bazrul

      Salam Ramadhan,
      wah tahniah Siti,,dapat hasilkan album yang cukup bagus dari cover sampai lagu2.walau saya tidak sempat beli lagi album nih tapi lagu single Ku Percaya Ada Cinta cukup segar dan susunan muzik adalah terbaik..hanya Siti sahaja yang mampu buat kelainan daripada artis lain..mungkin ini suatu anjakan paradigma yang baharu bagi siti untuk menjadi seperti Kitaro yang membawa muzik budaya tersendiri sehingga tersohor di negara luar,InsyaALLAH.Saya lebih suka siti bawakan lagu berkonsep sebegini disamping memberi pembaharuan kepada Industri Muzik Kita.Insya Album baharu ini ada potensi untuk memenangi banyak trofi DI Anugerah Industri Muzik tahun depan.Pesaing hebat tahun hadapan Jaclyn Victor, Ayu , Shila ? ? ?

    • http://yahoomail fifi

      hai kak ct………..

    • http://deleted shyesha

      dato’ siti ni baik sebenarnya…sebab tu dia memiliki ramai pedengki..btw best lagu dlm album tahajjud cinta…suaranya makin best…siti nurhaliza dah lama meninggalkan artis2 yang ingin berada sama taraf dengannya dalam dunia seni…makin mereka ingin mengejar kejayaan siti makin jauh ditinggalkan oleh siti…

    • emykina

      haha.. lawak gile komen sorang2..

    • Bazri

      bagaimana nak buat cover cd cantik macam ni…

    • hONEy

      Mkn korang hina / kutuk CT, makin ligat rezeki dier…
      kutuk ar lg..korang ni mmg sekutu syaitan…

      CT, moga di’bk’n ati tuk pki tudung penuh…b’tmbh2 cntk, ayu…
      Setuju fans???

    • http://akuminatnovel.newscrewd.com zeti

      wah… bdn ct dh ade bentuk ckit kt kulit album… harap2 nnti die dpt bentuk bdn mcm dulu.. pleaselah diet ct or pegi pusat slimming.. kmi nk ct yg dulu…….!!!!!!

    • Ana_rb23

      klu siti menutup aurat lg cantik cover album ni…

    • Ana_rb23

      klu siti menutup aurat lg cantik cover album ni…



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK