Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Gambar Bayi Anak Mawi Bernama Cahaya Malaika



Pada hari Selasa, 28 Februari lalu, Mawi dan Ekin telah dianugerahkan seorang bayi perempuan dan dilahirkan secara normal di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor.

Tahniah buat Mawi dan Ekin. Akhirnya dapat juga menimang anak. Mereka telah bersetuju sebulat suara menamakan bayi comel ini, Cahaya Malaika. Satu nama yang agak jarang Budiey dengar.

mawi

Cahaya Malaika Beri Ketenangan Kepada Mawi

Selepas dua hari menimang cahaya mata, pasangan selebriti Asmawi Ani atau Mawi dan isterinya Nora’Asikin Rahmat (Ekin) akhirnya bersedia mendedahkan wajah anak kesayangan mereka. Bayi bernama Cahaya Malaika yang lahir pada pukul 4 pagi, Selasa lalu itu kelihatan sihat dan comel sekali.

Kata Mawi,31, nama tersebut dipilih selepas kedua-dua mereka bersetuju kerana tertarik dengan perkataan cahaya selain nama Ekin juga yang berbunyi “nur” pada permulaannya.

Ekin,33, selamat bersalin di Hospital Pakar An-Nur, Bangi, Selangor, secara normal tetapi terpaksa diberi suntikan ubat pelali kerana menghadapi sedikit masalah untuk melahirkan anak.

Mawi dalam satu kenyataan yang dikirimkan oleh pihak Astro di sini, Khamis berkata, dia amat teruja dengan kelahiran bayi pertamanya itu selepas Ekin beberapa kali mengalami keguguran sebelum ini.

mawi

Mawi gembira dengan kehadiran anak pertamanya.

“Saya amat bersyukur kepada Allah dengan kelahiran ini. Jujurnya saya berasa amat teruja menanti kehadiran cahaya mata yang pertama ini. Debaran saya terbalas apabila mendakap anak buat kali yang pertama. Saya amat tenang sekali melihat wajah anak saya ini,” katanya.

Menurut Mawi, dia berjanji untuk menjaga dan mendidik anak mereka sebaik mungkin. Dalam pada itu, Mawi berkata dia akan membahasakan dirinya “Abi” manakala Ekin pula sebagai “Ummi” untuk anak mereka itu.

Pasangan berkenaan bernikah pada 21 Disember 2008.

Tags: , , , ,

Tags: , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Rumah Mawi Kena Rompak
  • Gambar Bayi Perempuan Eva Latheefa Anak Cat Farish
  • Gambar Anak Malique Too Phat dan Melissa Maureen Rizal
  • Gambar Anak Penyanyi Beyonce & Jay Z Bernama Blue Ivy
  • Gossip Ekin Kekasih Mawi
  • Gambar Mawi & Ekin Tak Duduk Semeja?
  • Gambar Mawi dan Ekin di Majlis Berbuka Puasa Astro
  • Gambar Mawi & Ekin di Open House Aidilfitri Astro
  • Mawi Pergi Show di Terengganu Naik Helikopter?
  • Gambar Bayi Anak Lelaki Rita Rudaini dan Aidil Zafuan



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK