Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Filem Quill Lakonan Kaoru Kobayashi @ 8TV Hari Ini

TARIKH SIARAN : 1 Mei 2008, Khamis
MASA: 2.00pm - 4.00pm
BAHASA: Mandarin

Pelakon:
Kaoru Kobayashi
Yukika   
Sakuratani
Kitsudaira Shina
Teruyuki Kagawa
Shinobu Terajima 

Berasa malas untuk melakukan sebarang aktiviti pada cuti hari pekerja? Kami di 8TV mencadangkan kepada anda untuk menonton sebuah filem menyentuh hati dan dari Jepun bertajuk Quill yang akan disiarkan pada 1 Mei 2008 jam 2.00 petang!

Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan, Pemasaran dan Komunikasi 8TV, Cik Lam Swee Kim.

“Pastinya para peminat dan penonton kami hanya ingin berehat di sofa sambil meluangkan masa bersama ahli keluarga pada cuti hari pekerja ini. Oleh kerana itu, 8TV menyediakan hanya yang terbaik untuk mereka.”

Jika binatang kesayangan anda adalah anjing, Quill adalah sebuah filem yang sarat dengan kisah sedih, suka dan duka hikayat seekor anjing yang menyentuh hati yang perlu anda tonton. Quill adalah nama yang diberikan kepada seorang anjing yang akhirnya dilatih untuk menjadi anjing pemandu arah. 

Ketika masih kecil lagi, Quill telah diambil dari pangkuan keluarganya dan dihantar untuk tinggal bersama satu pasangan iaitu Isamy Nii dan Mitsuko Nii yang bekerja sebagai sukarelawan mengajar anjing pemandu arah.  Apabila umurnya meningkat naik, sekali lagi dia diambil dari pasangan tersebut dan dihantar kepada Satoru Watada yang mempunyai sebuah sekolah melatih anjing sebagai pemandu arah. 

Quill merupakan seekor anjing yang agak lembab jika dibandingkan dengan anjing-anjing lain di sekolahnya, tetapi dia menunjukkan sifat sabar dan simpati yang tinggi kepada jurulatihnya. Tawade berasakan Quill akan menjadi anjing yang sesuai untuk Mitsuru Watanabe, seorang lelaki pertengahan umur yang sakit dan kesunyian. Namun sebaliknya bagi Watanabe yang tidak bersemangat untuk mengambil Quill.

Dari situ bermulalah episode baru dalam hidup Watanabe. Ditambah dengan kehadiran anak perempuannya, Mitsuko. Watanabe secara perlahan-lahan berubah sikap dengan mula belajar untuk mempercayai orang lain dan juga haiwan yang menjadi pemandu arahnya. 

Kesabaran dan sifat sayang akan tuannya menjadikan Quill kesayangan Watanabe. Walau bagaimanapun Watanabe akhirnya meninggal kerana sakit yang dialaminya dan Quill menjadi peneman setia hingga akhir hayatnya.

Jangan lupa menonton keunikan hubungan antara Watanabe dan anjingnya di dalam Quill pada 1 Mei 2008 jam 2.00petang hanya di 8TV. 8TV juga boleh di tonton menerusi saluran 708 di Astro.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Video Temuramah Bersama Pengarah Filem Syirik M. Subash
  • Filem Orang Minyak: Filem Paling Teruk Tahun 2007
  • Sinopsis Filem Nana Tanjung 2 Lakonan Fasha Sandha & Saiful Apek
  • Poster filem Cintaku Forever & Cinta Nan Satu Sama?
  • Trailer Filem Otai Lakonan Nasha Aziz & Aznil Nawawi
  • Gambar Ning Baizura & Kartika dalam filem Diva
  • Pelakon Izi Yahya Meninggal Dunia
  • Filem Akuarium Cinta Arahan Osman Ali
  • Gambar Aaron Aziz Jadi Gangster Dalam Filem Evolusi KL Drift



  • Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET