Home HOME | My Jurnal | My Few.net | Foto Blog | Tips Money | Who Linked Me | Enter-tainment | Hubungi | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)

















[ Lebih 20 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]





Filem LOVE Filem Malaysia Terlaris Di Indonesia?

Semalam, (2 April 2008), jam 11.30 pagi, bertempat di Theatrette Sri Pentas, TV3, Budiey ada menghadiri satu sidang media Filem LOVE. Majlis bermula dengan ucapan dan seterusnya persembahan slide diikuti penerangan tentang filem LOVE oleh Saudara Fadzil Manap; Senior Manager dari Unit Pengedaran Filem dan Jualan Antarabangsa, Grand Brilliance Sdn Bhd.

Untuk pengetahuan semua pembaca, filem arahan Khabir Bhatia ini akan ditayangkan di pawagam mulai 24 April ini.

Sidang akhbar ini diadakan untuk mengumumkan secara rasmi bahawa Filem LOVE adalah Filem Malaysia Terhangat - Filem Malaysia yang mendapat kutipan terbanyak di Indonesia.

SIAPA KATA FILEM MALAYSIA TAK BOLEH MENEMBUSI DAN BERJAYA DI PASARAN INDONESIA?
Sejak beberapa lama dahulu para karyawan serta penggiat filem Malaysia telah cuba menambat hati penonton filem di Indonesia termasuk dengan filem-filem box-office seperti ‘Isabella’ dan ‘Cinta Kolestrol’ namun sambutannya sentiasa menghampakan. Malah filem ‘Diva’ yang pengarahnya serta sebahagian besar pelakonnya dari Indonesia juga gagal meraih minat pengunjung pawagam di sana.

Grand Brilliance Sdn Bhd, dengan harapan untuk menembusi tembok pasaran filem Indonesia, telah mencuba satu formula baru iaitu dengan menggunakan filem box-officenya CINTA untuk diadaptasi agar menepati citarasa penonton filem di Indonesia. 

LOVE, tajuk filem baru yang diterjemah daripada tajuk asal CINTA. Pastinya pembaca pernah menonton filem CINTA yang mana filem ini diarahkan oleh Khabir Bhatia dan mendapat sambutan hangat dari penonton.

FORMULA KEJAYAAN FILEM LOVE
Filem LOVE mengekalkan pengarah asal KHABIR BHATIA bagi mendapatkan semula garapan serta sentuhan ajaibnya yang telah berjaya mengharumkan lagi industri perfileman tanahair. Bagi memenuhi selera para penonton di sana, skrip filem ini telah diadun semula dan diolah oleh penulis skrip hebat dari Indonesia TITIEN WATTIMENA yang telah meraih kejayaan melalui dua karyanya iaitu filem ‘Mengejar Matahari’ dan ‘Tentang Dia’.  Untuk mengindahkan lagi jalan cerita, filem ini turut diiringi alunan muzik dari ‘The Bulgarian Symphony Orchestra - SIF 309 di bawah pimpinan pengarah muzik ternama yang juga dari Indonesia ERWIN GUTAWA, seorang penerbit dan pengarah konsep beberapa album penyanyi serta pernah memimpin beberapa konsert besar di sana.

SEMUA PELAKON MANTAP
LOVE telah dimantapkan lagi dengan barisan pelakon handalan dan terkenal Indonesia dekad ini seperti gandingan Acha Septriasa dan Irwansyah, Luna Maya, Darius Sinathrya, Fauzi Baadila, Laudya Cintya Bella, Sophan Sophiaan, Surya Saputra, Widyawati serta Wulan Guritno.

Formula baru Grand Brilliance Sdn Bhd ini telah membuahkan hasil. Sekiranya Oktober 2006 menyaksikan kejayaan bersejarah filem CINTA di Malaysia, kini kita boleh turut berbangga apabila filem LOVE yang masih di bawah arahan KHABIR BHATIA berjaya menembusi pasaran filem Indonesia.

Dengan tempoh penggambaran filem 32 hari bermula 19 November 2007, LOVE telah pun ditayangkan di pawagam Jakarta bermula sempena sambutan ‘Hari Kekasih’ pada 14 Februari 2008. Dengan menempatkan 90 print filem bersamaan 60 skrin di pawagam untuk tayangan umum, LOVE telah berjaya mencipta sejarah dengan kutipan tiket sebanyak Ringgit Malaysia 2.7 juta.

Ini turut bermakna bahawa filem ini telah dapat membuka mata penonton Indonesia terhadap kualiti filem kita yang mana selama ini hanya penonton Malaysia sahaja yang memuja filem mereka. Diharap kejayaan filem ini menjadi titik permulaan kemaraan filem kita ke Indonesia dan karya-karya kita akan terus mendapat sambutan di sana.

Untuk tidak menghampakan peminat di Malaysia, filem versi Indonesia ini akan mula ditayangkan di pawagam seluruh negara pada April 2008.  Walaupun filem LOVE diadaptasi dari filem CINTA namun jalan cerita, skrip, sinematografi, muzik latar serta pelakon-pelakonnya berlainan. Yang pastinya filem LOVE tetap menjanjikan keistimewaan dan kepuasan kepada para penonton.

Technorati Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Tags: , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , , ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Peraduan Menangi Tiket Wayang THE LOVE GURU
  • Filem Heart 2: Love Is CINTA - Sinopsis
  • Senarai Pemenang Peraduan Menangi Tiket Wayang Filem THE LOVE GURU
  • Lirik Menanti Kekasih - Song & Soundtrack Diva
  • Aktor Sophan Sophiaan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan Jalan Raya
  • Gambar Nanu Baharudin Pelakon Filem Congkak
  • Lirik Ada Cinta - Acha Septriasa & Irwansyah
  • Aspalela: Lagu Paling Kontroversi Untuk Tahun 2007
  • Filem Indonesia Kangen Lakonan Bunga Citra Lestari & Rueben Elsihama Hadju
  • Sinopsis & Ulasan Filem The Holiday



  • 49 Komen untuk entri “Filem LOVE Filem Malaysia Terlaris Di Indonesia?”

    1. ctkus kata:

      hello??
      maksudnyer derang pakai sume plakon indon la yer??
      pointless la cenggiteww….
      x guna pon…
      ade ker cte myheart di bwe msk sni pas2 dilakonkan blk oleh artis2 kte..??
      xde kan….
      sedey.. diperlakukan begini…
      dannn…khabir batia bkn org malaysia kan??

    2. naNaku kata:

      yup…sokong ctkus…
      nape filem CINTA yg original perlu diadaptasi dan ditukar pelakonnya?]
      kalo nk ckp box-office, cubela tygkn filem yg original tu sndiri…haa baru tau penerimaannye cm ne kan…ni siap ditukar pelakon lagik…isk isk isk cm ne la pelakon m’sia nie nk dikenali di luar negaRA? hmmm na x berani la nk kata aper2 kn…cume menyatakan aper yg terbuku di hati…kalo tgk di panggung2 skang, lebih byk citer dr luar berbanding dr m’sia sndiri…cthnye na sndiri yg kdg2 muak dgn filem2 melayu yg hnye mengeluarkan filem2 yg hampir sama jek ngn filem2 yg sedia ada…bosan kan? we need something new…come out with fresh idea…. :) stakat nie filem m’sia yg na paling suke PONTIANAK HARUM SUNDAL MALAM I & II, DUNIA BARU THE MOVIE, SOAL HATI, GOL AND GINCU dan WARIS JARI HANTU saje…hmmm yg lain 50-50 la… :) tp rsenye mls nk pi tgk KL DRIFT…cm same jek ngn IMPAK MAKSIMA & FAST N FURIOUS TOKYO DRIFT….hmm cite yg lebih kurg sme jek…. :)

    3. ctkus kata:

      ctkus lagi kjm…huhu..
      flm dato’ yusof haslam mntak maap la… xkan menjejakkan kaki ke panggung… sbb x thn dgn ayat2 skema yang di gunekan beliau…
      dri termalu2 tgk cte tuh baek xyah tgk lansung…

      xtau la stu ari nnti die dpt mengubah persepsi ctkus.. tpi skang no wayyy…
      gli dowhh denga ungkapan dialog mereke tuh…
      hish…

      and just like nana said…waris jari antu n phsm besh… lagi stu flm2 yasmin ahmad…

      and again.. spe sbenarkan wakil ke indonesia bgi flm love nih??
      khabir batia bkn org malaysia… penulis skrip je ker??
      haaa.. lps tuh pandai plak buat niage.. nak tayang kt sni plak…
      pndai sungguh…..

      so??

    4. naNaku kata:

      hehehehehehheheh…kalo dulu film DHaslam ok lagik la….tp skang huhuhuhu da x bleh nk tgk la ctkus…na mls banget nk pegi..hahhahahah cite yg same2…cm ciplak2 citer lain jek…a’aa na pun suke film yasmin…mukhsin melekat dihati smpi skang… :) nthla si khabir tu bukannye malaysian pun…isteri dia jek owg sini kan? hehehehehehhe

    5. ctkus kata:

      ha btol.. dulu ctkus layan tau sembilu.. bara.. alamak skang…sori ler…
      maap ler kot ctkus ala2 racist giteww…

    6. shida kata:

      first time i tengok trailer ‘love’ kat tv indon… i macam kompius… kenapa sama macam cerita ‘cinta’…. skarang i dah paham.. rupanya memang skrip asal cerita ‘cinta’ no wonder…

      my opinion… may be ini langkah pertama diorang nak jual hasil cerita malaysia… 4 ur information.. i rasa penonton indon tak tahu pun ini cerita dari prodaksi malaysia… diorang datang tengok sebab pelakon2 yang hebat… actually ini salah satu strategi.. nak jual filem kat sana… kalau dia guna plakon2 kita… konpom tak ramai gi tengok…

      cuma my idea…
      kenapa diorang tak ‘mix’kan pelakon malaysia n indonesia…
      cari pelakon2 malaysia yang mantap2, dan bagi diorang watak utama…
      bukan watak tambahan… kalau watak tambahan siapa yang ingat???
      lagi pun crita ‘cinta’ kan banyak watak utama… kenapa ekk diorang tak terpikir macam tu ekkk???

    7. naNaku kata:

      heheheheheh ctkus same jek ngn na,…dulu mmg suke film DHaslam..skang x bleh layan ar…. :) hmm shida, they all cm beraT sebelah kan? hmmm cm ne nth nk naikkn lagi martabat film m’sia nie…:)

    8. puteh kata:

      lar tebus pasaran indon pn nk kecoh loye aku kalo filem cinta ori tebus pasaran tu bau betul

    9. donkdonk kata:

      sekedar infrmasi saat ini film yang lagi popular di indonesia adalah FILM AYAT AYAT CINTA . film hasil adaptasi novel ayat2 cinta karya habiburahman . dalam waktu satu bulan telah mendapatkan penonton 3.500.000 orang . bahkan presiden dan wakil presiden indonesia datang menyaksikan film itu juga .

      LOVE …. aku belum nonton cuma kalo ada shopan sopian di film itu pastilah bukan film yang bisa juga.

      love … mungkin nggak begitu populer di indonesia walau telah diperkuat aktor dan aktris hebat …… karena FENOMENA FILM AYAT - AYAT CINTA.

    10. naNaku kata:

      yup….tu ar puteh, kecoh satu dunia tu…hahahahahahhahahh :P

    11. ctkus kata:

      budiey no kuhmen ker??
      agagagaga

    12. obefiend kata:

      nak bangga apa. kena sadur, apa syarifah amani teruk ke lakonannya dari sepastria. please nigga. i know for a fact acha cant act. same goes to irwansyah. and can anyone top the excellent performance by dato’ rahim razali

      we should make a stance

      next time indo comes here to show their 5th rate crap of a movie ( come on be honest.. most of their films are crap) we should demand a reshoot with FAZURA and Pierre Andre as leads

      this is a disgrace!

    13. mawar kata:

      le..tipah tertipu rupanye………………..igtkn mati2 le filem Mlysia laku kt Indon tu..rpa2nye juz amik jln cite jek..xyah le kompang 1 dunia yg tu filem Mlysia sbb sume plakon dlm cite tu INDONESIAN!!!!ape kes le ni………………….????jgn mmpi le filem Mlysia nk msuk Indon camtu..setakat gna jln cite jek, bek xpayah..nape x guna jek da real film CINTA n tygkn kt Indon..tnjukkn betapa kite ade pelakon2 yg SANGAT2 brbakat..kite asyk pndg tggi jek kt dieorg..hgga mlupakn bakat2 yg ade di bumi Mlysia sndri..huhu..sgt2 menyedihkn..

    14. puteh kata:

      ade org pndg tnggi kt Indon tapi aku MENYAMPAH ngape tv3 tyang lgi crite bwang mrah bwang pteh yg bdoh tue dgn alasan atas prmintaan ramai btol kr??? mmm x caye….tu sbb aku x brape kisah mawi brjaye sbb die org msia bngse melayu ANTI INDON

    15. ctkus kata:

      i hate to say this but have to agree with puteh…
      orang mntak siar balik rosalinda derang x siarpon….
      mati2 ctkus tggu rosalinda…
      da lame…

    16. komala kata:

      kalo org msia sadur itu cerita rosalinda bleh tak herowin die mesti jgn jgn itu 3 ‘F’ tapi f yg nie aku suka fafau lh

    17. naNaku kata:

      btul ar ctkus….na pun dok tunggu2 gak rosalinda…
      tp citer hampeh bawang putih & bwg merah tu gak nk diulang tyg…
      da ar citer x logik langsung…isk menipu jek eh…bosan tau…
      BOsaNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN :P

    18. anakkampoeng kata:

      sekedar info juga dari indonesia …..

      nggak ada rasanya film dari malaysia yang bisa laku di indonesia bukan karena kami anti malaysia … tapi belum ada rasanya film malaysia yang bermutu …maaf sekali lagi…….. tengok aja pencalolan oscar kemarin …….. anda semua jangan membandingan actris film malaysia dengan acha or irwansyah ….. tapi bandingkan dengan sophan sophian, dedi mizwar, christien hakim, tora sudiro …….. jangan acha or irwansyah …..

    19. hani_cute kata:

      aku dah tengok trailer citer nie, cam best jer..

    20. BObo kata:

      at least its the first step to introduce Malay movie to Indo peeps here….they always mention in their ad that this movie is adapted from malaysian movie..so, dont worry…maybe next time, an original malay movie (not adapted by Indo movie) can penetrate Indo movie market..but for the beginning, i think it is a good start lar…..

      and do u guys have seen the movie before judging their acting? believe me..Acha improves her acting skill in this movie….maybe its not as good as the original malay actress (i havent seen Cinta btw, so i dont know whether she’s better than Acha or not)…but as my fellow indo friend said, “dont judge indo actor skill by those two teens candy (acha and Irwansyah)…we have so many talented actors and in fact, they won awards in International film festivals more than Malay actors did….no offends, but thats just the fact….

      im waiting for Malaysian movie shown here…..happened to watch one, “Gol and Gincu” (i got the movie from the rental shop)..and its a good movie…..and i wanna watch Mukhsin and the other two movies who directed by the same director ( i forget his/her name, the other movie is Muallaf aight?)….

    21. puteh kata:

      what the hell anakkampoeng ooi

    22. gugun kata:

      saya rasa orang indonesia itu bukan anti produk malaysia…tapi mungkin masalah selera saja, banyak kok film-film luar bisa masuk ke indonesia misalnya film korea, taiwan, …begitu juga musik2 luar..tapi yang terjadi sekarang adalah ada kesan bahwa indonesia kurang memasarkan lagu atau film malaysia, sebaliknya film atau lagu indo di malaysia terlalu diagungkan…saya rasa bukan itu permasalahnnya..tapi mungkin terletak pada selera yang berubah-ubah..toh dulu lagu malaysia pernah hits juga di indonesia…iya kan??..tapi jika malaysia tetap menyuguhkan musik yang sama pada era yang berbeda disanalah yang menyebabkan sulit untuk masuk ke pasaran musik negara lain…dan paling mengherankan bagi saya bahwa band-band malaysia juga mengikuti aliran band indonesia..sudah jelas dong kalo bakalan sulit diterima masyarakat, Karena akan terasa aneh jika orang malaysia melafalkan lagu dengan gaya lagu indo……mungkin solusi tepat untuk malaysia sekarang ini membuat yang baru dan fresh..lain dari yang lain..jangan terlalu ikut2an gaya lagu indonesia…buat kraeasi sendiri yang menarik..toh musik itu kita nikmati karena musiknya kan bukan karena negaranya…
      saya juga sangat tertarik dengan film love yang kata anda laku di indonesia
      saya malah heran..dibanding film AAC film love menurut saya film yang sekedar lewat saja 2 atau 3 hari di bioskop(pawagam di malaysia), bukan karena itu film adapatasi dari malaysia yang menyebabkan ga laku tapi mungkin timing yang kurang menguntungkan akibat dari dampak fenomena AAC,,boleh anda tanya orang indo,prefer mana AAC or LOve saya yakin 89% bakal memilih AAC..
      janganlah merasa bahwa kami seakan-akan benci produk malaysia..sama sekali tidak..
      untuk info juga artis malay yang mungkin sering di tv indo sekarang adalah winnie k, tapi yang menyedihkan bagi saya ia memasarkan albumnya dengan tembang indonesia dan pelafalan kata yang indo banget..
      mudah-mudahan kita bisa lebih positive thinking satu sama lain..
      salam persaudaraan

    23. puteh kata:

      whatever

    24. marissa93 kata:

      saya amat meminati lakonan darius sinathrya. lakonan dia amat mantap. lagipun dia matching sangat dengan luna. love you darius!

    25. emma kata:

      @puteh, don’t be so negative thinking abt Indonesians. Like my fellow-Indonesian friends said, it’s not because we are Anti-Malaysia that makes it difficult for you guys to promote your songs/movies in Indonesia. It’s more about taste and trends. Sorry to say, most Malaysian movies (including Cinta Kolesterol and PHSM) have typical plots like Indonesian sinetrons in 1980s-1990s. So, we are already bored with that typical stories. Same goes with your songs, we need something fresh and new. We don’t need Indo-wannabe Malay bands. If you want us to appreciate your product, please give us the high quality ones, we will welcome you, warmly.

      I’m not saying all Indo entertainment products are good. There are a lot of craps. Sadly many of these craps get considerable airplay and promotion in Malaysia. Please lah, don’t judge Indo entertainment based on Acha and Irwansyah. Honestly, we think they are crappy actors and we’ve never considered them as singers.

      Heart, Eiffel I’m in Love, Love is Cinta and most horror movies are considered rubbish by Indonesians. Only stupid teenagers watch those movies. Same goes with sinetrons. We just can’t understand how come you people in Malaysia got so obsessed with sinetron like Bawang Merah Bawang Putih or Hikmah 1,2,3 and so on. In Indonesia those sinetrons were watched only by lowclass Makcik2 and maids.

      If you want to judge us, look at the products made by Deddy Mizwar (Kiamat Sudah Dekat, Ketika, Nagabonar jadi 2), Hanung Bramantyo (Jomblo, Get Married and Ayat Ayat Cinta), Nia Dinata (Berbagi Suami, Arisan, Ca Bau Kan) or Joko Anwar (Janji Joni, Kala).

      BTW, I heard Yasmin Ahmad has some really good movies. Those ones you can market lah in Indonesia. But please, jangan Cicakman ya, nanti nggak habis-habis kalian kena ejek.

      If you want to know how Indonesians rate and review Indo movies, this one is popular site and reference for many movie lovers in Indonesia: http://www.sinema-indonesia.com/.
      You can also see what the reviewers said about Malaysian movie “Diva”.

      Too bad it’s not being updated for a long time (maybe they have moved their site).

      Actually as an Indonesian, I would be happier to see the original Cinta rather than the Indonesian version Love, because if the original is really good, you don’t need to change the whole casts and crews. All you need is a good promotion and subtitle in Bahasa Indonesia.

    26. komala kata:

      yenna dey chit! pooodah

    27. Khairy kata:

      Jika sebuah film script sudah diubah total dan dilakonkan oleh pelakon asing masihkah kita anggap itu karya kita?
      Secara jujur saya ingin bagi info untuk kengkawan kat mesia nih mengenai tahap filem, lagu dan seni amnya kat msia nih boleh dikata selalu terpengaruh ngan karya orang seberang kita itu kalau tak boleh dikata meniru pun.
      Bila dia orang buat film AADC dan meletup, kita orang pun ikut-ikut buat film cintan-cintun pula. Malah cover VCD nya pun siap ngan tiga warna merah hijau kuning sebiji macam kulit vcd AADC pula.
      Bila mereka orang buat film seram mulai ngan Jelangkung kita orang pula ikut-ikut buat semacam.
      Nah skang ni orang sana dah kluar idea baru angkat cerita novel islami buat film dan meletop so tengokla tren kat mesia selepas ini. Agaknya kita pun akat ikut mereka orang pula kot…
      Lantas I nak komen tentang rungutan dan dakwaan orang kita bila karya kita tak berjaya tembusi pasaran mereka kita pula dakwa yang kononnya mereka banyak kasih sekatan la, tapisan la, atau apala. Walhal dalam hal buat peraturan ngan enforcment nya ni orang seberang paling tak terdaya, tau. Kita sering tohmah mereka umpama negeri tak bertuan kan. Lantas dimana letak logiknya dakwaan kita itu.
      Bila kita terhegeh-hegeh nak pasarkan karya kita kat mereka lantas karyawan sana kasih syor supaya ada sikit perubahan untuk sesuaikan ngan selera and taste orang sana, kita pula merungut kononnya banyak kerenah dan tak menghargai langsung karya dan bakat orang mesia.
      Sepatutnya kita malah berterima kasih kerana mereka mahu terima karya kita walaupun dengan pengubahsuaian seperlunya. Bayangkan bila karya orang kita langsung diletakkan dalam sengitnya persaingan karya seni diaorang….apakan jadi dah dapat ditebak.
      So pandai-pandailah muhasabah diri.
      Kawan I yang orang Indon pula bagi tau yang kononnya drama televisyen kita ni tak ada crita langsung. Balik-balik dalam satu episod cuma orang bincangkan satu kes ngan kawannya, ngan keluarganya ngan tunangnya. Dah tu tak ada apa-apalagi dah nak tonton. Asyik cakap je. Kamera pun plain sebiji macam tak tersentuh kemajuan IT pun
      Lepas tu make up artis dandanan diaorang tak menarik lan\gsung. Belum cakap pasal lakonan.
      Tengokla persembahan artis kita bila buat depat TV. Tengok kamera pun masih malu-malu. Budak sekolah diaorang lagi best buat persembahan konon kata kawan I yang orang Indon tuh.
      Dipendekkan kata, budaya seni kita orang memang masih kat takuk yang perlu anjakan paradigma la tuh….
      Jangan marah…

    28. Styx kata:

      Indonesia lebih superior dalam film dan muzik. It’s a fact. Maybe one of the reasons because kami tidak benci dengan malaysia. Dari komen-komen di sini, juga tampak bahwa although u guys said (bad) things about Indonesia, but we didn’t say anything negative about you and your country. So, tenang lah, no need to be emotional, someday pasti dapat diterima di Indonesia.
      Salam hangat dari Jakarta.

    29. azleah kata:

      bagi pendapat saya, walaupun jalan ceritanya sama dengan filem “CINTA” tetapi ianya bukan filem Malaysia memandangkan pelakonnya adalah dari negara Indonesia itu sendiri. sebagaimana juga dengan Cinta Kolesterol, kita menganggap filem ini ialah filem asli karyawan tanah air tetapi jalan ceritanya diambil dari negara seberang, Thailand. kenapa perlu membanggakan negara sendiri sedangkan ilham kita diciplak oleh negara lain?

    30. faradita kata:

      hai, saya farah dari jakarta. saya sudah menonton filem LOVE, it’s a good movie. Sinematografinya luar biasa, saya suka akting acha septriasa dan sophan sophian di filem ini, two thumbs up!

    31. mdnOor kata:

      hmm…bleh x listkan lagu OST dalam filem ni…
      best lah lagu dia….

    32. sepet_pahang kata:

      Sempurna (by Gita Gutawa)

      Kau begitu sempurna
      Dimataku kau begitu indah
      kau membuat diriku
      akan slalu memujamu

      Disetiap langkahku
      Kukan slalu memikirkan dirimu
      Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

      * Janganlah kau tinggalkan diriku
      Takkan mampu menghadapi semua
      Hanya bersamamu ku akan bisa

      Reff:

      Kau adalah darahku
      Kau adalah jantungku
      Kau adalah hidupku
      Lengkapi diriku
      Oh sayangku, kau begitu
      Sempurna.. Sempurna..

      Kau genggam tanganku
      Saat diriku lemah dan terjatuh
      Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

      Back to *

    33. wex_star@yahoo.com kata:

      tak patut.. dah la tiru.. pastu nk tayang2 plak kt kite.. weh geng aku dh tgk cite congkak. Best gile.. aku tabik laa pengarah dia dan bebangga malaysia boleh buat filem macam tu rupe.. smpai ramai penonton jerit takut mcm histeria dlm pawagam tak penah aku alami penonton malaysia tgk cite malaysia mcmtu..

    34. atalia kata:

      dah tengok! best! best! especially fauzy baadila dan acha septriasa!

    35. don il kata:

      ni lagi satu crita yg kununnya sangat membanggakan filem tanah air di malaysia…apa la…buat malu kamurang ja sepa2 yg di belakang tabir filem LOVE ni…drg kata bangga..cuba tanya pelakon2 tempatan..apa mereka kata?? kopom drg kritik habis-habisan..bukan puji punnn…napa sa kata begini…sebab..yg mereka katakan filem BUATAN MALAYSIA, tak serupa bikin tull…pelakon2 tu dr mana…di buat di malaysia ke import??? hah..jawab..jawab…jawab penerbit..jawab!!!!! sa amat berbangga dgn yasmin ahmad yg mana kita ble lihat dlm filemnya berbilang bangsa pelakonnya..dan yg lebih penting suma mereka dr m’sia…..adoiiii!!!! apa la penerbit sekrg ni…nak bangga tak bertempatt….

    36. jugang kata:

      dirasakan bahawa tak apa kalau nak diadaptasi ke filem Indon sebab kitorang boleh rasa different taste dengan cara & pelakon berlainan…
      To OBEFIEND:
      Acha is a very good actor. She has very good face expression & emotional presentation better than FAZURA more…. Fazura & Pierre Andre is suck n lousy actor. Pierre is like batu acting. Fazura is just like the princess acting….

      Tapi memang dikatakan bahawa tak diperlukan untuk mengadapatasi semula jika nak masuk pasaran Indonesia. Originalnya sudah memadai. Jika nak dibuat semula biarlah orang lain & syarikat Indonesia sendiri yang buat.
      But, i will had a look cause the actor is better acting than any actor in Malaysia.
      Just hope it will not let me down.

    37. yunita83 kata:

      24 april?

    38. kawan serumpun kata:

      saya penah menonton filem / sinetron thailand kerana saya pernah tinggal berhampiran di sempadan thailand, begitu juga dengan filem / sinetron filipina kerana saya pernah tinggal di sabah.. sekarang juga di selatan semenanjung m’sia, cerita indonesia mudah ditontoni..

      malah di tv m’sia juga banyak ditayangkan filem / sinetron sekitar negara2 asean.. nampaknya m’sia lebih bersikap terbuka.. tiada standard yang perlu diletakkan pada sesebuah cerita oleh negara2 jiran untuk ditayangkan di sini.. tiada masalah..

      sama ada artis/filem kita atau luar berkualiti/tidak, terpulang pada selera penonton, itu ajer.. ok peace!!!

    39. jugang kata:

      I dah tonton!
      Bagi saya tak ada apa yang mengejutkankan dari filem originalnya….
      Tapi pelakonnya memang lebih baik daripada pelakon yang ada di Malaysia….memang pro….tak menghampakan…mereka memang melakukan lebih daripada pelakon Malaysia…(kecuali watak si tua. Dato Rahim Razali lebih baik daripada dia lah)
      Beberapa scene yang memang ‘daring’ & memang penting dilakonkan keluar & pelakon Malaysia memang tak akan mampu nak melakonkannya…

      Overall ok lar……

    40. muhasabah kata:

      best!
      aku suka part tere-awin! darius sinatriaaaaaaaaaaa…. oooooooh..!!!!!

    41. marissa93 kata:

      aku juga suka part tere dan arwin….they make such a cute couple…luna maya dan darius sinathrya sering digandingkan bersama. memang ada chemistry diantara mereka…kalau tidak salah saya, ini kali ketiga mereka digandingkan bersama. saya amat meminati gabungan darius dan luna sejak menonton sinetron Akhir Cinta. lakonan mereka amat mantap. SUKSES!

    42. gunawan kata:

      Sedihnya Sophan Sophiaan, pelakon dlm film ini…
      hari sabtu kemarin meninggal akibat kecelakaan motor..
      Dalam touring harley davidson, yg dilakukan dlm rangka
      Hari Kebangkitan Nasional

      dia aktor besar dan politisi handal….

      RIP

    43. tiara akira kata:

      saya sangat suka dengan cerita ini…
      cerita ini sangat sesuai ditonton oleh remaja-remaja yang sedang bercinta…
      cerita ini juga menyatakan maksud sebenar cinta sejati sepasang pasangan kekasih…(romantik sangat cite die)
      pelakon-pelakon die pun best-best…

    44. arai banjar kata:

      setelah membaca komentar-komentar yg di atas ada yg baik juga membangun ada juga yang payah menyakitkan …
      tak usaha lah kita selalu berseteru hal yg lama dan tak penting… kita sama-sama tahu kalo orang melayu itu sama-sama satu darah ya di semenanjung malaysia, melayu aceh-minangkabau-riau lingga-batak-bangka belitung-palembang-jawa-sunda-banjar-bugis-dayak-sasak-kalau anda membaca hikayat hangtuah atau pun hikayat sumpah palapa majapahit.. memang ada sedikit perbedaan pendapat antara hangtuah dan gajah mada-tapi itu sdh puluhan abad yang lalu…
      tapi coba ingat-ingat lagi ketika malaka di kuasai penjajah portugis-pangeran yunus dari kesultanan demak bintoro, Jawa menggerakkan armada laut nya untuk membela malaka-anda tahu pangeran yunus adalah anak raden patah (panmebahan jimbun palembang) orang melayu bukan? memang ia anak dari selir prabu majapahit yg berdarah melayu….
      dahulu kita ada titian muhibah dan anda tahu di indonesia siapa yg tak kenal dengan p ramlee dan siti nurhaliza & mahathir mohammad— mereka di hormati dan dihargai…
      bendera umno merah putih berlambang keris dan keris adalah senjata yg lazim dipakai para bangsawan sejak zaman majapahit sampai kesultanan jogjakarta, kesunanan surakarta, kesultanan banten . Hang tuah mendapatkan kesaktian setelah mengalahkan tamiang sari (bawahan gajah mada) dan mendapatkan keris tamiang sari… indonesia adalah kesatuan kemajemukan etnis melayu nusantara dari pulau terluar sumatra hingga papua… saya akan mengutip kata melayu : bersatu kita kuat bercerai kita runtuh…

    45. Film LOVE Produksi Malaysia kah | Puncak Abadi Para Dewa kata:

      [...] coba cari info di google dapet tulisan di blog ini. Dikarenakan bulan puasa dan gak mau kecapekan, akhirnya tidak aku lanjutkan pencarian informasi [...]

    46. eva kata:

      Di film ini adalah film terakhir dari artis besar indonesia SOPHAN SOPHIAN…
      Ia meninggal karena kecelakaan Motor (Motorcycle) dalam acara KEBANGKITAN NASIONAL. Bahkan INDONESIAN PRESIDENT datang untuk memberikan penghormatan karena dia adalah artis dan juga Politisi yang Hebat & baik. SELAMAT JALAN OM SOPHAN SOPHIAN .. WE LOVE YOU!!! semoga ALLAH menerima amal ibadahnya.. AMIN..

    47. rio kata:

      salam dari kuala lumpur, malaysia.
      mengenai filem indonesia ya…bukan semua nya yang bagus …filem malaysia juga ada yang bagus tapi tidak mendapat sambutan yang baik dari penonton..kami juga pernah memenangi award di luar negara…malahan semasa era 70 an dan 80 an …filem 2 dari indonesia cuba belajar dari malaysia ..dan sekarang juga banyak filem malaysia sedang bangkit untuk menandingi filem indonesia..dan saya senang banget ama lagu dari sana..janganlah kerna film kita pula bermusuhan…malaysia dan indonesia masing2 saling membutuhkan ..atau memerlukan..kita sepatutnya bersama melawan hollywood dan bollywood..yeah long live MALINDO…..peace no war.

    48. Rina kata:

      Hi semua, Rina dr Malaysia, baru lepas tonton filem LOVE ini. Best gak! But i prefer CINTA, and bukan kerana biased, tapi Rina rasa CINTA lebih ‘feel’. But then again, maybe bcoz since its acted by Malaysian, so its closer to heart and Rina boleh relate. I think thts what the producers thought kot, about LOVE. Bisness beb! kena lah pikirkan marketing nye.. tpai itulah, mungkin patut next time mix mix kan pelakon M’sia + Indo. To those malaysian yg comment melampau di atas, jgn lah buat malu org malaysia pls, those indo ppl dah reasonable bagi comment.

      But anyhow, its a creative industry, so dont let the nationalities or racisms influenced u. PEACE fr RINA!

    49. R. Abimanyu Yusuf kata:

      Saya dari indonesia, film malaysia pun banyak yg bagus, salah satunya yg menjadi favorite saya sampai hari ini :
      semua film PRAMLEE!! the best!!

      dan yang baru2 ini heboh di indonesia “UPIN & IPIN”. Best pula….

      so… Indo love m’sia juga….

      PEACE guys…

    Sila tinggalkan komen anda di sini:




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:










    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by MERCUMAYA.NET