in

Filem Itali Terbaik di Saluran A-List Sepanjang April

A-List (CH 456) yang dikenali sebagai saluran yang meraikan filem terbaik karya antarabangsa, akan menyiarkan 7 buah filem Itali bersempena dengan Grand Italian Cinema atau Il Grande Cinema Italiano pada April ini. 7 buah filem Itali merangkumi drama menarik, komedi dan filem klasik Itali yang mempunyai ciri tersendiri dan unik. Lima buah filem dari Grand Italian Cinema akan disiarkan di Astro buat kali pertama.

Teng Lee Yein, Naib Presiden, Perolehan & Pengedaran, Kumpulan Kandungan, Astro berkata,

“Sebagai sebuah saluran yang menghargai filem sinematik, kami sentiasa mengekalkan keutamaan dalam mempersembahkan filem antarabangsa dengan kandungan yang berkualiti di saluran A-List terutamanya untuk penonton kami yang semakin bertambah dan meminati filem yang mencabar minda serta filem yang bukan blockbuster. Bulan April ini, kami dengan bangganya memperkenalkan Grand Italian Cinema kepada pelanggan kami yang mencerminkan kepelbagaian filem Itali, dan memberi peluang yang unik kepada penonton untuk menyaksikan beberapa kesenian filem Itali yang hebat dan diiktiraf di peringkat antarabangsa.”

Grand Italian Cinema dimulakan dengan tayangan perdana Asia Tenggara Il capitale umano (Human Capital) pada 8 April 2015 di TGV, One Utama dengan sokongan daripada Kedutaan Itali dan Agensi Perdagangan Itali. Il capitale umano (Human Capital) merupakan entri penyertaan Itali bagi Filem Asing Terbaik di Academy Awards kali ke-87. Pelanggan Astro kini berpeluang untuk menghadiri acara tersebut dengan hanya mengambil bahagian dalam pertandingan penebusan tiket.

Pelanggan Astro yang membeli akses 30 hari untuk A-List (CH 456) mulai 17 Mac hingga 5 April 2015 (mengikuti terma dan syarat) akan memenangi 2 pas untuk ke tayangan perdana Il capitale umano (Human Capital). Bukan itu sahaja, pelanggan Astro yang hadir ke acara itu juga berpeluang memenangi sepasang tiket penerbangan dua hala ke Rom tajaan Qatar Airways dan juga sepasang baucar makan di Marini’s on 57. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my/a-list.

Antara yang tersenarai di dalam Grand Italian Cinema adalah La grande bellezza (The Great Beauty), ditulis bersama dan diarahkan oleh Paolo Sorrentino, yang memenangi Filem Asing Terbaik di Academy Awards kali ke-86, dan juga di Golden Globe serta anugerah BAFTA dalam kategori yang sama pada tahun 2013. Grand Italian Cinema juga mengetengahkan filem yang pernah tercalon dan memenangi Anugerah Oscar seperti A Boy Golden, Pulce Is Not Here dan Anita B. Filem retrospektif seperti La Dolce Vita dan Bicycle Thieves, juga ditayangkan di A-List (CH 456) pada bulan tersebut.

Setiap bulan, A-List (CH 456) akan menayangkan filem yang pernah memenangi anugerah di festival filem antarabangsa seperti Festival Filem Cannes, Festival Filem Berlinale, Festival Filem Antarabangsa Venice, The Academy Awards, Festival Filem Antarabangsa Busan dan Festival Filem Toronto, semuanya dalam kualiti yang berdefinasi tinggi (HD) dan dalam bahasa asal dengan pilihan sarikata.

Para pelanggan Astro boleh melanggan saluran A-List melalui langganan bulanan sebanyak RM15.90 untuk 8 buah filem sebulan dan alami erti sebenar filem bertaraf dunia. A-List juga boleh didapati di Astro on the Go (AOTG). Untuk maklumat lanjut mengenai A-List, layari www.astro.com.my/a-list

Lampiran: Grand Italian Cinema (Sinopsis Filem)

The Great Beauty
Sinopsis: Wartawan JEP Gambardella telah menjalani kehidupan yang mewah di Rom selama beberapa dekad. Sejak kejayaan legenda satu-satunya novelnya, beliau amat dikenali dalam kalangan masyarakat, tetapi apabila hari lahir beliau yang ke-65 bertembung dengan kejadian mengejutkan pada masa lalu, Jep mendapati dirinya mengimbau kembali kehidupan lalu, mengasingkan diri daripada rakan-rakannya, meninggalkan kehidupan kelab malam, parti dan kafe untuk melihat kemegahan Rom: permandangan yang sangat indah.

Human Capital
Sinopsis: Impian sebenar seorang hartanah dalam masyarakat, impian kehidupan berbeza wanita yang kaya dan sepi, keinginan cinta sebenar seorang gadis ditindas oleh cita-cita tinggi ayahnya. Kemudian, kemalangan misteri pada malam Krismas yang dingin, merumitkan segala-galanya. Kali ini Paolo Virzì menceritakan keunggulan dan kesengsaraan di wilayah utara Itali untuk memberi para penonton satu gambaran yang ironik pada zaman ini.

Pulce Is Not Here
Sinopsis: Kisah benar yang diceritakan melalui keajaiban seorang gadis di dunia dewasa dan kanak-kanak serta kehidupan yang aneh dan misteri yang dipanggil cinta. “Pulce” berumur sembilan tahun, mempunyai sepasang mata bundar yang terpancar keajaiban, dan hanya mendengar muzik tango. Dia tidak bercakap kerana mengidap autistik, tetapi ini tidak bermakna dia tidak mempunyai apa-apa untuk diperkatakan. Pada satu hari, seperti kebiasaannya, dia dibawa pergi daripada keluarganya tanpa sebarang penjelasan. Bapanya terpaksa menghadapi tuduhan yang berat. Melalui pandangan yang penting dan spontan daripada kakak Pulce, Giovanna, kita akan dibawa ke dalam kehidupan seharian sebuah keluarga yang istimewa. Kita mempelajari bahasa khas yang diciptakan untuk mendekati seseorang yang hanya berbicara melalui gambaran. Kita dibawa ke dalam keadaan kucar –kacir sebuah keluarga tetapi penuh kasih sayang. Tanpa retorik atau rasa kesedihan, kita meneroka konfrontasi antara dunia orang dewasa dan dunia kanak-kanak, antara penyakit dan normal, antara ketegasan institusi dan kelembutan manusia. Dan, kita berkongsi semua mengenai kejutan remaja Giovanna semasa dia meneroka dunia dewasa, kebangkitan diri sendiri, dan kehidupan yang aneh dan misteri dipanggil cinta.

Bicycle Thieves
Sinopsis: Ricci, seorang penganggur pada zaman kegawatan ekonomi semasa pasca Perang Dunia Kedua di Itali, akhirnya mendapat pekerjaan yang baik – di mana dia memerlukan sebuah basikal. Tetapi tidak lama kemudian basikalnya telah dicuri. Dia dan anaknya berjalan-jalan di

Rome, mencari basikal. Ricci akhirnya berjaya mengesan pencuri tersebut tetapi tanpa sebarang bukti, dia terpaksa melepaskannya. Tetapi dia dan anaknya sedar bahawa tanpa basikal, Ricci tidak akan dapat meneruskan pekerjaannya.

La Dolce Vita
Sinopsis: Wartawan dan sosialit Marcello berjuang untuk mencari tempatnya di dunia, tersepit di antara tarikan senario sosial elit Rom dan kehidupan berkeluarga yang menyesakkan bersama teman wanitanya, semasa mencari jalan untuk menjadi penulis yang baik.

A Golden Boy
Sinopsis: Apabila bapa Davide, pembuat filem B, meninggal dunia dalam kemalangan kereta, dia dikatakan telah meninggalkan sebuah autobiografi yang tidak diterbitkan. Oleh kerana gagal untuk mencari buku tersebut, Davide memutuskan untuk menulis autobiografi sendiri.

Anita B
Sinopsis: Sejurus selepas Perang Dunia II, Anita, penyelamat termuda Auschwitz, melihat dunia dengan penuh kerisauan. Dia mendapati dirinya berada di dalam keadaan yang rumit yang hampir menjatuhkannya, tetapi akhirnya memberi kekuatan kepadanya untuk memberontak dan memulakan hidup baru.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Samsung Galaxy S6 & Galaxy S6 Edge Dengan Pelan MaxisOne

TV2 Siar Drama Bersiri Inggeris CRISIS