Filem Akhirat Sinopsis & Lakonan Vanidah Imran
“Akhirat”… bermulanya satu kesudahan.
“Akhirat” merupakan senaskah coretan tinta hitam yang membelenggu kehidupan seorang wanita suci Mira (Vanidah Imran) kerana nafsu serakah manusia durjana. Akibat dari tragedi malang itu kehidupan Mira semakin pudar setelah dia disahkan menghidap penyakit yang amat mengerunkan.
Kesangsaraan ini cuba dirahsiakan dari pengetahuan suami tersayang, keluarga dan masyarakat. Namun konflik melanda bila dia tidak dapat menyempurnakan tanggungjawabnya sebagai seorang isteri. Dilema ini menyebabkan Mira melakukan sesuatu diluar dugaan dengan merancang menyatukan Amran (Tony Eusoff) dengan Noni (Nabila Huda). Amran yang kecewa dengan tindakan Mira menuduh Noni cuba mencemarkan nama dan maruah keluarga dengan muslihat tertentu. Keadaan bertambah parah bila Noni pula bersikap semakin liar dan tidak terkawal kerana perbuatan teman lelakinya Ari (Adi Putra). Akhirnya konflik terlerai bila Mira berada di ambang…”Akhirat” dan apakah harga seorang insan di antara dua realiti ini?
Bolehkah Mira melawan takdir yang menimpa dirinya? Bagaimanakah Amran menentang musuh yang sedang memusnahkan rumah tangganya? Adakah Ari akan meninggalkan kehidupan mewah dan kegiatan maksiatnya? Dapatkah Noni menghentikan gelora nafsu batinnya? Bolehkah Dato’ Shamsuddin mengharungi segala dugaan yang melanda keluarganya?
“Akhirat”… pengadilannya di tangan anda!
*Tahniah kepada Vanaidah Imran kerana dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Festival Filem Malaysia 2007.
Technorati Tags: filem akhirat, sinopsis filem akhirat, ulasan filem akhirat, pratonton filem akhirat, review filem akhirat, vanidah imran, mira, adi putra, yassin, maya karin, filem impak maksima, trailer impak maksima, ulasan impak maksima, Noni, filem akhirat, munkar nakir, malaikat, HIV, AIDS, kondom, filem durjana, vanidah imran menang pelakon wanita terbaik, festival filem malaysia, agama islam, akhirat dan dunia, persediaan akhirat, pengadilan, unfair, fair, nabila huda, Tony Eusoff, negarakuku video klip, trailer film akhirat, movie akhirat, lagu negarakuku taiwan, cina buta, dynas, adi putra gossip, kahwin nona, gambar proton sedan gen2, jangan tidur lagi

Baca artikel lain yang berkaitan:










November 12th, 2007 at 1:16 pm
alaaa…tomeynye vanida imran ni..ayu abis..
April 8th, 2008 at 11:07 am
aku blum tgk lg crita ni,tp dr pa kwn2 aku kta filem ni x sesuai bdk2 tgk.so korng pham la kan…ada adegan ranjang mcm hsband n wife.aku pn plik la npa vanida sggp lakon mcm 2??? x malu dgn anak2 ker…beromen dgn laki len.shidi 2 sbgai suami x rsa pa pe ke???
yg best tony usof la bleh test vanida…
wei klu gila kan duit pn jgn smpai jthkan maruah….
April 9th, 2008 at 2:34 pm
nabila drek no 1. filem ni mmg class habihhhhhhh
suka sangat drek nabila
May 21st, 2008 at 5:25 pm
dh tgk dh cite ni. ok la…menyntuh perasaan la bila tony yusof curiga kat vanida…padahal vanida sengsara dgn penyakit dia.tp…lakonan nabila best! menjadi…
December 23rd, 2008 at 9:20 am
ingatlah wahai sahabat sekalian..
matlamat tak menghalalkan cara…
October 1st, 2009 at 10:50 am
Baru tonton filem ni semalam on TV3…Unfortunately, hanya indah khabar dari rupa. Trailer best, tapi lakonan macam filem 80an. So stiff… Sangat berbeza dengan filem Sepi, showed on TV3 the previous night.
Kalau acting quality mcm ni, macam mana la nak convince penonton pegi tengok kat panggung wayang.
But no doubt, Vanida memang seorang wanita yang cantik.
October 3rd, 2009 at 3:42 pm
camne nk tgk cite ni..??? nk download kt ne cite akhirat ni..???
February 4th, 2010 at 10:35 pm
b est ke citer ni..lama tak layan filem