Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Faizal Tahir Kena Banned Dari Anugerah Juara Lagu?



Akibat aksi over buka baju di Rocking Birthday Concert live pada 13 Januari lalu, Faizal Tahir kemungkinan besar tidak dapat menyanyi di Anugerah Juara Lagu 22. Kontroversi yang mencemarkan nama 8TV ini bukan hanya dikecam penonton tetapi telah mendapat perhatian serius Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Berat tak berat isu ini, sampai SKMM memandang berat tentang etika penyanyi ketika berada di pentas.

Dek kerana itu, SKMM telah mengeluarkan kenyataan rasmi MELARANG 8TV membuat siaran langsung mahupun tertunda bagi konsert dan semua rancangan hiburan untuk tempoh tiga bulan bermula 15 Januari lalu. Sebarang permohonan siaran langsung dan tertunda oleh stesen televisyen lain YANG MAHU MENAMPILKAN FAIZAL TAHIR adalah TIDAK DIBENARKAN dalam tempoh yang ditetapkan. [sumber]

Melalui statement ini, bolehlah kita tafsirkan bahawa Faizal pastinya tidak berpeluang untuk beraksi di AJL22 terbitan TV3 yang akan berlangsung pada 27 Januari ini. Ini membuatkan orang kuat Media Prima dan 8TV sendiri stress dan tertekan sebab tak pernah berlaku isu buruk macam ni dalam sejarah syarikat penyiaran tersebut.

Bermakna setakat ini hanya One In A Million, Project Superstar dan American Idol yang terpaksa dibuat siaran tertunda yang terpaksa dirakam dahulu sebelum disiarkan.

Apa yang Budiey rasa sekarang ni… kesian sungguh la dengan nasib bekas penyanyi nasyid nih tapi mmm… tu la sape suruh buka baju? Lain kali buka seluar sekali la… kang dah kena denda macam-macam. Mungkin ada hikmah di sebalik isu ni kan? Hari tu, kena denda kat 8TV, Faizal kena buat kerja amal. Sekarang, mungkin dia kena denda kat Komunikasi dan Multimedia Malaysia pulak.

Tak boleh perform di AJL… fuh satu benda yang sangat membuatkan Faizal akan rasa terkilan. Dua buah lagu pula tu. Kalau dia akan dibanned bermakna, TV3 akan mencari pengganti untuk nyanyi lagu MahaKarya Cinta dan Kasih Tercipta tu. Agak-agak sape yang sesuai bawa lagu Faizal Tahir tu?

Harap benda ni jadi pengajaran buat semua penyanyi. Jagalah etika anda. Tak payah nak tiru gaya barat kalau tak kena dengan masa dan tempat.

[tags]faizal tahir buka baju, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, One In A Million, Project Superstar recap, American Idol review[/tags]

Tags:

Tags: , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Anugerah Juara Lagu 22: Rehearsal & Ramalan Budiey
  • Gambar Faizal Tahir Buka Baju di Konsert Ulangtahun 8TV
  • Faizal Tahir Tak Yakin Menang Separuh Akhir Muzik Muzik 25
  • Faizal Tahir, Spider, Ziana Zain di Semi-final Muzik-Muzik Kategori Balada
  • Promo Minggu Setiausaha Faizal Tahir & Sharifah Aleya
  • Gambar Hafiz Hamidun @ Anugerah Juara Lagu 23
  • Senarai 14 Lagu Finalis Ke Anugerah Juara Lagu Ke-24
  • Siapa Finalis Anugerah Juara lagu Ke 24
  • Faizal Tahir Sakit Lung Infection?
  • Faizal Tahir Muntah Darah



  • 49 Komen untuk entri “Faizal Tahir Kena Banned Dari Anugerah Juara Lagu?”

    1. pakcik MMA kata:

      haih. kesian pun kesian gak tapi perangai dier mmg takleh blah. jgn nk tiru budaya barat sgt. ni malaysia and aksi2 sebegini sgt tak sesuai. aritu dah bg second chance and it’s diffilcult nk bg third chance laks. haih

    2. best kata:

      kesiannye dieeee.. kesian sgt2.. artis pompan lucah sume x de plak tindakan diambil.. adus2..

    3. ifahh kata:

      o mann!!!
      tak best la cmni…
      faizal tahir is a great performer with great voice…
      bru je bkk bju nk banned dah…
      yg pompuan tu..dayang, sheila majid, tiara and byk lg x larat nk senarai sume duk berkemban ats stage blh plak???????
      dlm movie2 aksi bukak bju & mengoda blh plak?? mcm cite rempit tu…ishh..
      haiyooo..

      n knp kene ungkit2 plak die penyanyi nasyid?????
      akhbar, yassin, si bienda…they all penyanyi nsyid gak dlu..ish3..bias btul!!

    4. klaka kata:

      ishish….
      ape nak jadi lar ko ni faizal..
      honestly aq cakap style ko perform dari segi vokal mmg best…
      tapi bile dah jadi mcm ni aq pun dah rase cam x best dah…
      over semacam jer…. yer aq tau ko nak org ingat ko kan…
      tapi biarlar org ingat ko dengan vokal , sikap , peribadi ….
      bukannyer persembahan macam lembu gila naik minyak
      dan bagi aq tindakkan SKMM wajar.. bg pengajaran dkt artis lain..
      ini malaysia lar beb.. negara ISLAM..

    5. ntah apa apa ntah kata:

      adil dan tak adil???

      sokong kat ifahh… kalo gitu banned sume artis.. pakai baju mcm nak terbogel…

      eiiiiisskkk…..!!!

    6. Nadia kata:

      Tak kan sebab buka baju nak kena banned?
      Gila ke apa!

      Faizal is a good performer. Kalau betul dia salah sebab buka baju, bagi je lah dia 1st warning. Everybody makes mistake and deserve 2nd chance.

    7. hafreze kata:

      laa..padan laa muke die..sape suro over sangat. mmg la artis lain tu pakai berkemban sume, tapi dieorg tk bukak baju pun, cuba la suro dayang tu bukak baju, kene ban tk?….

    8. afham kata:

      hurray..i vote siti menang juara lagu!!
      saingan dah tak de !!

      :)

    9. hasni kata:

      rasanya tak patut faizal kena banned… kalau nak ikutkan ramai lagi artis yg berpakaian ala berkemban kat siaran langsung… tak pula diambil tindakan…kan dah mendedahkan aurat tu…

      lagi pun faizal dah minta maaf… sayang rasanya bila artis yg punya bakat besar diperlakukan begini…. atau ada pihak2 yg sengaja ambil kesempatan.

    10. ifahh kata:

      hafreze….dyg tu mmg x pkai bju nmpak ketiak mashammmm…cmne nak bkk bju??muhahahaha~

      pelik la…apsal rempit x kene banned dr siaran ek?? agak melampau aksi menggoda die.

      hurmm.. x best la gini klo faizal xleh nyanyi kt juara lagu…
      x best! x best!

    11. roy kata:

      sebab faizal potential singer la org nak banned, kalau dia tak berpotensi.org tak heran pun nak banned……

    12. Azahari kata:

      Harap ianya menjadi pengajaran kepada artis yang lain…
      Sebelum buat sesuatu “kelainan” tu..fikir masak-masak dulu…
      banyak lagi cara yang boleh digunakan untuk membuat “kelainan” atau keunikan…

    13. vangardx kata:

      erk..nak kena banned ke? ayookk

    14. mamat je kata:

      yg ptama pasal meluncur….bagi aku itu takjadi masalah….aksi spontan kerana terlalu gembira….artis lain kontrol macho je depan tv…..pasal buka baju….memnag taksesuai tetapi isu kecik aje….yg patut kita bimbang artis wanita seksi, ada juga pelakon lelaki buka baju dalam movie..takda plak tindakan. kalau nak buat tindakan, buat betul2, menyeluruh. jgn melatah apabila terdesak jer….faizal tahir….sabar ya.

    15. suhaimy@suhaimy.org kata:

      sepatutnya artis macam ni dibrainwash otak dia supaya insaf..naik ikut barat..jangan nyanyi kat sini. budi bahasa itu budaya kita.

    16. munirah kata:

      ayoyoyo..stakat bukak baju jek kene banned..?
      ayoyoyo..lagipon faizal tahir tu lelaki pe..bukan nyer perempuan..tol tk?
      tk patut la kena banned..ai..entahlah..gasak korg nk banned die..
      tapkan..nnti juara anugerah ke-22..aku rasa..yg sesuai bawak lagu faizal tahir..anuar zain kot..

    17. loisha kata:

      budiey..can u please check this out and get comment from the girl since i read before u n her is a cyber friend. at 1st i thot she is the one that we call beauty with brain.. but no more. sad.

      http://toughcookee.blogspot.com/2008/01/natasha-hudson-writer-or-bluffer.html

    18. pia kata:

      faizal may have made a mistake…so what? we all do…we are only humans kan? I think the ban is too harsh a punishment on someone with so much to offer our ailing music industry…kalau sebab buka baju nak ban…kenapa tak ban que haidar yg berlakon dlm drama just 1 or 2 days before the faizal incident???? afterall…drama tu pun ditontoni beribu2 rakyat malaysia juga…..dlm drama tersebut…que hanya berseluar denim…..tak berbaju…hairan…..mcm mana drama ni boleh diluluskan siarannya????
      saya tak salahkan que….mungkin script memerlukan beliau berbuat demikian…seperkara lagi…..besar sangat ke kesalahan faizal menanggal bajunya dibandingkan dgn artis2/selebriti2 wanita kita yg rata2 ‘berkemban’ dan sentiasa berpakaian seolah2 tak cukup kain tu?? harus di ingat…lelaki tak berbaju masih menutupi aurat tapi wanita yg tak abis2 dgn baju tak cukup kain tu sah2 tak ikut hukum hakam agama…tapi tidak pulak ditegur pihak yg berwajib…..let alone diambil tindakan???????? sungguh menghairankan!!!! masyarakat dah muak melihat cara artis2 wanita kita berpakaian…dan kita tertunggu2 bila pihak yg berwajib akan bertindak….

    19. MJ kata:

      dulu2 ada poster movie zul huzaimi tak berbaju dan peluk si artis pompuan yg tak glemer langsung tu. tade sape2 berbunyi pon? da la movie tak laku. cemna tu? give a 2nd chance la kan.. nk tgk reaksi faizal kalo dia menang AJL neh plaks… ish mimpi tinggal mimpi

    20. iwuzere kata:

      memang tak patut faizal tahir tu bukak2 baju time konsert..tapi bile pikir balik denda yang diorang kenakan kat faizal tahir ni cam melampau.. atleast die takde la bogel ke hape ke..bukan biase ke lelaki tak pakai baju..dalam drama kat tv tu ade jek..tapi wat so ever pon nasi dah jadik bubuq.. hopefully komposer n penulis lirik lagu2 faizal tahir tak tarik díri dari AJL kalau btol die tak dapat perform nnt

    21. utakjahat kata:

      Faizal, ingat sikit ni Malaysia bukan hollywood k, dulu pon ade artis perform kat luar negara nampak pusat sikit dah dibanned nikan plak dalam malaysia,
      ni menunjukkan rakyat malaysia begitu sensitif terhadap rakyatnya even perkara tu berlaku di luar negara..
      next time jgn wat lagi daa nak wat pon g jd US citizen dulu n perform le kat sane nak bogel pon x per, rakyat malaysia boleh mengutuk dan mengecam anda disini tetapi x leh nak ambik tindakan cos u not malaysian citizen anymore.. .so pilihla tindakan yang betul
      btw selamat maju jaya, Faizal!!

    22. abangbaik kata:

      aurat lelaki dari pusat ke lutut. Faizal Tahir lebih 2 inci sahaja buka aurat. Aurat perempuan seluruh badan kecuali muka dan dua tapak tangan. Artis perempuan ramai yang berkemban, bergambar berlebih-lebihan. Aurat yang dibukanya lebih berkali ganda dari Faizal. kenapa pihak penyiaran buat tak tahu saja? sila komen.

    23. pemerhati kata:

      berfikir sebelum bertindak…menyesal tk berguna…memalukan diri sendiri..walau aksi spontan skali pon…kena guna akal dan fikiran..kita manusia adaa akal..gunalah sebaik2 nya….jadikan ia pedoman…berpijak di bumi MALAYSIA bukan negara BARAT…

    24. pemerhati kata:

      harap pihak2 yg berkuasa tidak hanya menghukum faizal…tp harap memantau artis perempuan lagi lah byk…..disini bkn nak tunjuk BODY tp tunjuk BAKAT…..adalah tdk adil apalagi berat sebelah hanya hukum pada faizal bg pihak artis lelaki…..

    25. bah kata:

      budiey,

      kalau betul kenyataan ni, SKMM adalah bacul, dayus, dan bodoh sombong. isu faizal tahir di-kambing hitam kan oleh pihak2 tertentu untuk tujuan2 tertentu yang mungkin busuk dan berbau dengki. tolong lah! apakah relevan nya mengambil tindakan sebegitu agresif pada faizal tahir ? sebab beliau buka baju pada siaran langsung ? huh! memang sial.

      kepada SKMM, sila lah buat indepth research sebelum berbuat tindakan yang membawa kebodohan pada pihak sendiri. adakah aksi faizal tahir itu satu aksi yang membawa ikutan pada anak2 muda ? adakah aksi faizal tahir itu memburukkan nilai estetika masyrakat kita ? adakah aksi faizal tahir itu mendatangkan malu besar pada negara kita ? adakah aksi faizal tahir yang pertama2 berlaku di siaran televisyen ?

      jangan hanya suka mengambil kesempatan dengan berita2 panas begini. ketidakadilan pada manusia lain akan membawa padah pada diri sendiri. hendak2 lagi jika tindakan ini disulami dengan niat untuk menjatuhkan seseorang.

      harap faizal tahir dapat memberi kenyataan balas pada semua spekulasi ini. jangan lupa ungkit semua aksi tidak berbaju artis/pelakon dalam drama/filem tanahair. biar pihak2 dayus begini dapat lihat, mereka telah tersalah tembak sasaran.

    26. lala kata:

      arghhh mcm mane nak tengok AJL nanti?aku bingit betul la.

    27. acx kata:

      ni bukan soal agama, tapi adab dan adat.
      dalam islam mmg aurat laki takat pusat tapi adab dan adatnya mmg nampak xsopan bila org melayu buka baju depan org ramai sambil nyanyi. (cuma korang test buat camtu tgk kat cm ke, chow kit ke)
      kita kena ingat asal usul kita org melayu penuh dengan adab dan kesopanan… sy sokong tindakan terhadap faizal, tapi sy rasa agak keterlaluan jugak hukuman tu sampaikan OIAM pun terpaksa buat rakaman. hmmm…. so kesimpulannya, belajar dari kesilapan. org melayu mesti teruskan kesopanan dan kesusilaan ok. jgn marah2….

    28. abangbaik kata:

      betul tu acx… memanglah buka baju kat chow kit tu malu. tapi ‘double standard’ org kita terhadap aurat itu lebih penting. Perempuan2 dibiar2kan, dedah sana, dedah sini, berbikini, berkemban, nampak alur dada sambil bergambar seksi. Adat mengikut agama, bukannya agama mengikut telunjuk adat!

    29. syamsulariff.com kata:

      nie mesti ada org nak takmau dia masuk juara lagu, dia nie kan harapan dia cerah nak menang, kan kan?

    30. ntah apa apa ntah kata:

      sudah jatuh ditimpa tangga .. gedebukkkk!!!!!

    31. jane kata:

      nathlah aku x paham pikiran org2 malaysia ni..yang artis pompuannye sparuh bogel diam je..siap ada yg pertahankan lagi..mcm kenyataan ramli ms dlm paper satu ketika dulu..artis pompuan pakai sexi krn trend..untuk kelihatan lebih anggun..tapi bila artis lelaki yg terang2 auratnye x berat sgt tu bukak baju kecoh sekampung nk ambik tindakkan.kalau nak kata pasal adab budaya kenapa ada double standard ke dlm mengamalkan adab budaya kt mesia ni? pompuan boleh pakai bukan2? lelaki x boleh? ingt lagi kes jeslina hashim kene tangkap pakai baju nampak dada kt zouk..sharizat jalil siap cakap kesal dgn tindakkan jabatan agama islam.tu yang pelek tu..mmg dunia nk kiamat…

    32. kasihemilda kata:

      kesian gak kat dia…tp nk wat camner…tiba2 kena kt dia plak hukuman tu..yg dulu2 buat tu ok plak..
      tapi yg pasti dia mmg berbakat..mana lak komposer lagu nk cr org gantu utk nyanyi lagu ajl tu..nasiblah..

    33. angel_baik kata:

      apalah AJL tanpa faizal tahir. dengar kata fiq yg akan gantikan faizal.

      please do something to bring back faizal tahir in this industri…..memang nampak sangat ler cam ader agenda yg tersembunyi. semua benda nak dipolitikkan. BOSAN!!

    34. ain_nia kata:

      faizal tahir tu tak patut dibanned.. berilah teguran dan amaran dulu.. apsal plak jamal n salem yg dh terang2 amik dadah tu tak banned plak??… artis yg dh sah2 berkhalwat tak banned plak??… malah yg bangga mengaku berkhalwat pun ada… ada gak artis yg polis tahan memandu dlm keadaan mabuk… tak banned plak??… bukannyer tak der bukti… sah2 polis ada buktinya…

      artis pompuan yg pakai baju mcm tak cukup kain tu bole plak… kalau nk ikut itu lg bahaya dr lelaki bukak baju… perbuatan faizal tu mmg tak senonoh n patut ditegur tapi artis pompuan yg seksi2 dan lain2 artis baik pompuan mahupun lelaki yg tak berakhlak pun perlu dihukum sama….

      masalah negara kita ni ialah kerana tak ada dasar… bila menteri bertukar… syarat pun bertukar jugak… ikut kepala masing2… contohnya dulu artis rambut panjang tak bole kluar tv… la ni bole pulak…. kenapa jd gitu??.. sbb tiada guideline… tiada dasar…

    35. Ema Axl Rose kata:

      yg ptama pasal meluncur….bagi aku itu takjadi masalah….aksi spontan kerana terlalu gembira….artis lain kontrol macho je depan tv…..pasal buka baju….memnag taksesuai tetapi isu kecik aje….yg patut kita bimbang artis wanita seksi, ada juga pelakon lelaki buka baju dalam movie..takda plak tindakan. kalau nak buat tindakan, buat betul2, menyeluruh. jgn melatah apabila terdesak jer….faizal tahir….sabar ya.

      aku setuju ngan komen kat atas oleh mamat je…
      lu punye pndapat same ngan wa…

    36. ans kata:

      padan muka faizal,sape surh bukak baju wei!!dlu aku mmg minat gler nko!!!

    37. noris ishak kata:

      no komennn!!!

    38. zamani zain kata:

      tak adil sangat sangat.patutnya bagi lah amaran je.sebenarnya ramai lagi artis yang buka baju masa nyanyi kat pentas.awie wings pun pernah buka baju masa nyanyi kat stadium negara dulu.tak kena ngam pun.suruhanjaya2 tu kena fikir banyak kali lah sebelum ambil tindakan.kesian lah kat artis kita.artis luar datang berlambak nyanyi kat malaysia tak ada sekatan.ni lagi artis kita sendiri terus kena gam pula.macam mana nak cari makan.

    39. fadzila_danial kata:

      Faizal oooo faizal…apa nak jadik lah buat konsert nak bukak baju. Tapi kalau nak diikutkan tak lah besar sangat kes bukak baju ni. Kalau artis yang pompuan yg terbelah sana sini tak cukup kain tu dan berkemban sana sini tu tak kena banned pulak issshhh tak adil untuk kes sebegini faizal seorang jer yang kena banned. nasib baik lah aku tak der kuasa kalu ade semua artis m’sia yang tak cukup kain tu aku banned ha…ha….lawak sehhh………

    40. malaikat kata:

      yahhhoo..malaysia kita sudah sampai ke tahap yang berkembangan nya hasil seni adalah di bawah takluk kerajaan dan apa apa ntah yang konon ikut islam:P pergi mamposssssssssssssss lah..kesian pulak dgn faisal tahir tu..tapi pekara ni tak adil kenapa tak pun di bagi satu contoh garis panduan semasa konsert .bagaimana itu ini ..dan sebagainya…

      ini lah keburukannya malaysia..melawak pun kena ada cara..apa benda tu beb…org tak pernah pun kata kerjaan memerintah kena ada caranyaaaaaaaaaaaaaa!! jadi kena lah toleransi…dan dlm perbankann pula…nak tau perbankan islam tu bukan nya baikkkkkkkkkkkk tapai mahallllllllllllllllllllllllll sangatttttttttttt tak caya cuba cek dengan CAP pulau pinang mereka dah kaji….ni lah namanya memeras rakyaaaaaaaaaaaaaaaaaat…ok ni cakap style kampunggg..nanti lah style golongan terpelajar pulak saya akan tuluis…sebab saya tau…lepas ni ramai yang nak kutuk…well kita tgk dan lihat…panasnya dengan org yang sensitif tak bertempat…ADAKAH BUAT PERANGAI MACAM TU TERGUGAT IMAN ORG ISLAM HELOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO APA APA YANG TERJADI UMAT ISLAM TETAP TEGUH IMANNYA OK ..USTAZ YANG TAK RETI TU DIAM LAHHHHHHHHHHHHH MABOKKKKKKKKK….LAHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH

    41. laili kata:

      hmmmmmm…. stakat bukak baju nape mesti banned… bg jelah amaran, cmne plak artis pompuan yang seksi nampak lurah dendam n nampak sluar dalam n kene tangkap khalwat 2 apa hal plak???? artist yang ambik dadah plak,, canerrrr ????? heeee… x adil langsung!!!!!!!! saya btl2 frust bila tgk AJL fiq plak yang nyanyi lagu MAHAKARYA CINTA 2 …. kalau faizal yang nyanyi kompom boleh dapat juara lagu punyerrrr.. mesti ade yang dengki la 2… lgpun dia kan dah mintak maaf secara terbuka kan.. kalo artis lain,jgn harap nak wat cm2… saya harap faizal byk2 sabar ye,yela kita manusia biasa mmg x lepas dr kesilapan…….

    42. tak tahu...uuuu kata:

      aku rasa la..faizal tahir tu cepat sangat naik, tu pasal la kena ‘ditundukkan’ sikit. Agaknyer ramai boleh tergugat ngan populariti yang diterima oleh faizal. Aku tak kisah pon faizal tu bukak baju, Britney pon boleh tunjuk pusat, artis malaysia lak berkemban..ok jer..
      Kalau aksi faizal tu dibuat dlm bentuk filem(ada skrip) mesti tak ada apa tindakan, cuma bila faizal terbuat ‘surprise’..tu yang ramai MELOMPAT tuh..!!he..he..he…

    43. merasa sedih kata:

      erm….tol gk kte org..kLu faizAL tahiR bKK bJu dLm fiLem..Msti x dpersLahkn..cOntoh cm cite rEmpit, bKK bJu,siAp de Yg brTuaLa g,x Lk dBAnned???……fILEM????Lg r org Rmai tgk Kt wyang tuH..HUh!.. pe Nk jd r…oRg atSan yg wt Hkuman kT fAizal tu pn Cm x pk Pnjg jer??? pdHL rmai g artis2 Pompuan yg terdedAh..Lg ramai klayak yg tGk… xPLak nk Gam2,xPlak org Bsing..herM…sbNryer nK ttup mALu..sbb tu GAM faiZAL…
      jGnLa brUkkn fAizaL g..die pn iNSan yg de Prsaan…

    44. pae kata:

      faizal,
      hope u bersabar k
      i tol2 smpati ngan nseb u…
      ni la dunia….
      xadil langsung.orang y berkemban sana,terdedah aurat,nampak lurah,
      xplak kna gam tp u xpon bukak urat tp jd camni….
      nsib u la kan…
      ada lah hikmah 2
      muhasabah la smula yer
      ingat Allah banyak2

    45. ain kata:

      em….entah knape dgn faizal tahir ni.dulu OK sgt,time nasyid…tapi lps kuar dari kmpln nasyid ok gaklah……tpi mkin lama mkin teruk plk.saya pminat die juga.tapi lps jadi cam ni dah krg minat kat die.I just sokong je…moge-moge awak faizal tahir cepat-cepat berubah,,,,dah bape kali awak ckpkat org ramai Xakan over lagi.tapi skrg……???//

    46. Nana_Ratna kata:

      Sayangkan?Kalau Faizal menyanyi dalam juara lagu,tentu dia yang menang.Sudahlah lagu dia ada 2 percalonan….
      eehhh….geramnya…
      Sayang kat Faizal Tahir

    47. bla3x.. kata:

      best ape faizal tahir bukak baju

    48. ERINA kata:

      ble!!!! gila

    49. ERINA kata:

      gila gila gila

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK