in ,

Ernie Zakri, Ramlah Ram, Juliza Adlizan Dalam Pesona Bintang

PROGRAM MENGHIMPUNKAN BINTANG KELAHIRAN RTM : PESONA BINTANG DI TV2

Bintang-bintang realiti kelahiran Radio Televisyen Malaysia (RTM) sememangnya berbeza berbanding bintang realiti dilahirkan stesen lain kerana vokal mereka yang lebih menyerlah kerana format program yang lebih mementingkan suara berbanding paras rupa dan penampilan mereka.

Justeru sempena kehadiran Aidilfitri ini, RTM menampilkan kelainan menerusi program istimewa hiburan raya pertama ini dalam menghiburkan penonton setia salurannya dengan menyiarkan program Pesona Bintang pada 20 September 2009 (Ahad), jam 11.00 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Istimewanya, program terbitan Unit Hiburan TV RTM ini bukan sahaja membariskan artis terkenal tanah air sebaliknya lebih kepada berkonsepkan alumni dan menghimpunkan bintang-bintang yang pernah dilahirkan pihak RTM dihimpunkan dalam sebuah program istimewa, Pesona Bintang. Ia termasuklah penyanyi berbakat yang digilap suaranya menerusi program Bintang RTM, Suara 90 an, Bintang HMI dan Bintang Kecil.
 
Malah program yang menampilkan pengacara ND Lala dan Shila ini turut mengundang nama-nama terkenal antaranya Ramlah Ram, Juliza Adlizan, Esther Khoo, Azharina Azhar, Alyah, Amir Sofaz, Rina Azhar, Felicia, Rey dan Juara Bintang RTM terbaharu, Ernie Zakri.

Begitu juga Pesona Bintang menghimpunkan bekas pengacara, peserta dan juara untuk bersama-sama menyambut Aidilfitri di pentas yang telah menaikkan nama mereka di persada seni. Apatahlagi selain itu menerusi Pesona Bintang dapat mengimbau kenangan, lagu dan sejarah semua artis yang terlibat semasa pertandingan yang mereka sertai dahulu.

Kepada penyokong setia dan peminat-peminat yang ternanti-nantikan kemunculan mereka untuk beraksi di pentas nyanyian, jangan ketinggalan menyaksikan kehebatan dan kekuatan vokal mereka yang merupakan aset utama setiap bintang yang dilahirkan oleh RTM menerusi Pesona Bintang pada 20 September 2009 (Ahad), jam 11.00 malam menerusi saluran Dunia Ria, TV2.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Reaper Musim Ke-2 di 8TV

Drama Istimewa Aidilfitri 1430H di TV2