DRAMA FATIMAH NAJWA, SLOT GALERI FAMILI KHAS RAMADAN
FATIMAH NAJWA, SLOT GALERI FAMILI KHAS RAMADAN MULAI 28 OGOS 2008 DI RTM2
Bulan Ramadan penuh keberkatan yang bakal ditempuhi seluruh umat Islam kurang seminggu lagi pastinya lebih bermakna kepada peminat penyanyi Akhbar Azmi yang pernah muncul bersama kumpulan nasyid Brothers tidak lama dahulu sebelum kemunculannya sebagai penyanyi hip hop kerana berpeluang menyaksikan percubaannya terjun ke dalam dunia lakonan menerusi drama Khas Ramadan Fatimah Najwa mulai 28 Ogos 2008 yang disiarkan setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang mengisi slot Galeri Famili di RTM2.
Fatimah Najwa terbitan Television Airtime Services dalam 13 episod ini mengisahkan perjuangan hidup guru agama yang masih muda bernama Khaufli yang dibawakan wataknya dengan berkesan oleh Akhbar. Dengan penampilannya yang sederhana dan latar belakang pendidikan agamanya yang tinggi, Khaufi menjadi pujaan ramai gadis yang menggilainya.
Namun hakikatnya, Khaufli telah pun memiliki seorang isteri dikenali Fatimah yang sarat mengandungkan anak ketiganya serta dua orang anak. Perkahwinan mereka sebenarnya mendapat tentangan hebat daripada keluarga Fatimah yang membuatkan mereka meninggalkan kampung lalu memulakan kehidupan sendiri sebagai suami isteri di bandar.
Status Khaufli yang masih menuntut di Maktab Perguruan telah membuatkan dia terpisah daripada isteri dan anak-anaknya. Situasi lantas menimbulkan perasaan cinta di hati gadis bernama Aminah yang sedaya mungkin untuk menggodanya.
Tetapi Khaufli tidak termakan godaannya yang menimbulkan perasaan tidak puas hati Aminah. Dalam pada itu Khaufli terpaksa redha dengan takdir yang menimpa hidupnya apabila isteri kesayangannya, Fatimah meninggal dunia kerana komplikasi mengandungkan anak ketiga mereka.
Dengan bantuan orang-orang di sekelilingnya termasuk Wahid, teman baiknya yang telah membantunya membiayai pembedahan arwah Fatimah, Khaufli cuba meneruskan kehidupan di samping anak-anak kesayangannya.
Di situ dia bertemu dengan Cikgu Rozita, guru anaknya Taufik. Perkara itu menimbulkan cemburu dan amarah Aminah yang kemudiannya melakukan konspirasi jahat dengan ibu mertuanya yang masih mendendami Khaufli.
Tetapi satu hari pertemuannya dengan gadis teman isteri Wahid dikenali Najwa telah merubah segalanya. Apatahlagi wajah Najwa saling tak tumpah persis Fatimah, arwah isterinya.
Siapakah gerangan Najwa yang sebenarnya? Adakah Khaufli berjaya untuk memilih gadis yang selayaknya menggantikan tempat arwah Fatimah sekaligus menjadi ibu kepada anak-anaknya?
Saksikan lakonan Akhbar Azmi ini dengan dibantu Sheera Iskandar, Wan Maimunah, Hafizuddin dan Ozlyn Wati menerusi Fatimah Najwa yang disiarkan mulai 28 Ogos 2008, setiap Isnin hingga Khamis, jam 1.30 petang di RTM2.
Tags: Drama, RTMClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





August 28th, 2008 at 11:34 am
goo dgood
August 31st, 2008 at 3:42 pm
x sbr nk pose…
bwu ada smgt nk posa
klu ade drama2 cm nie…
May 3rd, 2009 at 4:38 pm
Assalamualaikum..
Cerita “FATIMAH NAJWA” ini memang sungguh menyentuh perasaan..selain itu lagu yang di mainkan juga turut menyentuh perasaan..oleh itu ada tak sesiapa yang tahu apa ‘Tajuk Lagu’ yang di mainkan serta nama ‘Penyanyi’ lagu tersebut..kepada sesiapa yang tahu tolong e-mail kan di alamat e-mail saya di ecah_chipmunks@yahoo.com..
kalau boleh, mintak pihat RTM memainkan semula drama tersebut..
August 23rd, 2010 at 12:44 pm
salam,
betul2 saya pun nak cari tajuk lagu 2…best betul… tiap2 pagi bangun awal sebab nak tgk drama ni. sesiapa tolong bagitau tajuk lagu tu….
August 24th, 2010 at 8:00 am
Salam..jalan citer dah best, pelakon die pun dah best,lagu pun dah sedap tapi 1 je yang tak berapa syok..x jumpe pun dalam internet nama penyanyi die Ros Hazli Nasir @ Cemeng dengan tajuk lagu Fatimah Najwa…pas 2 kenapa tak tayangkan pada waktu siang selain waktu sahur…maybe ada yang tak sempat tengok mungkin boleh tengok pada waktu siang…dan kenapa hanya pada bulan puasa sahaja hanya ditayangkan kenapa selain daripada bulan puasa tidak ditayangkan..harap pihat RMT pertimbangkan…
August 24th, 2010 at 8:05 am
knp citer ni x diupload di Youtube..dan knp lagu die x ade dlm snrai lagu2 d Malaysia..apa sbnrnye title lgu ni and apa nme penyanyi die…
August 25th, 2010 at 6:33 pm
cite nh tkde er kat youtube ? kalau ad pe tajuk diaa ?
August 26th, 2010 at 8:53 am
kalau x silap saya nama penyanyi & penulis lirik die Ros Hazli Nasir @ Cemeng & pencipta die Aiman Ainudin & tajuk lagu die Fatimah Najwa..tpi x pernah jumpe pun nama ni…
August 26th, 2010 at 10:28 am
best ar citer ni…pelakon sumer sempoi…
hero mmg nature aa karektor dia tu…
terbaik…jalan citer not bad…
bikin wa x sabar2 nak bgn sahur seawal mungkin…
wa caya lu all krew ‘fatimah najwa’…
August 26th, 2010 at 11:33 am
Memang favourite saya ngan suami, dr kul 5 hingga 6 pagi kat tv2, memang best..kdg2 tak sabar nak tengok…slot seterusnya…fatimah najwa..
August 31st, 2010 at 5:57 am
saya pun memang mencari lagu ini tapi tak jumpa, kalau ada yang terjumpa boleh bagitau saya ye! dan malangnya saya terlepas episod akhir semalam selepas saya mengikutinya dari awal, sayang betul. cerita ini bagus untuk ditonton bersama keluarga.
October 5th, 2010 at 4:52 pm
Sapa2 nak lagu tu bagi tahu sy ye… sy ada lagu tu..