in ,

Drama Excellent Pictures Tangga Teratas Program Aidilfitri

EXCELLENT PICTURES BERTERIMA KASIH ATAS SOKONGAN SEMUA.

Syarikat penerbitan dan pengedaran filem juga drama, Excellent Pictures, berterima kasih kepada semua pihak, stesen televisyen, media juga orang ramai, di atas sokongan produk terbitan syarikat ini, yang antaranya berjaya menduduki tangga teratas, program Aidilfitri tahun ini.

Terus mencetuskan fenomena, filem arahan Ahmad Idham dan dibintangi Zizan Razak, Juliana Evans dan Taiyuddin Bakar, Mael Lambong, mengungguli di tangga teratas, program Aidilfitri, yang ditayangkan di slot Terbaik Raya TV3, dengan mencatat jumlah tontotan setinggi 2.8 juta atau 47 peratus dari jumlah keseluruhan penonton.

Drama Excellent Pictures

Mengulas mengenai fenomena ini, pengarah juga penerbit, Ahmad Idham berkata, sambutan yang diterima untuk produk terbitan Excellent Pictures, seperti Mael Lambong, sudah boleh dijangkakan. Namun, mendapat sambutan sehingga menjadi program paling popular untuk musim perayaan, adalah diluar jangkaan.

“Ini semuanya dapat direalisasikan, atas sokongan semua pihak, iaitu stesen televisyen (TV3), rakan media yang sentiasa membantu memyebarluaskan maklumat berkaitan produk terbitan syarikat kami, juga, yang paling penting, sokongan penonton. Tiada kata yang mampu disebut, hanya ucapan jutaan terima kasih di atas sokongan,” jelas Idham lagi.

Terdahulu, Excellent Pictures dan pihak TV3 telah menjalinkan satu kolabrasi, yang telah menampakkan kejayaan besar, terbukti dengan produk yang dihasilkan, mendapat sambutan mengalakkan.

Kala diminta mengulas mengenai hal ini, kata Idham, ” Inilah kolabrasi yang diperlukan dalam industri hiburan (perfileman). Melalui promosi oleh pihak TV3 dan kami memberikan produk yang mampu menarik minat penonton, hasilnya cukup membanggakan.”

Ditanya, jika sambutan yang diterima ini, boleh memberi tekanan kepada dirinya, Idham menambah, “Ianya mungkin betul, ini akan memberi sedikit tekanan. Tetapi tekanan ini, membuatkan saya akan terus menghasilkan karya terbaik yang mampu memberi kepuasan kepada penonton.”

Untuk musim sambutan Aidilfitri yang lalu, filem terbitan Excellent Pictures, Jangan Pandang-Pandang, lakonan Zizan Razak juga ditayangkan dan mencatat jumlah tontonan, lebih dari dua (2) juta penonton. Selain itu, filem-filem arahan Ahmad Idham, seperti Jangan Pandang Belakang Congkak, Aku Masih Dara, Cuti-cuti Cinta dan banyak lagi, ditayangkan dan mendapat sambutan cukup mengalakkan.

Excellent Pictures juga terus mencetuskan fenomenanya tersendiri, apabila, selepas kejayaan Cintaku 120 km/j pada malam sambutan Aidilfitri yang lalu, Apa Celop Raya, mendapat sambutan hebat apabila mencatat jumlah tontonan 1.8 juta, yang ditayangkan pada malam sambutan Aidilfitri 2012.

Idham menambah,”Jenama Apa Celop, terus dikenali, diterima peminat dan menyebabkan ianya mampu mencetus satu fenomena baru. Dari drama bersiri Apa Celop, yang cukup diperkata, diteruskan dengan Apa Celop Raya, yang terus mendapat sambutan hebat. Dan, sebagai menghargai sokongan peminat, filem Apa Celop Toqq akan mula ditayangkan di pawagam bermula 25 Oktober nanti. Saya amat menghargai sokongan berterusan peminat jenama Apa Celop ini.”

Filem terbitan Excellent Pictures, Apa Celop Toqq, lakonan hebat Azad Jazmin, Taiyuddin Bakar, Intan Ladyana, Shenthy Feliziana dan buat julung kalinya, memperkenalkan Hazama Azmi, akan mula ditayangkan bermula 25 Oktober, sempena sambutan Aidil Adha nanti.

Jika, Hantu Bonceng, lakonan Zizan Razak, mampu mencetus fenomena apabila ditayangkan sempena sambutan Aidil Fitri tahun lalu, dengan kutipan sebanyak RM 5 (lima) juta untuk 5 (lima) hari tayangan, Apa Celop Toqq, mampu mencipta sejarah tersendiri apabila ditayangkan pada sambutan Aidil Adha tahun ini.

Excellent Pictures ingin berkongsi kejayaan ini bersama peminat dan penonton yang terus memberi sokongan yang tidak henti-henti, dengan menghasilkan karya yang mampu menawan hati penonton. Inilah caranya untuk kami, mengucapkan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan selama ini.

Untuk memberikan sebarang maklum balas ataupun informasi, boleh emailkan kepada [email protected], di twitter iaitu excellentpic_my atau layari www.excellentpictures.com.my.

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

Drama Excellent Pictures

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Travel Review Holiday Inn Resort Phuket

Rumah Terbuka Rempit United Prihatin