in

Drama Cita & Cinta

Sekali lagi TV9 membawa drama bersiri terbaru hasil karya Azma Aizal Yusoof iaitu Cita & Cinta yang mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menyusuri suka dan duka kehidupan, cinta dan masa depan. Mereka juga terpaksa menempuh pelbagai isu remaja pada masa kini seperti cara pergaulan, pembelajaran, fesyen dan stail, identiti diri dan banyak lagi. Mampukah mereka mengatasi segala rintangan demi mencapai cita-cita yang diimpikan selama ini?

Penerbit: Fazli Hj Baharom & Shahrulezad Mohameddin
Penulis skrip: Eenaz Mokhtar
Pengarah videografi: Hassan & Pali Yasir
Pengarah; Azma Aizal Yusoof

 

image001

Hari ini merupakan hari yang pertama pengambaran drama ini.

Bintang Cita & Cinta yang akan turut mewarnai drama ini adalah Sharifah Amani, Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Kefli Idir, Izzue Islam, Chomel Fana dan Sherie Merlis.

CITA & CINTA adalah merupakan drama bersiri remaja yang berkonsepkan ‘feel good drama’ ini mengisahkan kehidupan lima remaja yang berusia awal 20-an yang tinggal di Kuala Lumpur.

Drama ini mengupas segala isu yang berkaitan remaja masakini seperti pergaulan, komunikasi, pembelajaran, fesyen, percintaan, kecelaruan gender dan lain-lain permasalahan yang dihadapi remaja di masa kini.

Drama Cita & Cinta akan mula disiarkan pada 21 April Cita & Cinta (Slot Aurora) di TV9.

Katanya drama ini diinspirasikan dari drama remaja Hollywood, drama berkonsep urban yang masih mengekalkan unsur kemelayuan ini membawa penonton menyusuri hati sekumpulan remaja yang terpaksa bergelut dengan pelbagai cabaran apabila tidak diberi peluang mengembangkan kebolehan mereka.

Tambahan lagi nampaknya Pelakon dan pengarah Azma Aizal Yusoof ini kini sedang bercinta dengan pelakon Sharifah Amani. Pelakon remaja Sharifah Amani yang dulu dikatakan sedang bercinta pelakon Merong Mahawangsa, Marcus atau Gavin Stenhouse nama sebenarnya telah lama berpisah sejak awal September tahun lalu kerana kesibukan kareer masing masing.

sharifah-amani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Megaquake History Asia

Siaran Ulangan Peringkat Akhir Adik Adikku Musim 2