in

Siaran Ulangan Peringkat Akhir Adik Adikku Musim 2

Siaran Ulangan Peringkat Akhir Adik-Adikku Musim Ke-2 Pada 23 April 2011 (Sabtu), Jam 9.00 Malam Di TV1

Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang sememangnya peka dengan kehendak penonton setia salurannya memberikan peluang keemasan kepada penonton-penonton cilik seisi keluarga yang terlepas peluang menonton Pertandingan Akhir Rancangan Realiti TV “ADIK-ADIKKU” musim kedua untuk menyaksikannya pada hujung minggu ini, 23 April 2011 (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.

Adik Adikku

Pertandingan yang telah berlangsung pada 21 Mac 2011 lalu itu menyaksikannya bersiaran secara langsung dari Dewan B, Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) anjuran pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) ini dihadiri tetamu kehormat isteri Perdana Menteri; Y.A.Bhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Mejar Jeneral Dato’ Seri Jamil Khir Baharom dan timbalannya; YB Senator Dato’ Dr Mashitah Ibrahim serta Ketua Pengarah JAKIM; Y.Bhg. Dato’ Wan Mohammad bin Dato’ Sheikh Abdul Aziz.

Program realiti TV yang dimulakan sejak tahun lalu ini bertujuan memaparkan karisma kanak-kanak bagi mencungkil bakat yang boleh dibina dalam diri mereka serta dapat mendorong membentuk jati diri dan istiqamah dalam kepimpinan kanak-kanak.

Tujuh peserta pertandingan akhir program “Adik-Adikku” musim kedua ini adalah Muhammad Amirul Munir Azlin, 9, Muhammad ‘Ammar Mukhlis Abd Mohsin,12, Zaid Najmuddin Zul Akmal, 11, Muhammad Abdussalam Mohd Nidzomuddin, 11, Syafiqah Fasiha Ahmad Safri, 11, Siti Nur Alia Safri, 11 dan Iffah Ahmad Hilmi, 11.

Kesemua peserta tersebut adalah antara yang terpilih daripada 16 orang peserta yang telah disaring oleh JAKIM dan telah menerima latihan dan bimbingan para murabbi dan ra’es selama hampir sebulan bermula 27 November hingga 25 Disember 2010 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM), Bangi.

Masing-masing akan memperlihatkan bakat dalam bidang keagamaan selain memperlihatkan kemampuan berpidato, malah bertaranum, azan bagi peserta lelaki dan nasyid. Malah majlis ini turut diserikan persembahan nyanyian tetamu undangan khas, Datuk Siti Nurhaliza.

Untuk menyaksikan bagaimanakah bakal pelapis penceramah agama berbakat di negara kita mempertaruhkan bakat masing-masing, pastikan anda meluangkan masa menyaksikannya pada 23 April 2011 (Sabtu), jam 9.00 malam di TV1.

Adik Adikku

Adik Adikku

Adik Adikku

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama Cita & Cinta

Ayu Raudhah dalam Telemovie PABILA SYAITAN BERBISIK