in

Dokumentari Suatu Ketika… Pos Dipang di Astro Prima

Dokumentari Suatu Ketika…POS DIPANG
di Astro Prima Oktober ini

Astro meneruskan lagi inisiatif dan komitmennya dalam memberi sokongan terhadap memperkukuhkan nilai-nilai sejarah di kalangan rakyat Malaysia dengan mempersembahkan sebuah lagi dokumentari hebat menerusi platform Suatu Ketika yang berjudul ‘Suatu Ketika… Pos Dipang’ pada bulan ini.

Menurut Pengurus Saluran Astro Prima, Encik Nizam Sani, ”Pada setiap bulan, kami memilih sebuah tajuk dokumentari  yang dilihat sesuai untuk dikongsi bersama-sama para penonton. Setakat ini, kami mendapat maklum balas yang positif daripada orang ramai tentang inisiatif yang kami usahakan semenjak tayangan sulung dokumentari di platform Suatu Ketika berjudul ‘Suatu Ketika…Rosli Dhoby’. Dokumentari ‘Suatu Ketika…Rosli Dhoby’  juga berjaya mendapat Anugerah Dokumentari Ilmiah Terbaik di Festival Dokumentari Malaysia 2009 baru-baru ini.

Di dalam setiap dokumentari yang dihasilkan, kami akan berusaha untuk mendapatkan input yang lengkap serta temuramah daripada mereka yang pernah terlibat secara langsung dengan kejadian yang dipaparkan bagi menghidupkan lagi dokumentari pilihan. Temuramah dan pengalaman yang diceritakan oleh mereka yang pernah terlibat dalam setiap kejadian ternyata berjaya memberi impak yang lebih mendalam kepada para penonton bagi menyelami sendiri kejadian yang pernah berlaku.

Bagi menjayakan dokumentari ’Suatu Ketika…Pos Dipang ini, kami berjaya mendapat kerjasama daripada mangsa kejadian banjir lumpur itu sendiri bagi menceritakan detik-detik cemas semasa kejadian. Bukan itu sahaja, kami juga berjaya menemuramah pasukan penyelamat yang bertugas seperti Tentera DiRaja Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia dalam operasi menyelamat mangsa banjir itu sendiri. Temuramah ini dilakukan ekslusif bagi menjayakan dokumentari ini

Di akhir dokumentari ini, para penonton diberi peluang untuk membuat konklusi tersendiri sama ada kejadian yang pernah berlaku ini berpunca daripada kerakusan sikap manusia yang tidak prihatin atau disebabkan oleh kejadian alam yang tidak boleh dielakkan.”

Dokumentari ini akan memaparkan bagaimana kerakusan manusia, membawa kebinasaan kepada insan lain. Tragedi Pos Dipang (1996) merupakan antara tragedi yang meninggalkan sejarah hitam kepada negara, sepanjang sepuluh tahun kebelakangan ini, malahan mendapat liputan meluas semua pihak. 

Bencana alam datang dalam pelbagai bentuk dan saiz. Ada sesetengah bencana ini boleh dijangkakan manakala sebahagian lainnya tidak. Inilah yang berlaku di Pos Dipang, Kampar, Perak. Tragedi banjir lumpur yang secara tiba – tiba berlaku pada 29 Ogos 1996, kira-kira jam 6 petang yang mengorbankan 44 mangsa .

Dokumentari ini juga turut memaparkan kisah penderitaan dan juga trauma penduduk orang asli setempat terhadap peristiwa ini dan juga mengenal pasti siapa yang harus dipersalahkan, sehingga terjadinya tragedi ini.  

Kerja – kerja pembalakan yang telah berleluasa disitu, yang kemungkinan besar menjadi punca utama tragedi lumpur ini.

Berbeza pula pendapat penduduk tempatan (orang asli) mengatakan bahawa kejadian tersebut dipercayai adalah satu bala. Dokumentari ini akan menyajikan kesan peristiwa hitam ini yang telah merubah kepercayaan dan sosio budaya penduduk orang asli di situ.

Bagi memberi kefahaman yang lebih mendalam tentang sejarah yang disiarkan dalam bentuk dokumentari, kisah dan tragedi tragedi Pos Dipang ini juga diceritakan dalam bentuk yang lebih fiksyen iaitu drama bersiri 8 episod yang berjudul ’Korban 44’.

’Korban 44’ dijayakan oleh pelakon-pelakon hebat seperti Marsha, Farid Kamil, Mubarak Majid, Razak Ahmad, Rozie Rashid, Dian P.Ramlee, Azhar Sulaiman dan ramai lagi di Astro Citra.

Jangan lupa untuk saksikan dokumentari hebat ’Suatu Ketika…Pos Dipang’ pada hari Ahad ini, 4 Oktober 2009, jam 6.30 petang di Astro Prima dan 8 buah episod drama bersiri yang akan menceritakan semula kejadian sebenar dalam bentuk fiksyen dan membawa penonton mengimbau kembali Tragedi Pos Dipang yang pernah berlaku berjudul ’Korban 44’ di Astro Citra pada setiap hari Rabu & Khamis, jam 9.00 malam bermula pada 7 Oktober.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah Skrin 2009

Gambar Fida di Majlis Pelancaran Single Terbaru IN HEART