in

Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER

Antara band indie yang turut bersama-sama dengan rombongan Xpresi Kembara – RTM bersantai di Pulau Perhentian Kecil ialah kumpulan yang menggelarkan diri mereka COUPLE.

Kumpulan COUPLE ini yang terdiri daripada Aidil (vokalis), Ariana (gitaris), Shahrin (drummer) dan Masrin (pemain bass). Ditubuhkan pada tahun 1995 yang bermula semasa mereka masih belajar di kolej. Couple mengetengahkan muzik berkonsepkan Power Pop. Lagu diorang ni lebih kurang macam The Beatles tapi lebih muzik lebih ganas sikit.

Couple pernah ke Cameran Highland untuk rakaman Xpresi Kembara. Akan datang, dengarnya, Couple akan mengikuti sesi rakaman Xpresi Kembara di Pulau Tioman.

Terbaru, Budiey dikhabarkan oleh vokalis Couple yang mana lagu mereka yang berjudul Now That I Can See akan digunakan dalam filem antarabangsa berjudul SUPER arahan James Gunn lakonan Ellen Page dan Rainn Wilson. Filem ini bakal ditayangkan 1 April 2011 di Los Angeles dan New York. Filem Super diedarkan oleh IFC Films.

Filem ini mengisahkan tentang remaja yang tiada power tapi nak jadi super hero. Lebih kurang macam Kick Ass tapi kurang imaginasi. Lagu Now That I Can See yang menjadi salah satu dari 11 buah lagu ini akan dimuatkan dalam album Soundtrack. Album ini bakal memasuki pasaran pada 29 Mac 2011 yang diedarkan Lake Shore Records.

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Aidil bersama Ariana di Pulau Perhentian

Aidil Couple menerima email dari pengarah James Gunn yang berminat dengan lagu ini melalui MySpace pada tahun 2008. Menganggap ini satu rezeki dan tuah, Aidil terus menerima pelawaan James Gunn. Pada mulanya agak terkejut dan seperti tak percaya, Aidil sangat gembira dengan tawaran ini. Sekaligus beliau mengharapkan nama Couple akan lebih dikenali di luar negara dan juga di Malaysia.

Sebelum ini, X-box juga ada mengambil lagu Now That I can See untuk dimasukkan dalam trailer dan pilot episod.

Lagu Now That I Can See dicipta dan ditulis sendiri oleh Aidil ini menceritakan tentang pasal agak cinta dan kehidupan. Namun, maksud dan pengertian lagu ini agak subjektif.

Budiey ucapkan tahniah kepada Couple atas kejayaan ini.

Kenali COUPLE dengan lebih dekat melalui Twitter: @wearecouple, Myspace Couple, facebook: WeAreCouple dan blog Couple.

Klip sedutan dari filem SUPER semasa scene dari watak Crimson Bolt & Boltie (Rainn Wilson & Ellen Page)

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?

Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian