in ,

Adakah Benar Gosip Bunkface Berpecah?

Minggu lalu, Budiey ada terbaca gossip di akhbar yang mengatakan kumpulan Bunkface telah berpecah. Ini berikutan dari kenyataan vokalis Bunkface, Sam atau Shamsul Annuar Bahron yang mengatakan beliau kini sibuk bersama dengan sebuah kumpulan band indie, The Azenders. Khabar angin juga mengatakan tempat Sam akan digantikan oleh seorang vokalis dari sebuah kumpulan band indie.

Budiey mulanya melihat khabar angin ada benarnya setelah mendapati Sam tidak hadir bersama dengan dua anggota Bunkface yang lain iaitu Youk dan Paan semasa rombongan ke Pulau Perhentian bagi menjayakan rakaman Xpresi Kembara. Yang hadir bersama Youk dan Paan ialah artis di bawah naungan Bunkface Productions iaitu Mior atau nama sebenarnya, Mior Luqman Hakim Mohd Zain.

Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

Meor bersama Youk semasa sesi snorkling di Pulau Perhentian semalam.

Semasa di Majlis Santai Media & Pelancaran Xpresi Kembara musim terbaru yang diadakan di Pulau Perhentian Kecil semalam, desas-desus mengatakan Bunkface telah berpecah telah dinafikan oleh Youk dan Paan. Kata mereka, itu cuma rumors dan pihak Bunkface masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi tentang Sam keluar dari Bunkface.

Antara sebab timbulnya gossip ini adalah kerana mungkin kebelakangan ini, Sam dilihat bersama kumpulan lain di mana Sam ada projek band bersama kumpulan itu yang kini sedang sibuk berada di studio untuk merakam album. Selain itu, Sam juga sedang sibuk dengan pertandingan Hard Rock Calling anjuran Hard Rock Cafe,

Kerana sibuk dengan projek band dan sedang merakam album, Sam tak dapat datang bersama Bunkface di Pulau Perhentian.

Youk dan Paan menafikan mereka dan Sam bergaduh dan ada isu dalaman. Hubungan mereka masih lagi baik.

Bunkface juga turut menafikan akan mengambil Meor, artis residen Bunkface Productions sebagai vokalis menggantikan tempat Sam.

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

jangan salah sangka ya, ini bukan grup Bunkface yang terbaru. Meor (dua dari kiri) cumalah artis residen Bunkface. Tiga dari kiri tu, PR Bunkface bernama Peah.

Memetik kata Paan, ini semua adalah satu dugaan bagi Bunkface, mungkin ada hikmah. Kalau Tuhan kata esok Bunkface berpecah, kami akan berpecah. Ini semua bergantung pada takdir Tuhan. Namun, kalau boleh mereka tak nak ini berlaku kerana Bunkface sudah ada nama dan masih terikat dengan komitmen yang lain. Ternyata, Youk dan Paan rasa sangat sayang dan belum tiba masanya untuk mereka berpecah.

Kata mereka, sekiranya berlaku juga pertukaran vokalis ia tidak berlaku pada pada masa terdekat ini memandangkan Bunkface masih lagi terikat dengan kontrak bersama dengan beberapa buah syarikat sebagai duta.

Apa-apa pun, perkara ini akan diselesaikan dengan cara baik. Satu sidang media akan diadakan tak lama lagi untuk memberitahu tentang hal ini.

Bunkface kini mahu lebih fokus kepada pembikinan album selain akan membuka sebuah studio mereka sendiri dan butik baju di Subang Jaya. Selain itu juga Bunkface akan menubuhkan satu production TV yang akan menerbitkan drama dan program TV.

Gambar Bunkface di Pulau Perhentian – Xpresi Kembara

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Xpressi Kembara Perhentian Day 2

Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

Snorkeling Xpresi Kembara Day 2

What do you think?

73 points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Gambar Xpresi Kembara Pulau Perhentian Day 2

Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER