in , ,

Majlis Pelancaran Xpresi Kembara Pulau Perhentian

MAJLIS SANTAI MEDIA DAN PELANCARAN MUSIM BARU XPRESI KEMBARA DI PULAU PERHENTIAN

Buat pertama kali program remaja yang berbentuk travelogue Xpresi Kembara terbitan Unit Majalah Dan Dokumentari (HEA RTM) kini melancarkan musim baharu setelah masuk tahun ke-3.

Kali ini pasukan dan krew penerbitan Xspresi Kembara memilih Pulau Perhentian sebagai destinasi percutían untuk mengadakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Baharu Xpresi Kembara.

Majlis yang turut dihadiri band berkumpulan dan penyanyi solo ini telah diadakan pada 22 Februari 2011 ( Selasa ) jam 8.30 malam bertempat di Shari-La Island Resort dan dilancarkan oleh Puan Norliza bt Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV.

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Turut hadir menyempurnakan majlis ialah Encik Sheirman Rofaisal Dato’ Haji Shazula selaku Pengarah Kumpulan Shari – La Island Resort. Majlis pelancaran disempurnakan dengan gimik pelancaran musim baharu Xpresi Kembara dan persembahan artis.

Xspresi Kembara bukanlah asing lagi bagi penonton setia Radio Televisyen Malaysia (RTM) terutama di kalangan remaja yang menjadi pengikut setia artis-artis indie tanah air.

Apatah lagi Xpresi Kembara merupakan program tonggak RTM yang bakal menarik golongan muda khususnya remaja dengan menggabungkan elemen muzik band band indie ini dengan tempat tempat menarik di seluruh negara.

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Selain mempromosikan artis-artis baru dalam bidang muzik industri hiburan tanah air, program ini juga turut menyumbang ke arah kemajuan sektor pelancongan dalam negara di samping memberi ruang kepada peminat peminat muzik indie mengenali artis kegemaran mereka dengan lebih dekat lagi.

Malah program ini juga menonjolkan penglibatan artis dengan persekitaran serta mengajak penonton mengenali budaya masyarakat dan warisan yang dilihat menyokong kempen Cuti-Cuti Malaysia yang diuar-uarkan pihak kerajaan.

Musim baharu Xpresi Kembara kali ini memberikan persembahan yang lebih segar dengan montaj baru serta akan menampilkan artis solo tempatan yang turut sama menyertai penggembaraan dan percutían di serata tempat menarik semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak.

Apa yang menariknya, program ini juga tidak ketinggalan mengikuti persembahan artis tempatan ke luar negara terus dapat mengangkat industria muzik Malaysia di mata dunia.

Sebagai memberi penghargaan buat penonton yang sentiasa menyokong program ini, krew penerbitan Xpresi Kembara akan membawa para media dan artis yang terlibat dalam pembikinan Xpresi Kembara ke Majlis Santai Media sambil bercuti di Pulau Perhentian selama 3 hari 2 malam mulai 21 Februari hingga 23 Februari 2011.

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

6ixth Sense

Seramai 50 orang ahli rombongan yang terdiri dari wakil media cetak serta sokongan muzikfm, muzik aktif dan [email protected], krew penerbitan dan artis antaranya Azlan and The Typwriter, Aizat and Band, Black, Bunkface, Sixth Sense, Couple dan Liyana Fizi turut sama-sama menyertai penginapan di Shari-La Island Resort.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan antaranya menyelam ( snorkeling ), sukaneka, BBQ , karaoke dan permainan bola tampar. Pastinya percutían 3 hari 2 malam ini bakal meninggalkan kenangan manis buat semua tenaga penerbitan Xpresi kembara khususnya dan rakan-rakan media serta artis.

RTM mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan terima kasih terutama Shari-La Island Resort selaku penaja utama yang menyediakan peninapan termasuk makan dan minum dan sumbagan hadiah dari para penaja antaranya Pusat Pakaian Hari Hari, Pemaisuri Resort , Johor Cooperation, McDonald’s, San Franssisco Coffee, The Brains , Nike dan Melaka Wonderland yang sudi menjayakan Majlis Santai Media dan Pelancaran Musim Baharu Xpresi Kembara.

Seperti musim yang lepas, program Xpresi Kembara mengekalkan konsep asalnya dengan menyiarkan pada setiap Sabtu jam 11.30 pagi di TV1 dan ulangan pada jam 12.00 tengahari di saluran Muzik Aktif 180 ASTRO.

Walaubagaimanapun, siaran Xpresi Kembara musim baharu ini dilihat usaha terbaik bagi memberikan peluang kepada lebih ramai penonton meluangkan masa berkongsi pengalaman dilalui artis kegemaran mereka ini.

Jangan lupa janji temu anda menyaksikan Xpresi Kembara musim baharu bersama barisan beberapa artis indie dan solo ini beraksi pada setiap Sabtu, jam 12.31 tengah hari di TV1.

Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Penerbit Xpresi Kembara – Hani

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Encik Sheirman Rofaisal Dato’ Haji Shazula selaku Pengarah Kumpulan Shari – La Island Resort

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Puan Norliza bt Mohamad Ali selaku Timbalan Pengarah Seksyen Produksi TV

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Liyana Fizi

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Black & Ean, pengacara INTREND

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Aizat

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Lan & The Typewriter

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Mior – artis di bawah pengurusan Bunkface Productions

Xpresi Kembara RTM Pulau Perhentian

Mior buat persembahan bersama Bunkface

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Lagu COUPLE Sountrack Filem James Gunn SUPER

Senarai Finalis Hard Rock Cafe Battle Of The Band