Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Black Juara Mentor Musim Ke-3



Tahniah Black atas kejayaan muncul sebagai juara Mentor musim ke-3!

Mentor 3

Sebaik diumumkan muncul sebagai juara, Black mematahkan rotan yang sering digunakan mentornya, Mas Idayu sepanjang tempoh tiga bulan lalu – foto kredit: mstar

Protege kepada penyanyi dangdut Mas Idayu, iaitu Hanifah Md.Hanafiah atau Black menepati ramalan ramai apabila muncul sebagai juara Mentor musim ketiga, pada peringkat akhir program itu yang berlangsung di Auditorium MBSA, di sini, malam tadi.

Mentor 3

Peserta berusia 22 tahun itu berjaya memungut peratusan tertinggi iaitu 75 peratus sekaligus membawa pulang hadiah lumayan berupa wang tunai sebanyak RM100,000 dan kereta Kia Spectra 5 tajaan Oriva, manakala mentornya, Mas Idayu juga meraih RM100,000.

Camellus De’lelli Anam atau Chaq bersama mentornya, Ajai, pula muncul sebagai pemenang tempat kedua dengan markah sebanyak 52.8 peratus dan masing-masing berjaya meraih wang tunai sebanyak RM30,000. Chaq yang sepatutnya tersingkir minggu lalu kerana menerima peratusan terendah telah diberi peluang untuk kembali beraksi di pentas akhir, dan ternyata tuah tetap menyebelahinya apabila merangkul tempat kedua program ini.

Barisan mentor dan protege peringkat akhir (dari kiri) Fira, Lah, Black, Mas, Chaq dan Ajai

Turut berentap pada peringkat akhir Mentor 3 ini Hunanis Zafira Huzaini atau Fira yang merupakan protege kepada Lah Ahmad. Fira hanya mampu meraih kutipan markah sebanyak 35.6 peratus, namun masing-masing tetap menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM10,000.

Mentor 3

Markah persembahan setiap peserta ditentukan oleh juri profesional sebanyak 50 peratus, undian SMS penonton 30 peratus dan 20 peratus lagi ditentukan oleh juri awam yang antaranya terdiri daripada wartawan serta pelajar-pelajar institusi pengajian tinggi.

Mentor 3

Juri-juri profesional yang diundang ialah komposer dan pemuzik, Acis, Zainal Abidin dan penyanyi hip-hop popular dari Singapura, Sheikh Haikel.

Mentor 3

Persembahan peringkat akhir malam tadi menyaksikan setiap peserta membuat persembahan menerusi tiga segmen iaitu secara solo, bersama artis undangan serta lagu baru hasil ciptaan komposer tanahair.

Black yang sentiasa menerima markah tertinggi saban minggu, terus mempamerkan persembahan hebat menerusi lagu medley Jeritan Batinku, Jangan Kau Mimpi dan Nakal; Aku Rindu Sayang Kamu (lagu baru ciptaan Uzai) serta Di Alam Fana Cinta dan Sinar yang merupakan duet bersama Mus dan Shamrin.

Mentor 3

Chaq pula menyampaikan lagu baru ciptaan Ajai sendiri, Penjelasan 1per1, medley Tapi Bukan Aku dan Revolusi serta duet bersama adiknya, Stacy AF6 menerusi lagu Aku Cinta Aku Rindu, Jai Ho dan Boom Boom Pow.

Fira telah membawakan lagu Atas Nama Cinta, Mentera Semerah Padi dan Joget Berhibur; duet bersama juara Gang Starz musim kedua, One Nation Emcees menerusi lagu Hurt, Spin Me Right Around dan Don’t Stop The Music serta sebuah lagu baru ciptaan Sharon Paul berjudul Bukan Niatku.

Dalam pada itu, Black yang ditemui pada sidang media sejurus berakhirnya program itu melahirkan rasa bersyukur dengan kemenangannya itu.

Mentor 3

“Saya berterima kasih kepada keluarga dan penyokong yang membawa saya hingga ke tahap ini, serta kepada Mummy (Mas Idayu) yang memilih saya sebagai protege atas dasar bakat.

“Insya-allah, saya akan cuba menjadi seorang penghibur yang serba boleh dan akan turut mengambil kira apa yang penyokong atau peminat mahukan,” kata Black yang juga akan mengikat kontrak bersama syarikat rakaman Monkey Bone selama setahun.

Mentornya, Mas Idayu juga menyuarakan perasaan gembiranya setelah menyaksikan kejayaan Black, meskipun sepanjang tempoh tiga bulan mendidik protegenya itu, ada pihak yang mempersoalkan teknik pengajarannya yang menggunakan rotan.

Mentor 3

“Nampaknya berbaloi apa yang saya buat ini, iaitu menggunakan cara orang-orang tua mengajar anak-anak mereka dengan menggunakan rotan. Saya sendiri sebenarnya ada berjumpa bapanya dan bertanya sama ada dia setuju saya mendidik Black dengan gunakan rotan. Tetapi keluarganya tidak kisah apa yang saya buat ini kerana sampai sekarang pun, Black masih dididik seperti itu. Apapun, halatuju saya dalam Mentor ini ialah untuk jadikan Black sebagai juara, selain ingin melihat dia menjadi peserta yang serba boleh. Dan terbukti dia mampu lakukan. Saya juga sebenarnya bangga kerana berjaya menjadi mentor wanita pertama memenangi program ini,” kata Mas.

Zainal Abidin dan protegenya, Pija adalah juara Mentor musim pertama, diikuti oleh Fiq dan mentornya, Amy Search yang muncul sebagai juara Mentor musim kedua. [sumber]

Mentor 3

Mentor 3

Mentor 3

Tags: , , , , , ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Siapa Mentor Musim Ke-6
  • Siapa Mentor & Protege Untuk Realiti TV Mentor Musim Ke-3?
  • Rakaman Mentor Raya 2011 Musim 5
  • Top 5 Muzik Muzik Separuh Akhir Minggu Ke-2
  • Mentor Mas Idayu, Mus, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Azmeer & Joe Flizzoe
  • Sesi Memperkenalkan Protege Mentor Musim Terbaru
  • Black Mentor Pasang Anganan Drama King & Sofea Jane Menang AJL25
  • Gambar Black Tayang Body di Pulau Perhentian
  • Ziana Zain Mas Idayu Rakaman Raya Mentor 4
  • Gambar Black Mentor Terima Hadiah & Rakaman Mentor Raya



    • NONA

      tahniah black n mas idayu…aku dah agak dah….tk dinafikan yg black bagus…suara dia unik..dan ada kekuatan sendiri..versatile..serta tk terikut2 dgn cara org lain…

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      hmm…lama betoi ceq tak menaip kat blog En. Budiey neh ..tahniah la black, ang menang mentor…leh kawan ngan fiq…hehe…buat duet pun ok gaks…hmm…tapi malam tadi awat bila diumumkan sebagai pemenang, terus peluk mentor dia si mas idayu tuh…kang satu hal lagi jadi kontroversi nabil-irma…memadai dengan cium tangan mas idayu jaa, sudah laa…tapi takpa laa…mungkin exited kott…sampai terlupa la plak…

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      chaq cam akim AF7 la plak…leh jadi kembaq neh…hehe

    • http://sudippanas.blogspot.com Aliza

      tahniah buat black, teruskan usaha anda utk menjadi penghibur yang lebih hebat..

    • http://sudippanas.blogspot.com Aliza

      Aku pun perasan semalam yg chaq nampak cam akim kan….

    • orangkuatgua

      Starchat bersama BLACK-Juara Mentor3 & Mas Idayu. Hari Ini. LIVE webcam. 3.30 ptg di http://www.gua.com.my/starchat

    • buzz

      aku pelik le…mentor musim pertama bukan nora n protege die, nabil yg menang ke? nap xmention eh? ni asyik mention mentor 1st ialah pija n zainal abidin…anyone?? aku yg slh ke? hahahaha

    • RedRoSe

      Buzz.. ko yg slh laa… Pija juara musim pertama.. Nabil naib juara.. I like Black’s performance…tak membosankan langsung… Chaq x kurg hebatnya.. Cuma personality Chaq bnyk dbygi oleh Stacy adiknya..Dz jz my opinion..

    • http://www.yahoo.com choco gurlz

      a’a aliza. bila dia menari rancak dengan muka yang terlindung kat rambut, persis akim la plak…dah jadi trend dah pesen rambut akim neh…hmm…buzz, agaknya terlepas pandang kot…itu yang tak tersebut tuh…

    • http://- XNCHEM>>>>>

      good luck black…… went u want prepare concert for all your supporter

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      buang duit..produce nothing but sampah..
      menyemak jer….tapi at least black menang kire ok la… dri mereke yg perasan “bijak” tuhhhh…..

    • white_black

      Aku slh seorg peminat yg TERlewat tgk prgram Mentor3.Mule2 Mentor3 start aku xfollow sgt.Tp adik aku asik2 puji Black..asik2 puji Black.Aku yg heran ni tertanya tnya jgk dlm ati apesal la adik aku minat sgt kt Black tu.Last2 dipendekkan ceter,mase minggu grup B perform,time tu Black feat Evo nyanyi lagi SRIKANDI CINTAKU.Time tu aku dlm bilik,telinger aku dpt tgkap KELUNAKAN suara yg bernada tinggi tu.Aku pn keluar bilik n tnye kt adik aku sape yg nyanyi nada tinggi tu?Adik aku jwb,”itulah Black Longggg…tu la ko Long, mulo2 mentor start lg aku dh ckp sogho Black ni sodap ekau tak cayo ckp den”..so, mulai saat tu (lps dgr Black nyanti lagu Srikandi Cintaku), aku pn berminat follow story pasal Black.Paling aku suke tgk die time nyanyi HITAM MANIS – comey sgt tgk lenggok die wpun perform sorg d pentas.Biler Black juare…aku lah salah sorang pengundinyer…hehehe…jgn mare…pjg sgt ceter aku kan…

    • miza

      Tahniah Black!

    • dIrA

      hye,congrate abg black..suare abg mmg best..
      ptt pown abg dpt tmpt pertama..
      Abg dpt kete an, ley bwk sy jln2..hehe.grau jewp..
      K,lorh daa..tke cre..

    • http://yahoo aTIE_86

      taniah buat black….
      tiap2 mggu aku tgk mentor smpi la akhirnye black dah menang..
      xsia2 tgk mentor cz aku taw black pasti menang…hope black dapat
      tempuhi segala dugaan setelah bergelar artis skrg…
      suara black memang power…

    • ameq

      mcm 2 laa yg kta naak taniah!!!pada black !

    • http://sciencegirlz ilham

      sepatutnya firayang berhak mendapat tempat temopat pertama

    • nazri

      tahniah black dan sifu kak mas…..moga kau orang akan dapat menaikkan lagi martabat industri muzik tanah air

    • AMIN

      first sekali saya nak ucapkan congratulation for black dan mama mas.saya memang minat gila dengan dengan black n mama mas punya show yang berduet lagu madah berhelah,

    • gurl black

      tahniah black….

      Tapi!!!!!!!!!!!!!!! ingat jgn timbulkan byk kontroversi.x suka tau…semua org x suka..just be urself.wish u gud luck

    • tinacute

      i like u abg black..ade ym x??tolong bg please??

    • zulaika

      congratulations..i love u black..i hope u success n dont forget me..wish u gud luck..muaaaaahhhhhh



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK