in ,

Otai Masih Berbisa! Mas Idayu Buat Tekaan Tepat dalam ICSYVMY2

Episod terbaharu program I Can See Your Voice Malaysia 2 (ICSYVMY2) sekali lagi hangat diperkata-katakan oleh warganet (netizen) di Malaysia, apabila ramai terhibur dengan gelagat lucu Ratu Gelek Malaysia iaitu Mas Idayuyang hampir terpedaya oleh Jihan Muse!

Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai ‘Mami’ telah hadir sebagai artis jemputan pada hari Ahad lepas, dan turut disertai oleh Elly Mazlein serta Aman Ra sebagai penyiasat jemputan. Di pusingan ketiga, Jihan, Aman Ra dan Elly Mazlein diberi tanggungjawab untuk mempertahankan seorang penyanyi misteri selepas mendengar rakaman suara sebenar penyanyi misteri secara individu. Setelah selesai berbincang dengan panel penyiasat, Mami telah membuat keputusan untuk menyingkirkan ‘Seniwati Makanan’ (Faiqah Syahirah Binti Abu Chik) yang merupakan seorang penyanyi sebenar,lantas ini memberi peluang kepada ‘Teh Tarik Satu’ (Khairul Azmy Bin Suhaimi) untuk mara ke pusingan seterusnya.

Mas Idayu atau lebih dikenali sebagai ‘Mami’ telah hadir sebagai artis jemputan pada hari Ahad lepas

Selepas mendengar rakaman suara sebenar Khairul Azmy, Jihan telah cuba sedaya-upaya untuk mempertahankannya daripada tersingkir dengan menyatakan bahawa dia memiliki suara yang sedap.

Namun, komen padu Jihan langsung tidak berjaya mempengaruhi Mas Idayu yang tetap dengan pendiriannya untuk menyingkirkan Khairul Azmy. Setelah Khairul Azmy mendedahkan suara sebenarnya, Mami terus bangun lalu “menyerang” Jihan kerana menipu.

Turut disertai oleh Elly Mazlein serta Aman Ra sebagai penyiasat jemputan.

Keputusan Mami untuk singkirkan Khairul Azmy dan memilih untuk berduet dengan ‘Melodi Terindah’ (Norafheda Binti Madrigal)ternyata membuahkan hasil kerana dia merupakan salah seorang penyanyi sebenar yang bersaing dalam episod kali ini.

Mendendangkan lagu berjudul “Senggol Senggolan, Cubit Cubitan”, ramai yang terpegun dengan persembahan duet antara Norafheda dan Mami itu.

‘Teh Tarik Satu’ (Khairul Azmy Bin Suhaimi)

Dengan itu, Norafheda berjaya mendapat tiket emas untuk membuat persembahan di Showcase ICSYVMY2.

Terdahulu, Mami telah menyingkirkan ‘Mr. Tak Ada Masalah’ (Mohd Fazril Bin Ariffin) di pusingan pertama. Bak kata Shuk, ini merupakan kesilapan pertama yang dibuat oleh Mami kerana Fazril sememangnya mempunyai bakat menyanyi. Memasuki pusingan kedua pula, dua lagi penyanyi misteri iaitu ‘Bukan Popia Biasa’ (Muhammad Nasrullah Bin Abdul Ghani) yang juga merupakan seorang penyamarserta penyanyi sebenar ‘Lagenda Klasik’ (Mimi Noor’ain Binti Ridzuan) terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada pentas ICSYVMY2 kerana persembahan lip-sync mereka tidak berjaya meyakinkan Mami.

‘Melodi Terindah’ (Norafheda Binti Madrigal) dan Mas Idayu berduet

ICSYVMY musim kedua dihoskan oleh dua pengacara yang sememangnya lucu dan pasti membuatkan penonton tidak kering gusi iaitu Shuk Sahar dan Sean LJE. Manakala tugas sebagai “penyiasat tetap” pula masih lagi digalas oleh Jihan Muse, Mark Adam dan Seelan Paul sama seperti musim pertama. 

Selain tiga penyiasat tetap ini, mereka turut ditemani oleh dua lagi orang penyiasat jemputanuntuk membantu artis jemputan mengenal pasti siapakah sebenarnya penyamar bersuara sumbang dalam kalangan penyanyi-penyanyi misteri ini.

Setiap penyanyi misteri yang disingkir akan ke pentas penentuan yang mana beliau akan mendedahkan suara sebenar.

Seandainya penyanyi misteri terakhir merupakan penyanyi sebenar, penyanyi itu akan dapat menyertai Showcase ICSYVMY2 dan membuat persembahan bersama artis-artis ternama tanah air. Namun, jika penyanyi misteri terakhir merupakan penyamar, beliau akan membawa pulang RM3,000.

ICSYVMY musim kedua ini dibawakan khas oleh Oppo selaku penaja bersama. Program ini juga dimeriahkan lagi dengan artis-artis jemputan kesayangan ramai. Antaranya Hael Husaini, Khai Bahar, Nabila Razali, Datin Alyah, Syamel, Siti Sarah, Floor 88, Haqiem Rusli, Ella, Ajai, Sam Bunkface dan Mas Idayu. Showcase ICSYVMY pula disertai oleh Misha Omar, Ara Johari, Andi Bernadee dan Luqman Faiz.

Selain itu, ICSYVMY 2 turut menampilkan Hot FM sebagai Geng Radio dan OHBULAN! sebagai Geng Digital. Krew penerbitan ICSYVMY musim kedua pula diketuai oleh Mas Ayu Binti Ali selaku Penerbit Eksekutif, dan Lucent Chong Kien Wen sebagai penerbit merangkap pengarah. 

Dapatkah anda mengenal pasti siapa penyanyi sebenar dan siapa pula penyamar bersuara sumbang? Jangan lupa untuk saksikan ICSYVMYmusim kedua pada setiap hari Ahad, pukul 9.00 malam hingga 10.30 malam, hanya di TV3ICSYVMY juga boleh dapat disaksikan menerusi strim LIVEsecaraHD di tontonYouTube TV3 Malaysia Official danYouTube TV9 Malaysia Official.

Hangatkan lagi perbualan anda dengan menggunakan #ICSYVMYdi laman media sosial anda.Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini, layari www.xtra.com.mydan ikuti laman media sosial rasmi Facebook & Instagram di @tv3malaysia.

Screen Shot 2019-09-10 at 4.27.12 PM

Leave a Reply

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem HUSTLERS

Ulasan Minggu Pertama Program ALL STARS BUKA PANGGUNG