in ,

Betul Ke Lisa Surihani Bakal Jadi Hos HBO Sentral?

Nampaknya, rezeki selebriti terkenal, Lisa Surihani untuk tahun 2014 melimpah ruah. Boleh Budiey katakan, walaupun sudah memegang status isteri orang, namun Lisa Surihani masih berdiir teguh menjadi selebriti terkenal yang mempunyai ramai pengikut di laman sosial. Selepas dilamar menjadi duta untuk beberapa produk dan tampil dalam sebuah program saluran E!, kini satu lagi pencapaian untuk pelakon yang juga isteri kepada Yusry KRU ini.

Budiey ada dengar, tak lama lagi untuk penonton setia saluran yang menampilkan filem-filem terhebat, HBO akan dapat menonton Lisa Surihani jadi hos untuk HBO Sentral dalam bahasa Malaysia.

Wah, jika betullah dengan apa yang Budiey dengar ni, Budiey nak jadi orang terawal untuk ucapkan tahniah dan selamat jadi hos untuk program HBO Sentral di salurah HBO ya.

HBO Sentral adalah sebuah panduan program yang sebelum ini dikendalikan oleh hos yang bukannya di kalangan selebriti tapi kali ini Lisa Surihani menjadi selebriti pertama yang dipilih untuk menerajui program yang memberi input terkini tentang sajian filem setiap bulan dengan pengisian yang lebih menarik katanya.

Lisa Surihani

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Konsert I Am Ziana Zain di MITC Melaka

Black & Bunkface Bakal Perform di Konsert Pi Mai FM Shopping Utara