in

Awie Cadang Dayana Roza Berlakon Dalam Zombi Kilang Biskut

Seronok betul Budiey apabila berpeluang menonton sebuah filem arahan Mamat Khalid, Zombi Kilang Biskut pada 11 Mac lalu. Bukan apa, Budiey dari dulu lagi, memang suka dengan filem arahan berbisa dari Mamat Khalid ni. Kelakar dan cukup menghiburkan dengan lawak sinikal yang santai. Tak percaya korang kena tonton mulai 20 Mac ini di pawagam berhampiran.

dayana-roza

[pullquote]Khabarnya, filem zombi ini dikeluarkan dengan trilogy. Maksudnya, ada tiga buah filem. Terdahulu, kita dah tengok Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut adalah yang kedua dan filem terakhir yang akan keluar mungkin tahun depan iaitu Zombi Ultimatum. [/pullquote]

Kali ini, Budiey lihat Mamat Khalid cukup berani mempertaruhkan beberapa nama baru. Rasanya sebelum ni pun, setiap filem arahan Mamat Khalid pasti ada pelakon baru yang diperkenalkan. Mungkin ini satu usaha Mamat Khalid untuk mencari pelapis baru dalam dunia lakonan. Antara pelakon yang Budiey lama tak tengok lakonannya ialah Dayana Roza atau nama sebenarnya, Nur Dayana Kamsun Baharin. Rasanya, beliau bukanlah pelakon baru tapi mungkin kita tak pernah tengok beliau beraksi dalam sebuah filem. Jika anda masih ingat, Dayana Roza adalah bekas peserta program realiti Anak Wayang terbitan Astro.

Menurut Dayana, beliau rasa sangat bertuah kerana dipilih untuk berlakon dalam filem Zombi Kampung Biskut. Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Awie kerana Awie mencadangkan nama beliau kepada pengarah Mamat Khalid. Dayana sudah lama mengenali Awie dan beliau tak sangka Awie menyarankan namanya. Ini adalah rezeki yang tak mungkin akan dilepaskan kerana dapat berlakon di bawah arahan Mamat Khalid sesuatu pengalaman yang luar biasa baginya.

Turut bercerita tentang pengalamannya berlakon dalam filem Zombi Kilang Biskut, Dayana merasakan cukup gementar kerana berlakon bersama pelakon hebat seperti Awie, Usop Wilcha dan Soffi Jikan.

Babak paling mencabar baginya ialah semasa melakonkan scene pergaduhan yang mana ianya cukup memenatkan. Sehingga pada hari ketiga, Dayana mengalami kejutan badan dan kaki tak boleh bergerak.

Selepas ini, Dayan Roza akan muncul pula dalam filem Apokalips X. Sama-sama kita nantikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Shiqin Kamal Nafi Buat Pembedahan Plastik

Gambar Sekitar Future Music Festival Asia 2014