• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Asyraf Juara Imam Muda Musim 1

4
  • by Budiey
  • in Astro
  • — 31 Jul, 2010

Kemuncak Imam Muda Khamis malam yang diadakan di Kompleks Pusat Islam, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) berakhir dengan kemenangan Muhammad Asyraf Mohd Ridzuan, 26.

Tahniah diucapkan buat Asyraf.

Peserta berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang itu mengalahkan pesaing terdekatnya, Hizbur Rahman Omar Zuhdi, 27. Juara sulung Imam Muda itu menerima biasiswa pakej ‘Berlian’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah.

Beliau juga ditawarkan jawatan Imam Ratib (kontrak) di salah sebuah masjid di Wilayah Persekutuan berserta sebuah kereta Proton Exora.

Bukan itu sahaja, Asyraf juga membawa pulang wang tunai RM20,000 dan sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Di samping itu dia turut mendapat pakej menunaikan haji dan umrah serta pakej percutian ke Bandung selama 4 hari 3 malam, perabot jati bernilai RM10,000 dan pakej SPA Maghribi.

Asyraf melahirkan rasa terharu kerana terpilih sebagai juara rancangan itu untuk musim pertama.

“Saya berasa gembira bukan disebabkan saya dinobatkan sebagai juara. Namun saya lebih gembira kerana program ini dapat ditonton oleh umat Islam di seluruh dunia.

“Sasaran kemenangan ini bukan sahaja dinilai pada kejayaan individu itu, tetapi kejayaan kepada seluruh masyarakat dan Islam itu sendiri.

“Pada masa yang sama, kami sepuluh orang sebenarnya takut jika program ini telah memecah tradisi tetapi pesertanya tidak menunjukkan apa-apa kualiti.

“Insya-Allah kami akan cuba memberikan tunjuk ajar kepada masyarakat dengan sokongan yang ada,” kata graduan Sarjana Muda Usuluddin dan Fikah dari Universiti Malaya, Kuala Lumpur ini.

Bagi Hizbur, graduan Syariah Islam Universiti Al-Azhar yang berkhidmat sebagai guru tahfiz menerima kekalahannya malam ini dengan hati yang terbuka.

“Saya berasa bangga kerana program ini berjaya dengan lancar. Mungkin ada kekurangan dan kecacatan sebab kami tidak mempunyai contoh kerana kami generasi yang pertama (Imam Muda).

“Insya-Allah, kami akan menubuhkan kelas agama dan kelab untuk remaja,” kata Hizbur.

Pemenang tempat kedua itu membawa pulang hadiah berupa biasiswa Pakej ‘Emas’ pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi tajaan Yayasan Antarabangsa Al- Madinah, pakej menunaikan umrah dan pakej percutian ke Bandung selama 4 hari, 3 malam, perabot jati bernilai RM7,000 serta pakej SPA Maghribi.

Dia turut menerima sebuah komputer riba jenis Apple Macbook Pro, i Phone 3G, wang tunai RM15,000 trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Yayasan Antarabangsa Al Madinah turut berbesar hati menawarkan hadiah saguhati kepada lapan peserta lain, berupa biasiswa pengajian ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah, Arab Saudi. Mereka turut menerima pakej percutian ke Bandung 4 hari 3 malam, pakej SPA Maghribi, i Phone 3G, trofi dan sijil penyertaan serta kad pertauliahan daripada Jawi.

Sistem pemarkahan dikira berdasarkan ujian teori sebanyak 50 peratus dan praktikal masing-masing 20 peratus, manakala 30 peratus markah lagi ditentukan pada pusingan kemuncak.

Juri dan mudir yang mengadili program akhir malam terdiri daripada Pengetua rancangan itu, Datuk Hassan Mahmood serta dua tenaga pengajar, Ustaz Shahrizan Daud, Syed Mohd. Norhisyam Tuan Padang. Ia dihoskan Ustaz Dzulkarnain Hamzah.

Tidak seperti program realiti lain, format Imam Muda berasaskan modul pengajian yang berlandaskan agama dan akidah dan tidak sama sekali menerapkan elemen komersial.

Program siri pencarian pertama berunsur Islam ini tidak terikat dengan undian bebas khidmat pesanan ringkas (SMS). Peserta yang tersingkir masih mengikuti pengajian imam yang dikendalikan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Antara ujian dan cabaran yang dilalui oleh 10 peserta Imam Muda termasuklah menguruskan jenazah yang tidak dituntut, memberi motivasi kepada kanak-kanak serta golongan dewasa di rumah perlindungan, operasi ke pusat penyembelihan dan rumah pelacuran serta memberi kaunseling kepada pasangan suami isteri bermasalah.

Sepanjang ia berlangsung, program ini mendapat liputan media luar negara termasuk BBC World, CNN, Al-Jazeera, Reuters, majalah Der Spiegel Magazine dari Jerman dan akhbar International Herald Tribune, New York. Kesemua wakil media berkenaan turut hadir ketika rakaman program berlangsung dan mereka memberi reaksi positif terhadap keindahan agama Islam yang ditampilkan melalui program itu.

Turut hadir dalam ada kemuncak itu Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

Rancangan itu dipancarkan secara langsung menerusi saluran Astro Oasis.[sumber]

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: Astro

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Pelancaran Istimewa Kad Amal Awal Ashaari Yayasan Nur
  • Next story Nawal Al-Zoghbi Selamat Tiba di Malaysia

ENTRI BERKAITAN

  • Ustazah Pilihan Astro Oasis 2 Jun, 2011
  • Monumental Challenge 6 Apr, 2011
  • Nabil Mat Despatch Juara Raja Lawak Musim Kedua 16 Mar, 2008
  • 2013 Formula One Grand Prix STAR SPORTS & FOX SPORT PLUS HD 23 Mar, 2013

4 Comments

  1. ummi says:
    Saturday, July 31, 2010 at 8:33 pm

    tahniah kpd pemenang dan kesemua peserta. Menonton rancangan ini byk memberi pengetahuan dan pengajaran , moga rancangan berbentuk keagamaan ini akan diadakan lebih byk lagi. Syabas juga pd penganjur dan semua yg terlibat. Harapan semoga hadiah utk siri2 akan dyg akan lebih lumayan.

  2. Nuyoi Idris says:
    Saturday, July 31, 2010 at 9:27 pm

    btol la grak hati aku kata Imam Muda Ashraf.. (hehe)

  3. zoro says:
    Sunday, August 1, 2010 at 4:43 pm

    bukan sarjana muda usuluddin dan fiqh,tp srjana muda fiqh usul…

  4. Hamba Allah says:
    Monday, August 9, 2010 at 1:56 pm

    Tahniah Asyraf atas kemenanganmu tempoh hari walaupun saya lebih memilih Hizbur sebagai juara. Apa2pun, jadilah contoh terbaik untuk masyarakat di luar sana.
    Untuk Astro, banyakkan program ilmiah dan keagamaan sebegini….jgn lebih menitikberatkan program hiburan sahaja….

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • nashOne Nite Only With Nash LefthandedSaturday, May 25, 2013
    • Bintang-Mencari-BintangAchey Juara Konsert Penentuan Kumpulan A Bintang Mencari BintangWednesday, May 22, 2013
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • nura on:Bapa Afiq Muiz Diminta Tampil Jadi Orang Tengah Selesai Kemelut
    • nina on:Datuk Seri Najib Orang Pertama Dapat Kad Kahwin Beego & Linda
    • nina on:Gambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala Lumpur
    • nina on:Gambar Nubhan & Mila Jirin Berkaraoke Lagu Cinta Kasih di Red Box
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Nasihat Anzalna Nasir Kepada Sharifah Sakinah
    • Pengakuan Tasha Shila Tentang Hubungan Dengan Mahali Jasuli
    • Lebih 20 Selebriti Jayakan Festival Hari Belia 2013
    • Maxis Umum Pelaksanaan Program Rintis Maxis Ekelas
    • Senarai Program Menarik Sempena Cuti Sekolah di TV3
    • Belia Hangatkan Jom Heboh Putrajaya
    • One Nite Only With Nash Lefthanded
    • Telemovie Kisah Fantasi Mesin Masa Cinta Atuk
    • ntv7 Anjur Kempen Will & Kate & The Royal Baby
    • Senarai Filem Menarik di Cuti Sekolah Di TV1
    • AirAsia Foundation Awards Sabah Social Enterprise with Micro Hydro Grant
    • Thirty Seconds To Mars Exclusive Album Preview Party
    • Afiq Muiz Mengaku Hilang Kerja & Dibanned Stesen TV
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.