in , ,

Terus Optimis, Astro Lancar 5 Saluran Baru Yang Lebih Menarik Sempena Raya 2011

Nikmati Pelbagai Saluran Baru Dan Program Menarik Sempena Raya Di Astro. Astro tawar lima buah saluran baru lagi sebagai pilihan

Sempena musim perayaan ini, Astro meneruskan tradisi dalam membekalkan pelbagai pilihan yang lebih bernilai dengan menawarkan lima buah saluran baru lagi untuk dinikmati oleh para pelanggan. Lima buah saluran baru tersebut termasuklah dua buah saluran raya iaitu Raya HD (Saluran 188) dan Astro Fiesta (Saluran 100) serta tiga buah saluran dalam siaran definisi tinggi yang boleh didapati menerusi Astro B.yond iaitu Sundance HD (Saluran 438), Discovery HD World (Saluran 571) and Astro SuperSport HD2 (Saluran 833).

IMG_7881

Henry Tan, Ketua Pegawai Operasi Astro berkata, “Bagi meraikan sambutan Hari Raya dan Kemerdekaan Negara dengan seluruh rakyat Malaysia, kami telahpun membariskan beberapa pilihan saluran baru dan program-program menarik sempena musim perayaan ini. Kami juga dengan berbesar hati membawakan saluran istimewa Raya HD dan Astro Fiesta istimewa untuk semua para pelanggan tanpa sebarang bayaran tambahan dikenakan sebagai tanda penghargaan kepada mereka yang setia. Kedua-dua saluran ini bakal menyiarkan program-program terbaik dari rantau Asia dalam pelbagai bahasa yang boleh dinikmati untuk tempoh waktu yang terhad. Kami juga menawarkan tiga lagi saluran baru dalam definisi tinggi iaitu Sundance Channel HD, Discovery HD World dan Astro SuperSport HD2, menjadikan jumlah keseluruhan saluran definisi tinggi yang ditawarkan menerusi Astro B.yond untuk para pelanggan kini adalah sebanyak 15 buah saluran.”

Bermula pada Hari Raya yang pertama sehingga 9 September 2011, rakyat Malaysia berpeluang untuk menonton himpunan filem-filem tempatan terbaik, konsert dan drama bersiri di Raya HD (Saluran 188) yang mana antaranya termasuklah ‘Damping Malam’, ‘Aku Masih Dara’, ‘Love, Nora’, ‘Dan Sebenarnya…’, ‘Sanggul Beracun’, ‘7 Lagu’, ‘Bersalji di Kuala Lumpur’ dan ‘Panggilan Arwah’; Konsert Tribut P.Ramlee: Di Mana Kan Ku Cari Ganti, Konsert Wow Putrajaya 2011 dan Konsert 3 Diva serta drama bersiri ‘Pengantin Untuk Dijual’.

Selain daripada itu, para pelanggan juga boleh menikmati lebih 104 buah program menarik dan istimewa sempena Raya di rangkaian saluran Astro yang pelbagai seperti Astro Ria (Saluran 104), Astro Prima (Saluran 105), Astro Oasis (Saluran 106), Astro Ceria (Saluran 611), Astro Citra (Saluran 131), Astro Warna (Saluran 132) serta dua buah saluran baru menerusi Pakej Indo Pek iaitu Bintang (Saluran 141) dan Pelangi (Saluran 142). Antaranya termasuklah filem Ngangkung di Astro Citra, Maharaja Lawak Raya di Astro Warna serta Opera van Java Awards di Bintang (sila rujuk lampiran untuk butiran lanjut dan senarai penuh program).

IMG_7896

Manakala Astro Fiesta (Saluran 100) yang diperkenalkan sebagai tanda penghargaan kepada semua pelanggan Astro di atas sokongan mereka pula bakal menghimpunkan program-program terbaik Asia pelbagai genre dan bahasa untuk tontonan semua. Saluran ini juga ditawarkan untuk memenuhi kehendak para pelanggan yang mempunyai minat berbeza seperti komedi, drama, pengembaraan, aksi, romantik, jenayah dan sebagainya.

Bermula dari 1 September hingga 31 Oktober 2011, Astro Fiesta bakal menayangkan:

  1. Pelbagai filem Cina menarik seperti Little Big Soldier, Stool Pigeon, Detective Dee & 14 Blades serta konsert-konsert hebat oleh penyanyi-penyanyi popular seperti Leslie Cheung, The Big 4 World Tour, Nicholas Teo dan Konsert Istimewa Teresa Teng;
  2. Pelbagai filem Melayu menarik seperti Estet, Sembilu 2005 serta konsert-konsert menghiburkan seperti M.Nasir, Aizat Live in Damansara, Konsert Simplysiti, Konsert Double Trouble, Konsert Sore dan Konsert 4 Bintang;
  3. Konsert-konsert hebat yang menampilkan artis Indonesia seperti Wali Band dan Ungu;
  4. K-Pop Countdown yang menampilkan artis-artis K-pop terhangat dan menjadi kegilaan ramai masa kini
  5. Pelbagai filem Tamil dan Hindi serta konsert-konsert hebat termasuklah Toonpur Ka Super Hero, Arundhati, Guzaarish serta banyak lagi!

Istimewa buat para penonton yang meminati program-program berbentuk indie, Sundance Channel HD (Saluran 438) ialah sebuah saluran yang menawarkan program-program yang pernah memenangi anugerah serta program-program budaya asli yang menarik. Sundance Channel ialah sebuah saluran yang mana bakat, cerita dan idea disatukan. Menampilkan ikon-ikon kreatif masa kini dan bakat-bakat besar masa hadapan, Sundance Channel bakal menyiarkan program-program indie berbentuk filem, dokumentari, program fakta bersiri, program budaya dan seni serta banyak lagi. Sundance Channel juga akan membawa para penonton menyingkap dan menyusuri perspektif yang autentik mengenai misi Robert Redford untuk meraikan kreativiti.

IMG_7952

Discovery HD World (Saluran 571) pula bakal memenuhi kehendak penonton yang dahagakan pengetahuan menerusi program-program berbentuk fakta dan cara hidup yang disulami dengan imej-imej dan butiran terperinci dengan pendekatan yang menarik dan menghiburkan. Menawarkan pengalaman menonton yang ideal, Discovery HD World akan menyiarkan program-program yang menyingkap keajaiban dunia merangkumi budaya, sains, sejarah semulajadi, pengembaraan dan cara hidup.

Menerusi Astro SuperSport HD2 (Saluran 833) pula, para peminat sukan di Malaysia kini boleh menikmati pelbagai aksi sukan secara langsung dalam siaran definisi tinggi seperti Tenis Terbuka AS, Kejohanan Tenis ATP Terbuka Malaysia, Pertandingan Golf Piala Presiden serta sejumlah lebih 200 jam diperuntukkan untuk acara bola sepak antaranya Bundesliga, Liga Europa UEFA, Copa Sudamericana serta J-League. Para peminat sukan juga boleh menonton pelagai lagi program sukan seperti AS PGA Tour, Bola Sepak Amerika serta lebih 100 jam sukan atletik dan olahraga termasuklah tenis, sukan lasak, sukan kapal layar dan banyak lagi. Saluran ini juga turutmenyiarkan program-program terpilih ihsan daripada ESPN atau StarSports, contohnya seperti Formula 1 dan Moto GP.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Kad Kahwin Nabil Raja Lawak

Kempen Harga Runtuh VCD Kembali Lagi