Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











ALBUM WINNIE K – KAU ADA DI MANA



WINNIE K – KAU ADA DI MANA

Setelah lama menanti, akhirnya penyanyi berbakat yang serba boleh, Winnie K telah menerbitkan Kau Ada Di Mana, album penuh bahasa Malaysia yang pertama. Winnie K (yang sebelum ini dikenali sebagai Winnie Kok di kalangan penggemar muzik Malaysia) pernah menghasilkan 3 buah album berbahasa Mandarin sebelum ini; Kau Ada Di Mana merupakan hasil terbitan syarikat rakaman Trinity Optima Productions dari Indonesia ( syarikat sama tempat penyanyi popular Rossa dan band popular Ungu bernaung).

Telah beredar di pasaran negara jiran sejak Mac 2008, Kau Ada Di Mana akhirnya menemui penggemar seni tempatan mulai 26 Jun 2008. Bersandarkan single pertama “Kau Ada Di Mana” sebagai taruhan, Winnie K berharap dapat mengembangkan dan mengukuhkan bakatnya di persada seni tanahair menerusi album ini, yang mengandungi lagu-lagu ciptaan composer tersohor rantau ini termasuklah Ajai, Tam Spider, Cat Farish, Audi Mok, Nurul, Dewiq dan lain-lain lagi. 

Bintang kelahiran program Asia Bagus ini mula mengorak langkah tatkala menjuarai pertandingan nyanyian itu pada peringkat bulanan, sekali gus meneruskan cabaran mewakili negara ke pertandingan akhir Asia bagus di negara matahari terbit Jepun pada 1993, di mana beliau berjaya merangkul tempat ke-3. Winnie mula mencari perhatian tatkala dipilih untuk menghiburkan orang ramai pada majlis penutupan Sukan Komanwel di Stadium Bukit Jalil Kuala Lumpur pada 1998.

Berbekalkan bakat semulajadi yang ada padanya, Winnie K mencuba nasib melalui sebuah single bahasa Malaysia “Kau dan Aku” pada tahun 2003 selepas 3 album yang berjaya di dalam pasaran muzik bahasa Mandarin tempatan. Setelah lama menyelidik, akhirnya Winnie K berjaya mendapatkan formula yang segar serta komprehensif untuk album sulung bahasa Malaysia ini. Terdapat 12 buah lagu dimuatkan, di mana satu daripadanya merupakan minus one untuk single utama “Kau Ada Di Mana”. 

Berikut disertakan track listing untuk Kau Ada Di Mana:

1) Kau Ada Dimana – muzik & lirik: Dewiq

2) Di Taman Magis – muzik: Tam Spider & lirik: Loloq

3) Sampai Bila – muzik: Ajai & lirik: Nurul

4) Kekasih Gelapmu – muzik & lirik: Yudis Dwikorana

5) Cahayakan Cinta – muzik & lirik: Ajai

6) Keakhirnya (featuring Cat Farish) – muzik & lirik: Cat Farish

7) Untuk Kita Bersatu (featuring Shazee) –  muzik: Soon Yi & lirik: Shah Shamshiri

8) Excuse Me – muzik: Alex Farrugia & lirik: Shah Shamshiri

9) Kehadiranmu – muzik & lirik: Ajai

10) Tak Bisa Memilih – muzik: Audi Mok & lirik: Yudis Dwikorana

11) Hatiku Tak Tahan Lagi (featuring Caprice) – music & lyrics: Cat Farish

12) Kau Ada Di Mana (minus one)

Berteraskan irama yang segar dan rancak, lagu-lagu di dalam album ini pasti mengundang jiwa anda untuk turut menari bersama ketika mendengarnya. Kau Ada Di Mana, yang unggul dari Winnie K, edaran Warner Music Malaysia. Kini terdapat dalam bentuk CD yang berharga hanya RM 25.90; akan datang, dapatkan master tone dan ring back tone melalui maklumat yang dipaparkan melalui kulit album.

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Bibir Winnie Kok Cucuk Botox?
  • Winnie K Lancar Album Kau Ada Di Mana
  • Gambar Amber Chia di Sidang Media The Ford Supermodel of the World Malaysia 2009
  • Mawi Akan Lancar Album Baru Allah Habeebi
  • Album Datuk Sheila Majid Satu Penghargaan
  • Hafiz AF7 Akan Lancar Album Sulung Masih Jelas
  • Malique Too Phat Keluar Album Baru Solo?
  • Anugerah Industri Muzik 15
  • Album Baru Altered Frequency Transit
  • Gambar Selebriti di Majlis Pelancaran Album ALL Your LOVE



  • =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK