in

AirAsia Lancar Pesawat Thank You Sabah

AirAsia, syarikat penerbangan tambang rendah terbaik dunia buat tahun keenam berturut-turut, telah merasmikan ‘livery’ khas pesawatnya yang ditujukan kepada rakyat negeri Sabah di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) hari ini.

Majlis perasmian itu telah dihadiri oleh YB Datuk Seri Panglima Masidi Manjun, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri Sabah; YB Datuk Joniston Bangkuai, Pengerusi Lembaga Pelancongan Sabah; YBhg Datuk Irene Charuruks, Pengurus Besar Lembaga Pelancongan Sabah; Datuk Kamarudin Meranun, Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad; dan Aireen Omar, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Berhad.

Airasia

‘Livery’ pesawat ‘Thank You Sabah’ itu ditujukan khas kepada negeri dan rakyat Sabah, atas sokongan padu yang diberikan kepada AirAsia dan menjadikannya sebagai sebuah syarikat penerbangan yang utama di negeri itu. Ia juga menjadi tanda komitmen AirAsia terhadap Sabah untuk membantu merangsang ekonomi negeri itu melalui aktiviti pelancongan dan peluang perniagaan yang lebih jitu.

Pengerusi Eksekutif AirAsia Berhad, Datuk Kamarudin Meranun berkata,

“Ia merupakan satu penghormatan bagi kami untuk berada di negeri Sabah. Sokongan yang mengagumkan daripada Kerajaan Negeri Sabah dan rakyatnya membolehkan kami untuk menjadi sebuah syarikat penerbangan yang utama di negeri ini. ‘Livery’ pesawat ‘Thank You Sabah’ ini merupakan tanda terima kasih kepada negeri Sabah bagi segala sokongan yang telah diberikan kepada kami.”

“Sama sekali tidak akan dilupakan, segala jasa dan sokongan telah diberikan semasa kami mula bertapak 13 tahun yang lalu. Kami amat berterima kasih atas semangat jitu yang ditunjukkan dalam menjadi sebahagian daripada impian kami, dan kerana mempercayai segala aspirasi kami. Ia merupakan penguat semangat bagi kami melakukan yang terbaik dan mencapai kejayaan bersama AirAsia. Terima kasih, Kerajaan negeri Sabah dan rakyat negeri Sabah.”

YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman, Ketua Menteri Sabah berkata:

“Saya ucapkan tahniah kepada AirAsia atas kesungguhannya dalam menyediakan perkhidmatan penerbangan tambang rendah bagi manfaat rakyat negeri Sabah. Sebagai syarikat penerbangan yang utama di Sabah dan melalui jumlah penumpang yang telah dibawa masuk ke negeri ini, ia telah menjana pertumbuhan aktiviti pelancongan dan ekonomi bagi kami.

“Kami bangga menjadi sebahagian daripada rancangan pertumbuhan AirAsia dan Kota Kinabalu sebagai salah sebuah hab syarikat penerbangan itu di Malaysia. Kerajaan Negeri Sabah sentiasa bersedia untuk membantu bagi memastikan AirAsia sentiasa selesa dan makmur di Sabah, memperluaskan lagi perkhidmatannya di negeri ini,” tambah YAB Datuk Seri Panglima Musa Haji Aman.

‘Livery’ pesawat ‘Thank You Sabah’ itu diabadikan di badan pesawat Airbus A320 AirAsia dan telah mengambil masa sembilan hari untuk disiapkan. Dua pasukan penghasilan yang terdiri daripada 30 kakitangan telah bekerja dengan penuh dedikasi, dengan dua syif sehari dan sejumlah 6,480 jam bekerja, bagi memastikan hasil yang membanggakan.

Bagi mengetahui perkembangan AirAsia dan juga perihal promosi, aktiviti serta peraduan, ikuti syarikat penerbangan itu di Twitter (twitter.com/AirAsia) atau Facebook (facebook.com/AirAsia).

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Penginapan Serba Lengkap di The Capital Residence Suites Brunei

TV2 Siar Filem Animasi CARS Sempena Cuti Sekolah