Home HOME | My Few.net | Foto Blog | Enter-tainment | Tips Money | Who Linked Me | Contact Me | Arkib | Bookmark (Ctrl+D)















[ Lebih 25 ribu pembaca setiap hari! Iklankan produk anda di Sensasi Selebriti! Klik Sini! ]






Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali Kedua

KUALA LUMPUR: Pelakon wanita popular, Abby Abadi, hari ini memfailkan buat kali kedua tuntutan perceraian ke atas suaminya, Norman Hakim, di Mahkamah Syariah Gombak Timur di sini.

Abby atau Arbaeyah Abdul Manan, 29, tidak hadir di mahkamah kerana menjalani penggambaran, memfailkan permohonan itu melalui peguamnya Ahmad Nazib Johari, mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003 iaitu permohonan cerai secara baik kerana tiada persefahaman.

Pada 3 Nov lalu, Abby gagal memfailkan permohonan cerainya kerana dokumen penting tidak lengkap seperti alamat, kad pengenalan, salinan surat nikah dan rujuk ada pada Norman, 32, atau nama sebenarnya Mohamed Norhakim Zaidon. Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Ahmad Nazib berkata pihaknya turut menyerahkan surat saman terhadap Norman agar hadir ke mahkamah.

“Kita memohon perceraian ini mengikut Seksyen 47, jika Norman tidak bersetuju, kita akan memohon mengikut Seksyen 50 iaitu bercerai secara taklik atau menuntut fasakh mengikut Seksyen 53,” jelasnya.

Pasangan itu bernikah pada 11 Jan 2002, pernah bercerai talak satu dan rujuk kembali pada 5 Mei 2006. Mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Mohd Danish Hakim, 5; Marisa Dania Hakim, 3; dan Maria Danisha Hakim, sebulan 18 hari.

Mahkamah menetapkan 18 Dis ini untuk sebutan semula kes itu. BERNAMA

Tags: ,

Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Kes Tuntut Cerai Isteri, Seri Bayu Tak Setuju
  • Lidyawati Tuntut Cerai Oleh Suami Datuk Azhar Mohd Zar
  • Abby Abadi Tidak Kisah Jika Norman Nak Kahwin Dengan Memey
  • Puteri Shahanaz Hazlin Hamdan Datuk Roslan Hashim Bercerai
  • Abby Abadi dan Norman Hakim Hantar Anak Sekolah
  • Abby Abadi Gagal Fail Tuntutan Cerai Norman Hakim Kahwin Lain?
  • Norman Hakim Dibuang Dari Drama Gerak Khas
  • Quotes of The Day: Salah Saya Ke? – Abby Abadi
  • Abby Abadi Mengamuk
  • Roslin Hashim Saman Bekas Isteri



  • 29 Komen untuk entri “Abby Failkan Tuntutan Cerai Kali Kedua”

    1. Honeybee kata:

      Apsal NH ni liat sgt nk ‘lepaskan’ Abby sdgkn ni kali kdua dia wat prangai? Tkut bdget lari sbb nk byr nafkh anak tiap2 bulan nti ke??

      UC, KIRANA, ROSE … jlnkn tgas anda!!! Hee…

      Mau je hntar rombongn lebah p sengat NH n Meyang tu biar bgkak lebam 10 bulan!

    2. Jom Cuti-Cuti Malaysia kata:

      si NH ni betol2 sayang lg kat abby ke apa ekkkk.. ala biasa la.. mana2 lelaki pun sama jer rasa kalo dah jadi cam.. bukannya apa.. dia nak gantung tak bertali kat abby tu..nak tunjuk dia berkuasa la tu.. huhu..

    3. izzati kata:

      nak cerai tak semestinya wajib suami lafazkan talak. banyak cara lain. fasakh, taklik contohnya. suami yang fasiq, zalim dan mendera isteri contohnya memang layak dilucut taraf jadi suami. nak tunggu depa lafaz alamat tergantung je laaa.

      abby kena dapatkan banyak info. seeloknya ada lawyer. NH tak balik rumah dah berapa lama? takde lafaz taklik ke masa lepas nikah dulu? kalau ikut taklik dah lama jatuh talak mungkin. kalau ikut taklik izzati, 3 bulan tak balik, tak bagi nafkah, izzati register kat pejabat agama je settle kes.

      banyak isteri digantung tak bertali kat malaysia tak tau hal ni. suami yang tak berguna tak layak dihormati, tak layak jadi suami. dapatkan hak anda!!

    4. Honeybee kata:

      Kosmo! Online 6 Disember 2008 >>>HIBURAN

      Kenapa Norman tak balik rumah?

      TENGKU KHALIDAH TENGKU BIDIN
      ent_editor@kosmo.com.my

      PELAKON Norman Hakim sudah beberapa bulan tidak pulang ke rumah kelaminnya di Ukay Perdana, Kuala Lumpur.

      Meskipun memberitahu dia masih menyayangi rumah tangga bersama isteri, pelakon Abby Abadi, Norman mengakui sudah sekian lama tidak tidak `tidur’ di rumah yang diduduki bersama isteri dan tiga anaknya itu.

      Kemesraannya dengan Abby pula berakhir pada hari kelahiran anak ketiga mereka, Maria Danisha Hakim pada 17 September lalu.

      Selepas itu dia mula membawa haluan sendiri untuk mengubati hati. Dan Norman mengakui kali terakhir dia pulang ke rumah ialah pada majlis cukur jambul anak bongsunya pada 26 Oktober lalu. Itupun hanya selama beberapa jam.

      Kemudian dia hanya bertemu muka dengan Abby semula pada 3 November setelah isterinya itu datang `menyerangnya’ di lokasi penggambaran drama Gerak Khas.

      Selepas itu antara mereka tidak lagi bertemu dan berbicara hanya dalam SMS sahaja. SMS? Apalah yang boleh diselesaikan di sebalik mesej bisu tidak berjiwa itu. Barangkali itu yang kita fikir, tetapi kepada Norman, dia mempunyai sebab dan alasan yang cukup kukuh kenapa dan mengapa membuat keputusan untuk tidak pulang ke rumah buat masa sekarang.

      Pada ketika ini kata Norman dia lebih senang tinggal di rumah saudara mara terdekatnya di sekitar Kuala Lumpur.

      “Walaupun tidak balik, nafkah dan kebajikan anak-anak saya tidak abaikan. Saya selalu tanya khabar dan abang saya selalu bertemu dan menjenguk mereka hampir setiap hari,” kata Norman.

      Tidak menafikan, sebagai ayah adakalanya dia dihimpit kerinduan kepada tiga cahaya matanya bersama dengan Abby.

      Kerinduan itu membuatkan hampir setiap hari lenanya diulit mimpi yang panjang. Pertemuan dengan Abby dan anak-anak yang bahagia hanya boleh berlaku dalam mimpi, meskipun di alam realiti segalanya sangat berbeza.

      ****

      Pun begitu, kata Norman dia bukan dengan sengaja mengelak untuk pulang ke rumah. Sebaliknya dia mahu mencari ketenangan dan memperbaiki hubungan buruk mereka dengan caranya sendiri.

      “Saya bukan tak mahu jumpa isteri saya. Dalam hati tu memang rasa hendak balik, jumpa isteri dan anak-anak. Tetapi rasanya lebih baik saya sendirian dulu macam sekarang.

      “Ini adalah tempoh untuk kami bertenang. Orang kata ‘cooling period’. Untuk apa saya pulang ke rumah kalau hasilnya kami akan bertengkar dan bertengkar lagi di depan anak-anak?

      “Eloklah buat masa sekarang saya selesaikan satu persatu Apa yang penting, saya mahu selesaikan kes tangkapan khalwat dulu (dengan Memey Suhaiza), kemudian akan selesaikan masalah rumah tangga kami pula. Berilah saya ruang untuk selesaikan dengan cara terbaik,” katanya.

      Ditanya mengenai perasaannya terhadap Abby, menurut Norman sehingga ke hari ini dia masih menyayangi isterinya itu. Malah dia tidak pernah terfikir untuk bercerai atau menerima perceraian yang diajukan oleh isterinya itu.

      “Saya tak akan lepaskan dia,” katanya nekad.

      ##Amende lh NH ni …

    5. kirana kata:

      besa lelaki bl dh jd mcm ni.br igt ank bini..syg la,xnk kehlgan la..bosan dgr..pas 2 bg alsan isteri xnk dgr penjlsan.lbh ske dgr ckp org..tp kenyataan nye dh dpn mata..nk slh kan isteri gak ke?mmg la xde sape ske cerai berai ni.tp sampai bl dok thn sek kne tipu je?..tkt ank xmkn?aku rse sbg ibu,sume ibu sggp besekang mata cr nafkah utk ank2..wat pe hdp dgn suami yg xde tggung jwb..

    6. izzati kata:

      kirana.. betul tu. lelaki yg hampeh macam NH ni bersepah. sakit hati dgn lelaki2 tak guna macam ni.

    7. atuk kata:

      uweeeekkkkk aku nak muntah kata si norman rindukan anak.. diulit mimpi rindukan anak… diulit mimpi ngan si memek tu adelee… comeonlaa norman jadi jantan skit… nie aku nengok macam pondan jee… mana pegi batang tuuu dah kasi buang aje le bagi makan anjing…

    8. OHBULAN! kata:

      harap selesai cara elok la nnt ni…

    9. obefiend kata:

      lagi lagi cerai

      enough already.. more getting divorced than marrying this month

      WTF

    10. kusyireen kata:

      biasalaa manusia ni klu ada didepan mata tk pernah nk hargai…bila trlepas barunk menyesal…da tk gun da…mee da jadi spaggeti…

    11. manja kata:

      norman hakim memang keterlaluan buat abby mcm ne ingat abby tue tak de perasaan ker???ikut sedap dia jer nak,tak nak dgan abby..fikirlah norman awak tu tak la hensem sangat dah tu tak la kaya jugak senag-senag jer nak mempermainkan perasaan anak orang tak de otak ker???tak tau malu ker??? tapi aku angkat tabik ar dgan abby walau mcmna pun abby tetap tabah disamping anak-anak,jangan bg anak-anak tu dekat norman susah senang biar la abby jaga anak-anak tu,buat ape ada abah yang tak reti nak pikul tanggunjawab??buat maksiat ader le!!! eeee gelinya aku dengan budak memey tu nak jugak merasa suami orang tak de kerja lain ker tak cukup gaji kot??tu la goda laki orang mta di bela mcm binatang!!!

    12. Honeybee kata:

      Klau NH x nk lepaskn AA n duk wat prangai gak .. x pyh failkn tuntutn apa2, tpi amik file kt mna2 n hempok je NH tu! Heee…

    13. nita kata:

      tembak ngan senapang gajah lagi bagui norman ni!!!!busuk nyer orang!!!

    14. kirana kata:

      paper hr ni ckp NH pembohong.dia bkn g rmh sdre dia kt KT.tp ziarah sdre memey kt spital..memey pn de skali..

    15. jerankung kata:

      abby ngan norman da ok,abby sangup bermadu.. NORMAN TAK KISAH

    16. june kata:

      ohh pi melawat eh…org lain sakit pi..anak2 sendiri suh abg jer lawat..ish2…

    17. Honeybee kata:

      Berita Harian >> 10 Disember 2008 >> Hip

      Dengarnya…: Tak kuasa dengan kenyataan Norman

      GERAM, sakit hati.. tertipu! Panas betul hati Cik Normah setelah membaca kiriman SMS yang dihantar kawan Cik Normah bernama Mawar yang berada nun di selatan tanah air. Manalah Cik Normah tak bengang, hari itu Cik Normah terbaca cerita Normah Hakim kononnya ke Batu Pahat sebab menziarah keluarganya. Sambil-sambil itu dia turut menziarah kubur arwah kakaknya dan kebetulan berada di sana, dia ambil kesempatan melawat keluarga Memey.

      Cik Normah tak kisah kalau Norman bercakap jujur. Yang buat Cik Normah panas, Norman mendakwa yang dia menziarah saudaranya. Kata si Mawar, Norman tak cakap benar. Memang dia pergi menziarah tapi bukan saudaranya tetapi saudara si Memey. Norman sebenarnya menziarah keluarga si Memey di sebuah hospital swasta di sana, Memey juga ada bersamanya ketika itu.

      Nampaknya satu lagi penipuan yang si Norman dah buat. Geramnya Cik Normah kerana dulu dia menipu pasal raya apabila ditanya kenapa tak pulang beraya dengan anak-anak, alasan yang diberi bercanggah. Yang peliknya, masa dia buat kenyataan mukanya bukan main yakin lagi kata teman Cik Normah yang berjumpa dengan Norman baru-baru ini.

      Teman Cik Normah pada mulanya memang susah nak percaya. Tetapi melihat muka si Norman yang bercakap penuh yakin, dia terus saja percaya. Memang dasar pelakon, pandai dia mereka cerita. Cik Normah tak kisah kerana sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan jatuh ke tanah juga. Tak mengapa teruslah menipu, kita memang tak tahu, tapi Tuhan tahu kebenarannya.

      Norman pun janganlah asyik nak bercinta saja, selesaikan masalah dengan Abby secepat mungkin. Bukan apa, sebagai wanita dan isteri, Cik Normah tumpang simpati dengan nasib si Abby. Macam-macam kisah tak sedap pasal Abby yang Cik Normah dengar. Pada Abby pula, sebelum buat apa-apa fikirkan masak-masak impaknya, kasihan dekat anak-anak yang masih kecil.

      *KLAU DH PNIPU TU .. PNIPU LH JGAK ..

    18. ummie cute kata:

      Nh tu ckp cam org x siuman je..klu betol2 rindukan ank,xkan anto abg g melawat ank2 dia???tak cerita gila ka tu…nmpk sngat nh ni takut kat betina sundal tu..tu sebab dia tak nak jumpa abby n ank2 .. takut betina tu tak nak kang***g kat dia la tu…dasar penipu mcm mana pun ttp nak menipu..p jumpa jal*** tu ckp p menziarah kaum kerabat dia…jantan tak guna .. elok la pun abby mintak cerai..simpan jntan cam ni satu sen haram pun tak guna ..haramjadah…gelak le memey oii..time ni time abby..esok..esok..time ko plak merasa..jntan cam nh ni mana cukup satu **bang..jntan keberet….!!

    19. jerankung kata:

      NORMAN NGAN ABBY MUNKING RUJUK BUAT KALI KEDUA

    20. nita kata:

      dah cerai dah….baguslah dpd terseksa…menyampah!!!

    21. rose_aidawatiez kata:

      TAKDE nak rujuk2 kali keduanyee..biar dia rase.. kawen ngan momok tu..past tu..yg momok tu mandul lak..pandan muka ko NH..

    22. jerankung kata:

      mandul lagi sedap leh main je…… seronoknya

    23. rose_aidawatiez kata:

      Ahak..selagi terlarat..mcm la best sgt main bende tu..jerankung2..klu cm tu blh mati bini ko…yg sesuai dgn ko memey momok jer..coz dia tahan lasak..

    24. jerankung kata:

      surga dunia kau kata x best,kesian la kau ni rose..
      jumpala aku nanti aku bagi kau rasa best ke x he he he
      sekali rasa mesti nek lagi, sehinga menjilat jariiiii

    25. rose_aidawatiez kata:

      eee..lucahnyee..sape la dapat ko ye JERANKUNG..kesian2…

    26. rose_aidawatiez kata:

      MENYAMPAHH..

    27. jerankung kata:

      kau x ingin ke nak kenalan ngan aku
      x kenal maka x cinta…..rose hari da hujan angkat kain jemuran

    28. rose_aidawatiez kata:

      SUSAH2..sepupu sepapat NH ni.JERANKUNG aku tahu la ko nak main air ujan..share towel yg sememang da basah tu,tak mandi lg ye..ajak..memey momok tu sekli yg kau backing2 tu..

    29. jerankung kata:

      sejuknya rose main air hujan….tapi kalau main ngan rose aku ok jeeee
      nti mlm leh kita panaskan badan ajakla honeey sekali…towel kita share la
      pas 2 kita jemurla baru la x basahhhhh




























































































































































































































































































    Support Our Sponsors:














    Hits & Statistic





    View Blog Stats







    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK





    Nantikan MOVIE DAY OUT BERSAMA PEMBACA - FILEM EVOLUSI KL DRIFT tak lama lagi!