in , ,

Abby Abadi Tak Pernah Mahu Bela Atau Menangkan Anaknya Marissa

Abby Abadi tak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin pernikahan anaknya di Thailand yang tular baru-baru ini.

Pelakon yang juga ibu kepada Marissa Dania, Abby Abadi menyelar tindakan beberapa portal tidak bertanggungjawab yang mendakwa dia menyuruh anaknya bercerai.

Abby menerusi hantaran di Instagram Story berkata, dia tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai khabar angin pernikahan anaknya di Thailand yang tular baru-baru ini.

Mana datang kenyataan ini? Saya tak pernah mengiyakan mengenai pernikahan di Thailand itu.
“Macam mana (boleh) kata saya suruh mereka bercerai pula?”

– Abby Abadi

Tambah Abby, dia tidak pernah membela atau memenangkan anaknya sejak isu berkaitan Marissa timbul sebelum ini.

“Kalau betul berlaku seperti yang digembar, Allah-lah sebaik-baik tempat mengadu dan semoga Allah melindungi anak-anak saya,”

– Abby Abadi

Terdahulu, anak kepada pasangan selebriti, Norman Hakim dan Abby Abadi iaitu Marissa Dania Hakim, 19, didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya dikenali sebagai Aslam di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Samsung Galaxy S24+, Apa Korang Boleh Buat Dengan Galaxy AI?

Suria FM Mendunia! Diiktiraf Dapat Ranking ke-30 Penstriman Digital Triton