in ,

Abang Ipar Ameer Forteen Antara Penumpang Pesawat Hilang

Semasa entri ini ditulis, nampaknya dah lebih 29 jam pesawat MH370 yang dalam penerbangan ke Beijing hilang dari radar pagi semalam masih menjadi misteri dan tanda tanya. Budiey sekarang ini menonton Astro Awani dan Buletin Utama serta Malaysia Hari Ini di TV3 sebagai satu sumber untuk mendapatkan berita yang lebih komprehensif dan tepat.

ameer-forteen

Ameer Forteen

Budiey nasihatkan pembaca sekalian agar tidak membuat spekulasi dan menyebarkan berita yang tidak berasas. Di laman sosial sekarang ini, ramai yang mahu menjadi wartawan yang tak bertauliah dengan menyebarkan berita dan spekulasi tanpa asas bukti serta sumber yang kukuh.

Semalam, semasa membelek Instagram Ameer (@ameerforteen), seorang selebriti berimej smart kasual yang juga salah seorang anggota kumpulan Forteen, Budiey mendapati salah seorang daripada 239 penumpang yang juga bekerja sebagai cabin crew pesawat MH370 adalah abang ipar kepada Ameer Forteen bernama Junaidi Mohd Kassim.

“Let us pray for my sister’s husband @lindayub and all the passengers are safe. Amin.” – Ameer Forteen

Semoga Ameer Forteen dan keluarga tabah menghadapi ujian ini. Marilah sama-sama kita doakan semoga mereka dan keluarga dilindungi oleh Allah. Amin.

Semoga usaha mencari dan menyelamat ‪pesawat hilang‬ dipermudahkan oleh Allah. We are still waiting.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Berita Pesawat MH370: Siaran Melodi di TV3 Tidak Disiarkan

Penyanyi Herman Tino Dituduh Tidak Waras?