in ,

2AM Rasmi Cawangan Kafe Dal Komm Coffee di Damansara

Kafe Dal Komm ni kira kedai yang menjual kopi yang sangat mahal la jugak. Pernah ke sana. Mahal sikit berbanding dengan Starbucks. Cuma, tempat yang lebih selesa. Oh, tak hairan la sebab 2AM jadi duta diorang kan?

Kumpulan balada popular Korea, 2AM bakal berkunjung ke Kuala Lumpur pada 29 November ini. Kehadiran kumpulan yang hits dengan lagu ‘Can’t Let You Go Even If I Die’ ini ke tanah air kali ini sempena merasmikan pembukaan cawangan kedua kafe kopi popular di Korea, Dal Komm Coffee bertempat di Damansara.

2Am Duta Kafe Dal Komm Coffee

Sebelum ini cawangan pertama Dal Komm Coffee sudah dibuka di Cyberjaya.

Dal Komm Coffee 2am

2AM dianggotai oleh empat penyanyi Seulong, Jo Kwon, Changmin dan Jinwoon yang masing-masing mempunyi kredibiliti vokal yang cukup mantap. Mereka baru saja melancarkan album berjudul ‘Let’s Talk’ pada 30 Oktober lalu.

Terdahulu, 2AM pernah mengadakan konsert sulung mereka ‘2AM The Way of Love Concert’ di sini pada 30 November 2012.

Dal Komm Coffee 2am

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Coca-Cola Lancar Koleksi Pakaian Di Malaysia

Chatime Named Brand Of The Year At The World Branding Awards