in , ,

Sweetnya! Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri

Menerusi perkongsian Gayatri Su-Lin Pillai, telah memuat naik video meluahkan rasa gembira apabila Zul Ariffin menghadiahkan sebuah kereta mewah buatnya.

Sejak dilanda kontroversi berkenaan tular babak ‘panas’ dilakonkan dalan satu drama televisyen, aktor kacak, Zul Ariffin dilihat seakan mendiamkan diri.

Dia juga kini jarang berkongsi perkembangan terkini terutamanya tentang kerjaya seni yang sebelum ini kerap dimuat naik ke media sosial.

Pasti ramai tahu pelakon berbadan sasa Zul Ariffin masih lagi menjalin hubungan baik dengan bekas kekasihnya, penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai.

Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri

Baru-baru ini, Zul membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada teman baiknya itu. Perkara itu dikongsikan oleh Gayatri menerusi Instagram miliknya.

Pasti ramai tahu pelakon berbadan sasa Zul Ariffin masih lagi menjalin hubungan baik dengan bekas kekasihnya, penerbit filem Gayatri Su-Lin Pillai.

Baru-baru ini, Zul membuat kejutan menghadiahkan sebuah kereta mewah kepada teman baiknya itu. 

Gayatri Su-Lin Pillai, telah memuat naik video meluahkan rasa gembira apabila aktor tersebut menghadiahkan sebuah kereta mewah buatnya.

Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri

Gayatri adalah merupakan antara individu yang menaikkan nama Zul Ariffin dalam dunia lakonan  sehingga aktor berkenaan berjaya menggenggam trofi Pelakon Lelaki Terbaik dalam Festival Filem Malaysia bagi filem Sangkar.

“Hari ini saya menerima hadiah yang tidak pernah saya terima sepanjang hidup saya. Saya kehilangan kata-kata. Sepanjang hidup tidak pernah terbayang saya akan menerima hadiah semanis dan hebat seperti ini. Terima kasih Zul Ariffin dari lubuk hati saya,”

Gayatri Su-Lin Pillai

Perkongsian Gayatri itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan-rakan artis yang turut mengucapkan tahniah serta meninggalkan emoji hati.

Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri

Selain dari berkongsi di TikTok, wanita itu turut memuat naik video keterujaannya di Instagram dan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Zul Ariffin yang sudi memberikan hadiah begitu mewah kepadanya.

Terdahulu, Zul dan Gayatri pernah menjalinkan hubungan cinta ketika aktor berkenaan terbabit dalam filem Bikers Kental pada 2013

Bagaimanapun, hubungan mereka hanya bertahan tiga tahun namun sehingga kini masih digosipkan cinta lama mereka bertaut kembali.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Slumberland Syarikat Pertama Guna Teknologi Kikoo SleepTech 

Ini Cara Bayar Zakat Fitrah Secara Online Mengikut Negeri Bagi Tahun 2022