in , ,

Slumberland Syarikat Pertama Guna Teknologi Kikoo SleepTech 

Mempunyai 40 tahun sejarah di Malaysia, Slumberland memberikan suhu yang tepat untuk malam yang lena dengan TempSmart™ 5.0

Buat pertama kali di Asia, teknologi canggih Jerman, Kikoo SleepTech akan mula dijual bagi membantu pelanggan mendapatkan suhu yang sesuai untuk tidur yang selesa setiap malam. 

Memahami bahawa turun naik suhu akan memberi kesan terhadap kualiti tidur seseorang, Slumberland telah mengintergrasikan teknologi Kikoo inovatif yang menggunakan jalur grafit ke dalam produk tilam terbarunya, TempSmart™ 5.0. Teknologi dari Jerman ini bergabung secara harmoni bersama Tempsmart™ bagi menambahbaik ciri kawalan suhu tilam. 

Photo 1_Slumberland TempSmart

President Rantau Asia Hilding Anders Group, Marco Righi berkata,  “Perubahan cuaca yang tidak menentu dan akut adalah perkara biasa dialami oleh rakyat Malaysia. Selain suhu di sekeliling kita, haba badan kita juga akan terkumpul dalam tilam yang menyebabkan tidur menjadi tidak selesa. Malah suhu katil anda boleh memberi perbezaan yang ketara kepada kualiti tidur. Kikoo bersama-sama dengan teknologi TempSmart™ kami menyerap haba yang berlebihan untuk memastikan bilik tidur nyaman dan membebaskan haba untuk memastikan tidur tetap hangat. Dengan menyesuai dan mengawal selia mengikut perubahan suhu badan, ia membantu mewujudkan suasana tidur yang optimum. Gabungan teknologi unik menjadikan siri TempSmart™ 5.0 dua kali lebih berkesan.”

3d,Rendering,Modern,Luxury,Classic,Bedroom,With,Marble,Decor

Dihasilkan di Jerman dengan ketepatan, kepintaran dan berkualiti, Kikoo ialah satu-satunya teknologi penyejuk semula jadi dan berterusan yang mampu membantu pengguna tidur dengan nyenyak untuk lebih 12 jam.

Ciri-ciri Tilam TempSmart™ 5.0 dan Kelebihannya 

Menggunakan kepakaran lebih 100 tahun dalam inovasi dan rekod pencapaian 40 tahun dalam membantu rakyat Malaysia tidur dengan selesa, Slumberland secara berterusan menyediakan teknologi terbaharu untuk tidur yang lebih baik. 

Slumberland melalui beberapa fasa penyelidikan dan pembangunan untuk menghasilkan produk berkualiti seperti tilam TempSmart™. Ia mengadaptasi teknologi yang asalnya digunakan oleh NASA untuk kegunaan dalam sut angkasa dan sarung tangan bagi melindungi angkasawan daripada suhu turun naik yang ekstrem. 

Tilam TempSmart™ dilengkapi dengan mikrokapsul yang dimasukkan sebagai pelengkap pada fabrik atau diserap ke dalam serat semasa proses penghasilan. Jutaan mikrokapsul akan menyerap lebihan haba yang dikeluarkan badan, menyimpan dan mengeluarkan haba tersebut apabila diperlukan, selain menjadi pemangkin keselesaan optimum semasa tidur. 

3d,Rendering,A,Luxury,Bedroom,Interior,With,Bedding,Sheet,Dark

Sebagai tambahan kepada Kikoo dan  TempSmart™, produk tilam terbaharu ini menampilkan tujuh ciri-ciri lain, iaitu Spring on Spring, Tencel, HyCare, bulu biri, bulu kuda, getah asli dan bekas ventilasi. Ia bagi menyediakan tidur yang nyaman dan berbau segar walaupun selepas digunakan bertahun-tahun. 

Ini caranya Slumberland menjadi pilihan nombor satu dengan siri TempSmart™.

TempSmart™

Sarung tilam TempSmart™ menggabungkan mikrokapsul pintar yang bertindak balas terhadap iklim mikro kulit untuk keselesaan optimum dalam tidur. Tilam ini akan menyerap lebihan haba untuk memastikan anda kekal nyaman, manakala haba yang disimpan kemudian akan dilepaskan apabila ia mengesan penurunan suhu pada kulit.

Kikoo

Kikoo dapat melepaskan haba panas untuk kenyamanan anda. Kejuruteraan Jerman dengan ketepatan, kepintaran dan berkualiti, Kikoo ialah teknologi canggih semula jadi terkini yang membuatkan anda selesa dan nyaman selama lebih 12 jam dengan mengeluarkan haba berlebihan semasa anda tidur.

Spring on Spring

Teknologi Spring on Spring menambah lapisan spring tambahan untuk sokongan padu dan lebih keselesaan. Direka untuk menyokong rangka semula jadi tubuh anda dengan baik sehingga pergerakan anda hampir tidak dirasai. Ia juga 28% lebih sejuk daripada katil busa.

Tencel

Tencel ialah fabrik mesra alam yang membantu mengekang pertumbuhan bakteria. Ia memberi ruang kepada aliran udara dan mempunyai sifat serapan kelembapan dengan baik. Kesemuanya membantu  mengekang bau busuk. Bahan yang tahan lasak itu melapik dengan baik dan menahan kedutan, sekali gus memastikan keselesaan berpanjangan. 

HyCare

Rawatan antimikrob terhadap hama habuk, bakteria dan kulat, HyCare meningkatkan kebersihan tilam dan mencegah bau busuk di dalam tilam. Rawatan HyCare memberikan pengguna kesegaran, keselesaan dan perlindungan yang lengkap semasa mereka tidur.

Bulu Biri

Bulu biri tulen mengatur suhu semula jadi, menyerap kelembapan dan wap udara untuk memastikan katil anda kering selain keselesaan tidur optimum yang segar dalam keadaan iklim yang berbeza. Pengguna boleh mendapat tidur malam yang nyenyak kerana bulu biri tulen membantu melegakan titik tekanan dan sakit kronik, dan mengeluarkan statik pada badan semasa tidur. Ia juga bertindak sebagai penahan semula jadi hama habuk dan tahan kulat.

Bulu Kuda

Bulu kuda asli yang mempunyai ciri-ciri unik yang membantu kepada regulasi suhu, pengurusan wap dan keselesaan yang bagus. 

Getah Asli

Getah semula jadi Slumberland mengimbangi keselesaan dengan sokongan tulang belakang. Peredaran udara yang baik mengurangkan wap dan peningkatan haba, membolehkan tilam kekal segar dan kering. Ciri-ciri hipoalergenik membantu mengekang alergi dan alahan kulit. 

Bekas Ventilasi

Bekas ventilasi menyediakan sokongan ampuh selain mengekalkan ketahanan pada keseluruhan tilam sambil memperkuatkan struktur tilam. Pengguna boleh menikmati keselesaan jangka masa panjang dan sokongan tanpa mengira permukaan mana yang digemari. Rekaan unik dengan lubang udara membolehkan busa untuk ‘bernafas’ yang menghalang kehadiran haba dan wap. 

Siri Slumberland TempSmart™ 5.0 boleh didapati dalam enam varian dengan harga antara RM4,240 hingga RM 25,180 dan mempunyai jaminan 15 tahun untuk kerosakan pembuatan.

Sempena Ulang Tahun ke-40 Slumberland Malaysia, Slumberland menawarkan promosi istimewa* dari 1 April 2022 hingga 31 Mei 2022. Nikmati hadiah percuma bernilai RM1,537 termasuk Slumberland Royal Hotel Topper, Set Slumberland Diffuser & Essential Oil, Beg Tote  Edisi Ulang Tahun Slumberland Ke-40 dan patung beruang kutub Slumberland dengan pembelian mana-mana tilam dari siri TempSmart™ 5.0 baharu dalam tempoh promosi. Anda juga boleh mendapatkan Slumberland Waterproof Pro Max Mattress Encasement secara percuma dan Beg Tote Edisi Ulang Tahun Slumberland ke-40 dengan pembelian mana-mana tilam dari siri FIR Vitalize.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai produk atau jenama, layari laman web Slumberland Malaysia di https://slumberland.com.my/ atau laman Facebook rasmi https://www.facebook.com/slumberlandmalaysia.  

* Promosi tersedia secara ‘first-come first-serve basis’, sementara stok masih ada 

* Mengikut terma dan syarat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Tahanan Imigresen Lolos, 6 Maut Kemalangan, 229 Ditahan Semula

ZUL ARIFFIN

Sweetnya! Zul Ariffin Buat Kejutan, Hadiahkan Kereta Mewah Buat Gayatri