in , ,

Wawa Zainal Sanggup Berhabis Setengah Juta Untuk Stokis & Ejen Produk

Pelakon Wawa Zainal memperuntukkan hampir RM500,000 sebagai imbuhan kepada stokis dan ejen yang membantu menjana keuntungan Wawa Cosmetics bagi 2023 sehingga mencecah angka RM32 juta.

Menurut Wawa, penghargaan diberikan meliputi hadiah wang tunai kepada ejen dan stokis yang mempunyai nilai jualan tertinggi sepanjang tahun lalu, selain membawa rombongan seramai 33 orang mengerjakan umrah.

Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat

“Pekerja, stokis dan ejen adalah nadi Wawa Cosmetics sejak ditubuhkan enam tahun lalu sehingga kini mampu berdiri gah.

“Selain menghargai mereka dengan mengadakan majlis pengiktiran dan beri ganjaran wang, saban tahun kami juga menganjurkan percutian ke luar negara termasuk ke Eropah.

“Malam ini (semalam) kami peruntukan lebih RM100,000 wang tunai buat 10 stokis dan ejen terbaik, bahkan tahun ini buat pertama kali kami juga membawa rombongan Wawa Cosmetics ke Tanah Suci membabitkan lebih 30 jemaah”.

– Wawa Zainal
Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat

Wawa, 32, atau nama sebenarnya Nur Hawa Zainal Abidin berkata, jika tiada aral rombongan syarikatnya itu dijadualkan berlepas ke Mekah hari ini.

Akui ibu kepada empat cahaya mata itu, selain stokis dan ejen, pemergian ke Tanah Suci itu turut disertai Aeril dan anak ketiga mereka, Ayya Soffya yang kini sudah berusia empat tahun.

“Alhamdulillah, kami masih dapat dapat berkongsi rezeki dengan mereka yang membantu mengukuhkan jenama syarikat, sekali gus menjadi pembakar semangat untuk terus berdaya saing.

“Ini juga adalah umrah keempat kami berdua, cuma kali ini hanya dapat membawakan Ayya Soffya kerana abang dan kakaknya sedang menghadapi peperiksaan,”

– Wawa Zainal

Begitupun, suaminya tidak dapat hadir pada acara mega pengiktirafan tahunan syarikat mereka berikutan dalam fasa penyembuhan selepas mendapat serangan influenza.

“Sebenarnya dia disahkan influenza sejak beberapa hari lalu dan hari ini (semalam) sudah bebas kuarantin, cuma dinasihatkan berehat agar tenaganya betul-betul pulih.

“Insya-Allah, doakan kesihatan Aeril agar dia dapat menyempurnakan ibadah umrah ini,” ujarnya.

– Wawa Zainal
Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat

Menyentuh mengenai perkembangan syarikat, akuinya tahun ini pihak syarikat mensasarkan perolehan sebanyak RM50 juta yang juga sekali ganda daripada keuntungan pada 2023.

“Tidak mustahil kami mampu mencapai sasaran melihatkan keuntungan tahun ini yang juga bertambah sekali ganda pada tahun sebelumnya iaitu RM18 juta untuk 2022.
“Bersama sokongan pengguna selain semangat ditunjukkan semua stokis, ejen serta seluruh jentera syarikat kami, misi itu bukan mustahil,”

– Wawa Zainal
Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat
Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat
Wawa Zainal Alami Muntah Darah di Mekah Akibat Terlalu Penat

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ucapan Romantis Zahirah Macwilson Buat Hari Lahir Aiman Hakim Ridza

Greatest Hits 2.0 Another Present For Everyone Akan Dirilis Pada 5 Januari