in , ,

Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Pertama Berjudul ‘Nak Dengar Cerita Hantu?’

Unifi TV hari ini melancarkan Unifi TV Originals, produksi aslinya sendiri untuk memberikan kepelbagaian dan lebih banyak kandungan bernilai untuk para penontonnya.

Barisan siri dan filem ini disesuaikan dengan citarasa tempatan untuk memuaskan hati penonton di Malaysia yang merangkumi kisah legenda, cerita rakyat dan isu sosial yang biasa didengari oleh rakyat Malaysia.

Pelanggan akan dapat menikmati siri dan filem Unifi TV Original bermula dengan siri pertama “Nak Dengar Cerita Hantu?” arahan Sabri Yunus dan ditulis oleh Sophillea. Ini merupakan siri 8 episod lagenda dan cerita rakyat Malaysia yang diturunkan dari generasi ke generasi. 

Barisan pelakon yang menampilkan bakat tempatan tersohor seperti Namron, Beto Kusyairi, Nora Danish, Uqasha Senrose, Elizabeth Tan, Sean Lee, Thanuja dan ramai lagi akan memastikan siri ini memenuhi citarsa rakyat tempatan. 

Saksikan tayangan perdana pada 27 Oktober 2023 dengan episod baharu setiap Jumaat jam 9.00 malam, secara eksklusif di DEGUP (saluran Unifi TV 120). Penonton yang terlepas slot siaran jam 9.00 malam, masih berpeluang menonton episod tersebut melalui ciri Catch Up Unifi TV. 

Siri ini juga boleh distrim melalui aplikasi Unifi TV. Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial TM dan Naib Presiden Eksekutif Unifi berkata:”

“Kami teruja untuk melancarkan Unifi TV Originals kami di saluran DEGUP. Produksi asli ini membolehkan kami bersaing dengan platform dan penyedia kandungan lain, menawarkan kandungan yang lebih pelbagai kepada penonton kami. Ini juga akan mewujudkan peluang kepada industri hiburan tempatan untuk mempamerkan karya mereka.”

– Anand Vijayan

Bekerjasama dengan syarikat-syarikat produksi tempatan; Golden Adventure Creative (Nak Dengar Cerita Hantu?), NS Star Sdn. Bhd. (siri Gemersik Berbisik) dan Nuansa Sdn. Bhd. (siri Bara Jiwa) dengan pengarah dan pelakon terkenal seperti Sabri Yunus, Osman Ali, Amorizan, Elisya Sandha, Ezzrin Loy, Yasmin Hani dan ramai lagi, Unifi TV berhasrat menghasilkan kandungan yang berkualiti tinggi dan menarik, untuk penontonnya melalui Unifi TV Originals.

“Siri-siri asal yang selebihnya merangkumi genre aksi, seram dan thriller akan dilancarkan dalam tempoh 12 bulan akan datangBekerjasama dengan bakat berpengalaman dalam industri akan memastikan penyampaian drama bersiri dan filem berkualiti tinggi dan kami berharap ini akan menghasilkan kandungan terbaik untuk pelanggan Unifi TV, sambil menyokong industri hiburan tempatan,” akhiri Anand.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Unifi TV dan tawaran https://unifi.com.my/tv.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ayai Ilusi Tersingkir di Minggu Ke-5 Pentas All Stars Gegar Vaganza 2023

ALDO

Aldo Lancar Kempen “Own It. Heart It” Serlahkan Gaya Unik Dengan Penuh Yakin