in , ,

Ayai Ilusi Tersingkir di Minggu Ke-5 Pentas All Stars Gegar Vaganza 2023

PENYANYI Ayai menjadi bintang keempat tersingkir dari pentas All Stars Gegar Vaganza.

Ayai Ilusi yang menyanyikan lagu Pusara Di Lebuhraya nyanyian asal Ekamatra gagal menambat hati juri untuk kekal ke minggu berikutnya.

“Alhamdulillah saya bersyukur dan berterima kasih kepada juri, Astro, peminat, isteri yang sentiasa di belakang saya, anak-anak, keluarga dan rakan-rakan.

“Untuk yang tinggal, saya doakan yang terbaik untuk anda, buat macam biasa. Selamat berjuang,” katanya.

All Stars Gegar Vaganza dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Jihan Muse. 

Manakala juri tetap pula adalah Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datuk Syafinaz Selamat.

All Stars Gegar Vaganza bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam, setiap Ahad, jam 9.00 malam secara eksklusif di Astro Ria (Saluran 104).

Untuk pilihan lebih fleksibel, ia boleh distrim melalui platform On Demand menerusi Astro Box dan aplikasi Astro GO.

All Stars Gegar Vaganza juga ditayangkan secara live di sooka menerusi pelan langganan mudah alih Sports & Entertainment serendah RM1.15 sehari, tanpa kontrak.

Sementara klip sedutan sesi latihan vokal, persediaan dan trivia para peserta dapat ditonton melalui liputan kapsul ‘Kapsul Gegar Vaganza’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat, jam 7.00 malam.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Mawar Rashid Dihantui Rasa Keliru, Padam Foto Tidak Berhijab

Unifi TV Lancar Unifi TV Originals Pertama Berjudul ‘Nak Dengar Cerita Hantu?’