in , ,

Ulasan Konsert 3 Juara Separuh Akhir 1: Lagu Medley Cabaran Peserta

LAGU MEDLEY CABARAN TERBAHARU

Konsert Separuh Akhir 1, 3 Juara telah bermula malam semalam dengan format persembahan medley. Yah, memang Budiey Namun, sistem penjurian tetap dikekalkan sepertimana dalam konsert battle 3 Juara yang lalu.

Malam semalam, keempat-empat peserta genre Irama Malaysia, Balada, dan Rock akan membuat persembahan secara medley buat kali pertama dengan pasangan mereka. Persembahan mereka telah dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton telah mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Para semi-finals 3 Juara

Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan itu. Malam semalam, kesemua 12 orang peserta telah membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:

PESERTA GENRE NAMA LAGU
AZIZUL VS NURA IRAMA MALAYSIA SUCI DALAM DEBU / BADARSILA
KUDIEN VS INDRA ROCK BENCINTA / KARMA
AQEEM VS APPRIL BALADA HATI INI TELAH DILUKAI / TEGAR
RAHMAN VS HAZRA IRAMA MALAYSIA ENGKAU LAKSANA BULAN / MENTERA SEMERAH PADI
EVA MARIA VS ARILL ROCK KENANGAN BERSAMAMU / LAGENDA CINTAKU
SALMA VS HADY BALADA JIKA / ANTARA ANYIR DAN JAKARTA

Menurut Penerbit Eksekutif 3 Juara, Encik Muhamad Sufian Che Isa, “Seperti yang telah kita saksikan, terdapat beberapa buah lagu yang telah ditukar genrenya, terutama dalam persembahan peserta Irama Malaysia malam ini. Itu sebenarnya merupakan satu cabaran baharu buat peserta 3 Juara kita dan untuk membuktikan bahawa program ini bukanlah satu program realiti yang mudah. Namun, program ini telah membuktikan kebolehan para produser muzik kita, Pak Ngah, Edrie Hashim, dan Ajai dalam mengubah genre sesuatu lagu itu dan memberikannya satu nafas baharu.”

Ammar, Mira Filzah dan Issey selaku hos 3 Juara

Pada Konsert Separuh Akhir 1 itu juga, para penonton telah dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Ning Baizura, Zamani, dan Black. Ning Baizura telah mempersembahkan sebuah lagu medley ‘Dugaan Ku dan Engkau dan Aku’. Manakala, Black dan Zamani telah mempersembahkan lagu medley ‘Jika Kau Rasa Getarnya dan Kembali Merindu’. Setelah selesai persembahan Ning Baizura, beliau kekal bersama sepanjang program sebagai Juri Tetap genre balada menggantikan Dato’ Rossa yang tidak dapat hadir atas sebab yang tidak dapat dielakkan.

Bermulanya perlawanan peringkat Separuh Akhir malam semalam, markah kesemua peserta telah kembali kosong, dan mereka perlu mengumpulnya semula sehingga Konsert Separuh Akhir ketiga. Dua peserta yang mempunyai markah terendah pada minggu ketiga itu akan tersingkir. Markah mereka dicatat dalam Carta Undian dibawah:

Rock
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Arill 0  
Kudien 3  
Eva Maria 3  
Indra 0  

 

IRAMA MALAYSIA
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Rahman 1  
Hazra 2  
Azizul 1  
Nura 2  

 

BALADA
Separuh Akhir 1 Separuh Akhir 2 Separuh Akhir 3 Jumlah
Salma 2  
Hady 1  
Aqeem 1  
Appril 2  

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Zamani dan Black berganding untuk sebuah persembahan hebat di pentas 3 Juara

Pak Ngah, Ajai, dan Edry selaku produser muzik

Noraniza Idris, Ning Baizura dan Awie selaku juri profesional

Ning Baizura turut membuat persembahan di pentas 3 Juara

Kudien dan Indra

Hazra dan Rahman

Hazra dan Rahman

Hady dan Salma

Buntat membuat penampilan khas di konsert 3 juara

Azizul dan Nura

Arill dan Eva Maria

Aqeem dan Appril

Ammar, Mira Filzah dan Issey selaku hos 3 Juara

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Yang Menarik Tentang Pementasan DIA SEMANIS HONEY MUZIKAL

Muzik Video Lagu DIRGAHAYU FT & CT Mulai Viral di Sosial Media