in , ,

Muzik Video Lagu DIRGAHAYU FT & CT Mulai Viral di Sosial Media

Dato’ Seri Siti Nurhaliza

Pada malam ini, muzik video lagu DIRGAHAYU nyanyian paduan suara hebat Faizal Tahir dan Dato’ Siti Nurhaliza telah pun dimuatnaik di saluran Youtube Faizal Tahir. Sebelum ini, muzik video ini disiarkan secara eksklusif di Anugerah Industri Muzik ke-22 melatari persembahan kedua-dua penyanyi terkenal ini. Ianya seolah satu persemhahan klimaks dan penutup di AIM22. Lontaran dari kedua-duanya sangat padu dan ia bersatu menjadikan persembahan ini diperkatakan di media sosial.

Budiey menjangkakan peminat FT & CT akan bekerja keras untuk memastikan muzik video ini menjadi viral di sosial media. Sekarang ini pun jumlah viewers telah pun meningkatkan. Membaca komen juga bukan main hebat netizens berikan komen. Ada yang positif dan negatif sepertilah mereka ni pakar dalam pembikinan muzik video.

Budiey sangat tersentuh dengan monolog intro untuk lagu ini:

Cinta… cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada setiap diri manusia.
 
Ia laksana setitis embun yang turun dari langit
 
Cinta tak semestinya memiliki
 
Cinta mengajar kita saling menghargai 
 
Cinta yang sejati 
 
Cinta yang takkan mati… 
 
DIRGAHAYU CINTA…

Sebut pasal pembikinan, muzik video ini menjalani pengambaran di Stesen KTM Kuala Lumpur yang terkenal dengan bangunan lama. Memang cantik betul sinematografi muzik video ini. Budiey tertarik dengan busana yang dipakai oleh Dato’ Siti Nurhaliza yang mengenakan kain panjang yang berjuraian ditiup angin. Teringat la pulak babak-babak romantis dalam filem DILWALE.

Menggunakan piano sebagai prop, sudah cukup simple tapi penuh makna dengan pemandangan yang cantik mengabadikan struktur bangunan klasik dan bersejarah ini.

Tahniah buat FT & CT di atas pelancaran muzik video ini di Youtube.

Jom tonton dan komen lah.

What do you think?

73 Points
Upvote Downvote

Comments

Leave a Reply

Loading…

0

Written by Budiey (Admin)

Penggemar filem seram yang sentiasa mengemaskini pengetahuan tentang gajet & teknologi masa kini dan masih tegar menjadi penulis portal hiburan & gaya hidup sepenuh masa sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber yang aktif menemubual selebriti dan menerbitkan video Buletin Viral di Budiey Channel.

Ulasan Konsert 3 Juara Separuh Akhir 1: Lagu Medley Cabaran Peserta

Hafiz Hamidun Lancar Single YANG DINANTI & Koleksi Kurta Jenama Haje