in

Senarai Enam Finalis Ke Peringkat Akhir 3 JUARA

Semalam, seperti minggu sebelum ini, Budiey sempat buat liputan di Konsert 3 JUARA di mana di penghujung konsert, kita dapat mengetahui senarai enam orang finalis yang melangkah ke peringkat konsert final pada minggu depan.

Masing-masing dua peserta daripada kategori Balada, Rock dan Irama Malaysia yang diwakili Salma dan Hady daripada ketegori Balada, Kudien dan Eva Maria (Rock) manakala Azizul dan Nura (Irama Malaysia). Tahniah Budiey ucapkan. Kepada yang tak berjaya, Budiey harap korang jangan putus asa okay?

3 Juara

Peserta yang tersingkir adalah Aqeem dan Appril (Balada), Rahman dan Hazra (Irama Malaysia) serta Indra dan Arill ( Rock).

Pentas akhir pada 8 Januari ini menyaksikan enam peserta berentap bagi menempah tempat sebagai juara setiap kategori sekaligus bagi merebut gelaran juara antara juara pada pentas Grand Final pada 15 Januari depan dan memenangi hadiah wang tunai RM100,000.

Program realiti 3 Juara diadali tiga juri, Datuk Rossa, Noraniza Idris dan Awie. Manakala, Ajai, Pak Ngah dan Edrie Hashim selaku produser bagi setiap kategori.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Jessie Chung Kecewa Dikejam Netizen Tarik Diri Dari Konsert A-Mei

Peraduan Premiere With Budiey Menonton Filem ALLIED