in , ,

Salma Juara Pentas Epik 3 Juara Bawa Pulang RM100,000

Salma A Asis muncul juara Pentas Epik 3 Juara yang diadakan di Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, di sini, malam tadi. Tahniah buat Salma!

Dengan kemenangan itu, Salma yang mewakili kategori Balada membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 sekali gus menyandang gelaran Juara Antara Juara.

Pentas Epik 3 Juara menyaksikan pertembungan juara bagi tiga kategori yang diwakili Salma (Balada), Azizul (Irama Malaysia) dan Kudien (Rock).

Minggu lepas, Salma, Kudien dan Azizul diumumkan juara kategori masing-masing pada Konsert Akhir 3 Juara yang berlangsung di lokasi sama serta berjaya meraih wang kemenangan RM50,000.

Semua juara bagi tiga kategori ini membuat persembahan solo, duet bersama penyanyi popular dan Trio malam tadi.

Setiap kategori diwakili penerbit muzik ternama Malaysia iaitu Ajai untuk Balada, Edrie Hashim (Rock) dan Pak Ngah (Irama Malaysia).

Program ini turut diserikan dengan kehadiran tiga ikon berpengalaman dalam genre yang dipertandingkan iaitu Datuk Rossa, Datuk Awie dan Noraniza Idris selaku juri.

Program berkenaan diacarakan pelakon popular, Mira Filzah bersama anggota kumpulan Titan, Ammar dan Issey.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Hazama Selamat Nikah Dengan Genervie Kam

AKIM & THE MAJISTRET Gegar DEWAN FILHARMONIK PETRONAS!