in , ,

Saingan Sengit & Ujian Getir Enam Finalis Konsert Akhir 3 JUARA

Dua buah Konsert Separuh Akhir 3 Juara telah berlangsung selama dua Ahad yang lalu. Para peserta telah mula mengumpul markah mereka semula apabila markah terkumpul mereka ketika konsert battle telah kembali ‘sifar’ bermula 18 Disember 2016 yang lalu.

Konsert Separuh Akhir 3 Juara yang ketiga telah berlangsung pada malam Ahad, 1 Januari 2017 yang lalu. Empat peserta daripada setiap genre telah berhempas pulas memberikan persembahan mereka yang terbaik dan dua peserta daripada mereka telah mara ke Konsert Akhir. Hady dan Salma dari genre Balada, Eva Maria dan Kudien dari genre Rock, serta Azizul dan Nura dari genre Irama Malaysia telah bergelar finalis 3 Juara pada malam itu.

Finalis 3 Juara

Pada malam itu, keempat-empat peserta genre Irama Malaysia, Balada, dan Rock telah membuat persembahan secara medley buat kali ketiga dengan pasangan berbeza. Persembahan mereka tetap dinilai oleh penonton di rumah dan studio, juri tetap dan produser genre mereka. Para penonton telah mengundi peserta kegemaran mereka secara atas talian di laman web www.tv3.com.my/3juara/undian ketika peserta kegemaran mereka membuat persembahan secara langsung.

Rahmat Mega

Penonton, juri tetap dan produser diberikan kuasa untuk memberi 1 markah bagi setiap persembahan, dan para peserta berkemungkinan akan mendapat dua atau tiga mata (2-1 atau 3-0) untuk pusingan itu. Malam ini, kesemua 12 orang peserta akan membuat persembahan dengan lagu-lagu berikut:

PESERTAGENRENAMA LAGU
Eva Maria VS KudienROCKAnugerah  & Jerangkung Dalam Almari
Indra VS ArillROCKObses & Malam Ini Kita Punya

 

 

Salma VS AqeemBALADAKaulah Segalanya & Bunga-Bunga Cinta
Hady VS ApprilBALADATragedi Oktober & Berhenti Berharap
Hazra VS AzizulIRAMA MALAYSIAAwan Nano & Asmaradana
Nura VS RahmanIRAMA MALAYSIABeban Asmara & Samrah Mentari

Pada Konsert Separuh Akhir 3 itu juga, para penonton telah dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Rahmat Mega yang mempersembahkan lagunya, ‘Takdir dan Waktu’.

Rahman dan Nura

Bermulanya perlawanan peringkat Separuh Akhir pada 18 Disember lalu, markah kesemua peserta telah kembali kosong, dan mereka telah mengumpul markah mereka semula sehingga malam itu. Oleh itu, dua peserta yang mempunyai markah terendah pada malam itu telah tersingkir. Markah mereka dicatat dalam Carta Undian dibawah:

Seperti yang tertera dalam carta undian mereka di atas, Hazra dan Nura dari genre Irama Malaysia telah memperoleh markah seri di akhir Konsert Separuh Akhir 3, 3 Juara pada malam itu. Justeru mereka telah melalui cabaran terakhir sebagai pemutus seri dengan mempersembahkan lagu ‘Cindai’ secara solo. Setelah penonton dan juri professional serta produser diperdengarkan persembahan mereka, Nura memenangi pusingan pemutus seri itu dengan unidan majoriti.

Program 3 Juara ini merupakan sebuah program realiti nyanyian yang mempertaruhkan tiga kategori (genre) muzik iaitu Rock, Balada, dan Irama Malaysia. Setiap kategori itu diwakili oleh seorang produser ternama tanah air, Pak Ngah (Irama Malaysia), Edrie Hasim (Rock), dan Ajai (Balada). Tujuan utama rancangan ini diperkenalkan adalah untuk mencungkil bakat-bakat baharu sebagai pelapis kategori-kategori yang dipertandingkan serta mengangkat martabat kategori-kategori kegemaran rakyat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

3 Juara ditaja bersama oleh Ribena dan diterajui oleh penerbit eksekutif, Muhamad Sufian Che Isa ini turut memperkenalkan tiga ikon sebagai juri tetap iaitu Noraniza Idris (Irama Malaysia), Awie (Rock), dan Dato’ Rossa (Balada).

Ikuti juga setiap latihan dan persediaan para peserta 3 Juara di belakang tabir dalam Nota 3 Juara setiap hari Ahad, pada jam 6 petang. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari laman web www.tv3.com.my/3juara dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysia.

Salma dan Aqeem
Eva Maria dan Kudien
Azizul dan Hazra
Aril dan Indra
Appril dan Hady

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fattah Amin Duta Terbaru OPPO Malaysia

Peraduan Menang Tiket Menonton KONSERT KRISDAYANTI ROMANSA 2017