in ,

The Equalizer 3 Kuasai Pesaing Box Office Kutip AS$68 Juta Minggu Pertama

Filem The Equalizer 3 dengan Denzel Washington sebagai bintang utamanya mendapat kedudukan tertinggi di box office AS dengan menjana pendapatan AS$42 juta dalam masa 4 hari penayangan pertamanya. Pada tiga hari pertama, filem ini telah memperoleh AS$34.5 juta.

Menurut laporan dari Deadline, filem terbaru ini mencapai prestasi yang sama dengan dua filem sebelumnya dalam tiga hari pertama penayangan. The Equalizer 2 mengumpulkan AS$36 juta, sedangkan filem pertama mengumpulkan AS$34 juta, jadi The Equalizer 3 ada di antara dua angka ini. Dalam sejarah penampilan lakonan Denzel Washington,

The Equalizer 3 adalah filem kelima dengan kutipan pembukaan tertinggi, hanya tertinggal sedikit dari Safe House ($43.5 juta), The Equalizer 2, dan The Magnificent Seven ($34.7 juta).

Peraduan Menang Premium Edisi Terhad Filem THE EQUALIZER 3

Di seluruh dunia, The Equalizer 3 telah meraup AS$68 juta dalam minggu pertamanya di pasaran luar AS. Para pakar meramalkan bahawa filem ini dapat mengumpulkan AS$190 juta sepanjang masa tayangannya.

Sementara itu, filem epik dari Christopher Nolan telah menambahkan AS$3.4 juta lagi dari pawagam IMAX. Filem terbaru Nolan kini menjadi filem ketiga tertinggi pendapatannya tahun ini, dengan jumlah pendapatan sebanyak AS$852.9 juta. 

Ini juga menggeser Guardians of the Galaxy Vol. 3 ke tempat keempat dengan pendapatan AS$845.5 juta.

Ia juga menjadi filem R-Rated yang mendapat kutipan kedua tertinggi sepanjang zaman, hanya dibelakang Joker yang mengutip AS$1.075 billion.

The Equalizer 3 kini sedang ditayangkan di pawagam tempatan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

‘The Chosen One’ Gabungkan Vokal Terbaik Penyanyi Popular & BBNU  

Kolaborasi Dengan Hazama, Konsert di Zepp KL Simbolik Keutuhan Jenama ST12