in , ,

The Conjuring Universe Tour Akan Menghantui Ogos Ini di The Curve 

Jualan tiket ‘early bird’ bermula 1 Ogos dengan diskaun 10 peratus

Bersedia untuk memulakan pengembaraan yang menggerunkan bersama The Conjuring Universe Tour, satu pengalaman seram berjalan imersif serba baharu yang tampil penghidupan semula set yang mengerikan diinspirasikan oleh adegan ikonik daripada seram popular New Line Cinema termasuk filem-filem The Conjuring, filem-filem Annabelle dan The Nun. 

20230726_TCUT_KV_Vertical

Melakukan debut Asia Tenggara pada bulan Ogos ini, The Conjuring Universe Tour akan ‘merasuki’ The Curve di Mutiara Damansara, Petaling Jaya, Malaysia mulai 26 Ogos hingga 19 November. 

Sebuah produksi oleh Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment, Sunny Side Up dan Incubase Studio, berakan kongsi dengan AM PM (HK) dan Ace Media Network, The Conjuring Universe Tour menjemput para peminat dan pencari keterujaan ke satu lawatan berpandu imersif bagi mengalami momen terkenal daripada The Conjuring Universe iaitu francais filem seram dengan kutipan tertinggi sepanjang masa. 

Carta Monastery

Dengan 20 zon yang tawarkan kepada peminat satu perjalanan interaktif penuh dengan kejutan menyeramkan, para pengunjung dapat jelajahi set yang dihidupkan semula termasuk The Carta Monastery daripada The Nun serta The Warren’s Artifact Room daripada siri filem The Conjuring dan Annabelle Comes Home

Perjalanan diteruskan dengan sebuah replika pokok ikonik setinggi lima meter, seperti yang dilihat dalam poster filem terkenal untuk The Conjuring. Pelbagai barangan eksklusif menarik yang dikeluarkan untuk pengalaman ini turut boleh didapati di kedai berkenaan. 

The Perron's Basement

Pengarah Urusan Incubase Studio iaitu sebuah studio kreatif berkaitan Sunny Side Up Entertainment, Sion Yip berkata, “Kami bangga dapat bekerjasama dengan Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment untuk pengalaman interaktif baharu dan unik ini yang meraikan antara filem seram paling ikonik sepanjang masa. Sebagai pelopor standard baharu dalam genre seram, filem-filem The Conjuring Universe telah inspirasikan kami dalam produksi pengalaman unik ini dengan pemaparan kejadian paranormalnya melalui sinematografi yang kekal dalam ingatan dan penceritaan yang menarik minat.” 

Para pengunjung turut boleh bawa pulang patung kecil atau ‘figurine’ yang menjadi rebutan iaitu POP MART Warner Bros. The Conjuring Universe Series yang berdasarkan 13 watak berbeza, serta patung figura Annabelle bersaiz 40 inci yang menjadi koleksi di samping memorabilia seperti kemeja-t, beg jinjing (‘tote bag’), rantai kunci, payung dan sebagainya. 

The Conjuring Experience Tour Entrance

Tiket ke The Conjuring Universe Tour boleh didapati menerusi laman web rasmi di www.theconjuringtour.com serta KLOOK, IncuTix dan e-dompet utama melalui WeTix pada harga berikut: 

  • Tiket Siang Isnin-Jumaat (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM80
  • Tiket Malam Isnin-Jumaat (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam):
    RM95
  • Tiket Siang Hujung Minggu (Slot masa antara 11 pagi hingga 6 petang): RM95
  • Tiket Malam Hujung Minggu (Slot masa antara 6 petang hingga 10 malam): RM110
  • Flexi Ticket Bundle (Antara 11 pagi hingga 10 malam) berserta satu patung kecil POP MART Blind Box: RM170
  • Lawatan Kumpulan Persendirian (Semua hari pada bila-bila masa, janji temu sahaja) untuk maksimum 12 orang: RM1,050
    Dapatkan tiket anda apabila jualan bermula pada 1 Ogos dan nikmati diskaun 17% untuk Flexi Ticket Bundle atau diskaun 10 peratus untuk tiket standard sehingga 25 Ogos.
    Oleh kerana tema dan pengalaman yang amat menakutkan, pengunjung di bawah umur 15 tahun sangat dinasihatkan supaya ditemani seorang dewasa yang akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap penjagaan dan kelakuan mereka sepanjang lawatan.

Kongsikan pengalaman ini di laman sosial anda dengan tanda pagar #TheConjuringTourMY dan jangan lupa ikuti @theconjuringtour di Facebook dan Instagram untuk maklumat lanjut dan kemas kini terbaharu. 

The Altar

MENGENAI THE CONJURING UNIVERSE TOUR 

The Conjuring Universe Tour adalah satu pengalaman seram berjalan imersif serba baharu diinspirasikan oleh adegan ikonik The Conjuring Universe daripada New Line Cinema, francais filem seram dengan kutipan tertinggi sepanjang masa iaitu lebih AS$2 bilion di seluruh dunia. Terdiri daripada The Conjuring, The Conjuring 2, The Conjuring: The Devil Made Me Do It, Annabelle, Annabelle: Creation, Annabelle Comes Home, The Nun, serta The Nun II yang akan datang ke pawagam Malaysia pada 7 September 2023, francais gergasi ini diterbitkan oleh New Line Cinema dan diedarkan oleh Warner Bros. Pictures. Jelajah ini menjemput para pengunjung sertai lawatan berpandu interaktif melalui penghidupan semula set yang menyeramkan dan mengalami momen terkenal dalam dunia insiden paranormal – melawat The Perron’s House, kunjungi The Warren’s Artifact Room, malah bertemu Bloody Bride dalam pengalaman seram langsung ini. 

MENGENAI WARNER BROS. DISCOVERY GLOBAL THEMED ENTERTAINMENT Warner Bros. Discovery Global Themed Entertainment (WBDGTE) yang merupakan sebahagian Warner Bros. Discovery Global Brands, Franchises, and Experiences ialah peneraju dunia dalam penciptaan, pembangunan dan pelesenan hiburan, acara langsung, pameran dan pengalaman taman tema berdasarkan lokasi yang berasaskan francais, cerita dan watak terbesar daripada filem, televisyen, animasi dan studio permainan Warner Bros., serta HBO, Discovery, DC, Cartoon Network dan sebagainya. WBDGTE turut dikenali dengan lokasi luar biasa seperti The Wizarding World of Harry Potter di taman tema Universal seluruh dunia, serta Warner Bros. World Abu Dhabi, The WB Abu Dhabi, The FRIENDS Experience, The Game of Thrones Studio Tour dan pelbagai pengalaman lain yang diinspirasikan oleh Wizarding World, DC, Looney Tunes, Scooby-Doo, Game of Thrones, FRIENDS dan sebagainya. Bersama rakan-rakan yang terbaik dalam kelasnya, WBDGTE membenarkan peminat di seluruh dunia untuk menyelami diri secara langsung dalam jenama dan francais kegemaran mereka. 

MENGENAI SUNNY SIDE UP ENTERTAINMENT 

Bertapak di Hong Kong, Sunny Side Up Entertainment terlibat dalam penganjuran konsert, pameran, festival muzik dan acara hiburan lain di Asia, Eropah dan Amerika Syarikat. Sunny Side Up Entertainment giat memperkukuh kedudukan pemasar tersendiri sebagai penganjur dan pelabur prima acara hiburan di rantau ini serta usaha memacu pembangunan industri hiburan. 

MENGENAI INCUBASE STUDIO 

Di Incubase Studio, imaginasi dikembangkan kepada realiti. Studio ini mempergiat usaha kurasi pengalaman imersif yang paling menarik bagi menghubungkan peminat di seluruh dunia serta meraikan bersama mereka. Incubase Studio ialah peneraju industri dalam kurasi pengalaman imersif yang unik dan berkualiti tertinggi melalui penceritaan yang menawan hati dan peranti interaktif. Bertapak di Hong Kong, Incubase telah menghabiskan masa bertahun-tahun membina rangkaian luas yang merangkumi rakan tempatan dan antarabangsa bagi menjayakan perancangan acara dan operasi lawatan secara efisien.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Anugerah TikTok Malaysia 2023, Siapakah Calon Pilihan Anda?

Bell Ngasri Terima Hadiah Mini Cooper Clubman S Bernilai RM200,000.00