in , ,

Tawaran Jaringan Prihatin Terhebat Daripada Celcom Dengan Subsidi Sehingga RM360

Nilai rebat yang tinggi sehingga dalam bentuk subsidi sehingga RM360 untuk pelan peranti dan internet mudah alih. Pelbagai pilihan telefon pintar 4G of FREE untuk dimiliki dengan pelan pascabayar Celcom XP Lite™ dan pelan prabayarCelcom Xpax.

Celcom Axiata Berhad (Celcom) terus meluaskan capaiannya merangkumi komuniti B40 dengan tawaran pelan prabayar dan pascabayar yang mampu dimiliki, serta menawarkan rakyat Malaysia dengan penjimatan dan nilai terhebat berserta pilihan peranti PERCUMA yang luas, akses internet tanpa had dan rebat tambahan sehingga RM360. 

Memandangkan kini lebih ramai rakyat Malaysia menggunakan perkhidmatan digital untuk menjalankan aktiviti harian seperti pendidikan, hiburan, dan bekerja ketika kekal selamat di rumah, tawaran Jaringan Prihatin Celcom memberikan rebat sebanyak RM60 bagi  pelanggan prabayar dan pascabayar sebagai tambahan kepada program Bantuan Prihatin Rakyat oleh kerajaan yang memberikan subsidi sebanyak RM300 kepada isi rumah yang layak dan RM180 kepada individu yang layak. Program Jaringan Prihatin Celcom yang disokong dengan liputan rangkaian terluas Celcom, akan membolehkan semua rakyat Malaysia untuk terhubung secara digital dengan peranti 4G yang baharu serta akses internet tanpa had, sesuai untuk semua gaya hidup digital.  

Tawaran Jaringan Prihatin Terhebat Daripada Celcom Dengan Subsidi Sehingga RM360

Pelan pascabayar Celcom XP Lite™ yang ditawarkan dengan harga mampu milik RM38 sebulan, membolehkan isi rumah yang layak untuk menikmati sebuah telefon pintar 4G PERCUMA bersama kuota internet 8GB, tambahan kuota internet 60GB PERCUMA selama 12 bulan, panggilan tanpa had serta akses internet tanpa had untuk aplikasi YouTube, Facebook, Instagram, WeChat, dan WhatsApp. Untuk lebih banyak pilihan telefon pintar dan rebat sehingga RM360, pelanggan boleh menaiktaraf kepada pelan Celcom XP Lite™ L hanya pada RM58 sebulan.

Sebagai tambahan, pelan prabayar Celcom Xpax yang mampu dimiliki pada RM20 sebulan, turut menawarkan isi rumah yang layak dengan telefon Nokia C2 4G PERCUMA berserta akses internet tanpa had dan panggilan tanpa had. Kedua-dua pelanggan Celcom Xpax dengan pelan internet prabayar RM20 yang juga isi rumah dan individu yang layak boleh menikmati rebat sebanyak RM5 berserta tambahan rebat bulanan berjumlah RM60 untuk setahun, selagi talian mereka kekal aktif. 

Selain itu, pelanggan pascabayar dan prabayar Celcom yang layak untuk pelan atau pas internet bulanan Jaringan Prihatin juga akan menikmati 2GB internet PERCUMA, selama sejam setiap hari melalui aplikasi Celcom Life. Internet 2GB PERCUMA (60GB PERCUMA sebulan) tersebut boleh ditebus setiap hari selama 12 bulan selepas mereka beralih kepada program Jaringan Prihatin Celcom. 

Idham Nawawi, Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad berkata Celcom berbangga untuk turut serta dalam inisiatif Jaringan Prihatin oleh kerajaan, yang dapat merapatkan jurang digital serta menyokong rakyat Malaysia dengan akses digital yang mampu dimiliki. Inisiatif ini sejajar dengan usaha Celcom yang berterusan selama 33 tahun dalam menyediakan kesalinghubungan yang inklusif kepada semua golongan masyarakat melalui liputan rangkaian yang terluas. 

“Kepentingan bagi kesalinghubungan digital telah dipercepatkan dengan pandemik, yang meningkatkan trafik data di kedua-dua kawasan bandar dan luar bandar, memandangkan lebih ramai rakyat Malaysia yang menggunakanteknologi digital untuk menjalani kehidupan mereka. Melalui tawaran eksklusif Jaringan Prihatin Celcom, kami mengalu-alukan semua rakyat Malaysia sama ada pelanggan prabayar dan pascabayar yang baru mahupun sedia ada, untuk menikmati peranti 4G PERCUMA dengan tawaran nilai dan penjimatan hebat bagi kesalinghubungan digital. 

“Sejak inisiatif ini dilancarkan pada 5 Mei 2021, tawaran Jaringan Prihatin Celcom telah menerima sambutan yang menggalakkan daripada sejumlah besar rakyat Malaysia. Ini akan mengukuhkan lagi komitmen kami untuk terus memastikan keperluan digital setiap rakyat Malaysia akan dapat dipenuhi dengan kadar yang mampu dimiliki dan akses yang mudah untuk memiliki peranti terkini. Bersama kerajaan dan industri, tawaran Jaringan Prihatin Celcom merupakan peluang terbaik untuk komuniti B40 bertukar daripada peranti 3G kepada 4G, bagi membolehkan merela menikmati pengalaman digital yang lebih baik melalui liputan rangkaian terluas Celcom,” menurut Idham. 

Tawaran Jaringan Prihatin Terhebat Daripada Celcom Dengan Subsidi Sehingga RM360

Kesemua pelanggan prabayar dan pascabayar Celcom boleh mengesahkan sama ada mereka layak untuk bertukar kepada program Jaringan Prihatin dengan segera melalui aplikasi Celcom Life atau untuk maklumat lanjut, layari https://www.celcom.com.my/personal/jaringan-prihatin

Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh memeriksa kelayakan mereka bagi program Jaringan Prihatin di https://bpr.hasil.gov.my/

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

HARI YANG KU TUNGGU Single Pertama Aiman Zaidi Sempena Hari Raya

Senarai Penuh Program Menarik TV3 & TV9 Sempena Aidilfitri 2021